Tuesday, 30 April 2019

Majlis Pelancaran Pembukaan MBH Skin Expert Muar

Assalammualaikum dan hai semua,

Pada hari Sabtu yang lalu, tanggal 27 April 2019, Neeza berkesempatan menghadirkan diri ke majlis pelancaran pembukaan MBH Skin Expert cawangan Muar. Cawangan ini julung kalinya dirasmikan oleh pengassasnya sendiri, Puan Yaya Mohammad dan ini merupakan cawangan ke 6 MBH di negeri Johor.
Pengasas MBH, adik pengasas, ibu kepada pengasas2 MBH dan rakan-rakan blogger
Ibu kepada pengasas selaku tetamu VVIP menurunkan tandatangan sebagai tanda MBH Skin Expert Muar dibuka secara rasmi.. patutlah MBH berjaya kerana amalan pengasas yang sentiasa memuliakan ibunya. Tambahan, Neeza perasan pengasas ni suka senyum dan sentiasa ramah dengan pelangan. Lainkan vibe orang yang berjaya ini.. kena contohi ni!

Menurut pengasasnya, Yaya Mohammad berkata pembukaan cawangan demi cawangan ini memudahkan para pelanggan yang ingin membuat rawatan mengunjungi spa yang berdekatan mereka.
Cantiknya pengasas ni, serius nampak muda sangat dari usia sebenar..
Dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran berlangsung, pengasas ini merupakan anak kelahiran Johor. Patulah beliau fokuskan lebih kepada negeri Johor kerana Johor merupakan negeri yang mempunyai cawangan MBH yang terbanyak berbanding negeri-negeri lain.
Pengasas ini mahukan orang-orang Johor semua tampil cantik. Neeza akui awareness di kalangan rakyat Johor lagi-lagi daerah kecil ini agak kurang. Neeza selalu dengar keluhan dari rakan-rakan terutama yang bakal mendirikan rumahtangga susah nak cari spa lagi-lagi spa terkenal, ada yang terpaksa turun Johor Bahru tak pun Melaka.. maklumlah nak bersanding kenalah nampak cantik memudahkan jurusolek mendandan.
Nampak tak permintaan medispa ini sebenarnya tinggi, ramai tau yang datang..
Nak tahu tak? MBH ini sudah lebih 10 tahun bertahan sejak 2008 lagi. MBH sentiasa menawarkan rawatan-rawatan baru yang lebih berkesan dan berkualiti serta harga rawatan yang berbaloi. Setiap kali pembukaan, para pelanggan pasti menantikan diskaun sehingga 90% yang menjadi promosi wajib bagi MBH. Tak kiralah pelanggan baru ke lama pasti mereka menantikan promosi daripada MBH.
Untuk pengetahuan anda, MBH Medispa ini merupakan pemenang Asia Pasifik Top 10 Perkhidmatan Terbaik dan Anugerah Emas Spa Majlis Pelancongan Malaysia.
Bukan sahaja berkembang dari segi kuantiti cawangan, MBH juga telah melebarkan servisnya dengan menggabungkan rawatan kulit dengan rambut dan badan di bawah jenama MBH Flagship Boutique. 
Di MBH, setiap pelanggan diwajibkan menjalani sesi konsultasi dan analisis kulit sebelum menjalani rawatan. Pakar Kecantikan MBH bertanggungjawab untuk membincangkan keperluan kulit pelanggan, menawarkan rawatan yang sesuai dengan masalah kulit pelanggan dan memberi khidmat nasihat mengenai rawatan dan keberkesanan rawatan. Neeza dimaklumkan bahawa pakar-pakar kecantikan MBH ini merupakan orang-orang yang terlatih khusus dalam bidang estetik yang mempunyai sijil dari badan yang bertauliah. 

Neeza dan rakan-rakan juga berpeluang menyertai sesi konsultasi semasa hari pembukaan tersebut. Neeza memang dah jangka dah masalah Neeza mesti berkaitan pori-pori muka. Banyak blackhead dan whitehead. Neeza disarankan untuk kerap menggunakan toner. Haish Neeza ingatkan toner tak berapa penting. Rupanya.. kenalah rajin lepas ni.
Cuma Neeza terperanjat jugalah ada jeragat. Mungkin faktor keturunan kot. Maklumlah mix chinese. Haish bimbang pula Neeza. Atas saranan pakar, Neeza perlu buat rawatan MBH Signature Facial yang berharga RM137. 

MBH Signature Facial ini apa?
Rawatan untuk membersihkan kulit secara mendalam hingga ke dasar pori serta mengangkat sel-sel kulit mati. Ia juga mensasarkan masalah-masalah kulit seperti kusam, dehidrasi dan garis-garis halus. Sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi ia lebih memfokuskan pada masalah kulit normal.

Sebenarnya banyak lagi rawatan-rawatan di MBH ini mengikut kategori masalah kulit masing-masing. Anda boleh rujuk sini 👉http://www.mbhmedispa.com/katalog-produk/

Risau mengenai bajet? Jangan bimbang.. itu pentingnya sesi konsultasi. Pakej rawatan yang sesuai akan dibincangkan mengikut bajet pelanggan. Tak adanya kena paksa. Semua boleh dibawa bincang... Relax, benda boleh kuwatim, kenapa nak gelabah ya tak? Hmm... nak juga buat ayat viral 😏
Okay kita zoom produk-produk rangkaian MBH ini.. ada untuk jeragat, jerawat dan sebagainya
Menariknya MBH sentiasa membawakan rawatan baru dan menawarkan produk penjagaan sendiri di bawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan. Bukan produk timbang kilo pastinya mempunya sijil pengesahan dari KKM.
Untuk orang Muo yang nak cantik anda boleh mengunjungi MBH Skin Expert Muar dan mendapatkan rawatan pakej dengan harga pengenalan RM70 SAHAJA!!! Untuk maklumat lebih lanjut,

MBH Skin Expert Muar
Alamat: Ground Floor, NO. 5-9, Jalan Othman, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: 11 pagi sehingga 8 malam, Selasa sehingga Ahad (Kecuali Isnin)
Email: mbhmuar@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/mbhmuar/
Instagram: https://www.instagram.com/mbhskinexpert_muar/
Website: http://mbhmedispa.com/

Okaylah, setakat ni sahaja Neeza nak kongsikan pada anda semua. In Shaa Allah, Neeza akan cerita lebih lanjut mengenai rawatan di MBH ini. Neeza pun tak sabar. Maklumlah pembukaan cawangan MBH pada hari Sabtu itu dibuka untuk pelanggan ambil peluang promosi dan tempah tarikh sahaja.  Tunggu tau pada entri akan datang.

Salam sayang,
Neeza

p/s: MBH bakal buka cawangan baru di bahagian Utara Malaysia iaitu Manjung, Perak pada penghujung Jun nanti.. untunglah deme orang Perak..

Thursday, 17 January 2019

Cerita Tahun Baru dan Pas Perjalanan Tanpa Had RapidKL #My100Unlimited

Assalammualaikum dan hai semua,
Lama sungguh Neeza tak buat sebarang coretan dalam blog ini dan entri ini merupakan entri pertama Neeza untuk tahun 2019. Apapun terlebih dahulu, Neeza mohon maaf kerana Neeza dah lama tak dapat memberikan sebarang komitmen terhadap blog kerana Neeza ingin fokus pada matlamat hakiki realiti sebagai seorang pelajar sarjana muda. Bila bergelar final year student ini, ini adalah waktu kritikal. Apapun syukur sekarang ini Neeza sudah habiskan subjek-subjek yang melibatkan kedatangan ke kelas.

Sekarang, Neeza cuma ada masa selama beberapa hari lagi sebelum memulakan latihan industri sebagai pelajar praktikal. Ikutkan sekarang dah cuti semester tau sebab Neeza baru sahaja menjalani peperiksaan dua subjek terakhir seminggu yang lalu. Jadi, ada masa seminggu untuk berehat.

Sebenarnya tak berehat pun sebab Neeza sibuk apply syarikat sini sana dan pergi temuduga. Jangan ingat, intern tak kena temuduga tau. Huhu. Setelah dah confirm dengan pengambilan di syarikat, Neeza kena ulang alik fakulti untuk prosedur dan dokumen-dokumen berkaitan. Akhir sekali, Neeza habiskan beberapa hari untuk minggu ini mencuba beberapa eksperimen. Haaaa eksperimen?

Okay macam ini ceritanya. Neeza kena ulang alik dari Shah Alam ke Damansara untuk tiga bulan akan datang ini. Biasalah, rezeki dapat tempat kerja ini selalu jauh sikit dari tempat tinggal. Betul tak? Dalam beberapa hari Neeza buat eksperimen ini, Neeza lihat ramai je warga kota yang ulang alik pergi kerja jauh. Macam mana tahu? Neeza perhatikan mereka yang naik dari stesen pertama sampai stesen terakhir. Lepas itu ada yang tukar pengangkutan, contoh dari MRT ke LRT. Gitulah ceritanya,

Mesti korang tertanya kenapa tak sewa je? Ikutkan nak sewa bilik di Damansara tapi Neeza tak dapat jumpa bilik yang menepati kriteria terutamanya bajet. Neeza tak boleh nak lepaskan rumah di Shah Alam ini kerana Neeza kena juga duduk sini untuk habiskan final year projek setelah tamatnya latihan praktikal selama tiga bulan. Lagipun dah banyak betulkan kerosakan bilik ini, sayang ohhh kalau lepaskan mesti penyewa baru yang untung. Jadi malas nak sakit kepala, baik ulang alik jelah. Nak cari bilik sewa dekat sana pun tak murah. Tak adanya RM150 ke bawah. Maklumlah Damansara itu kira kawasan have-have jugak!

Banyak isu juga melibatkan cari rumah sewa di Damansara ini. Pertama sekali bajet. Kemudian, tak banyak tuan rumah nak bagi sewa untuk jangka masa pendek untuk pelajar praktikal. Kontrak kena 6 bulan ke atas, kalau tak, selamat tinggal kepada deposit rumah yang kebiasaanya 2+1. Banyak itu. Kalau ada nak bagi sewa jangka pendek, harga sewa agak tinggi dari harga yang diberikan kepada mereka yang tandatangan kontrak lama.

Itu sebab Neeza ambil keputusan untuk ulang alik. Dari kecil Neeza lihat mak ulang alik Batu Pahat-Muar selama beberapa tahun, tak kanlah Neeza tak boleh untuk tiga bulan. Bila duduk di kawasan bandar Selangor mahupun Kuala Lumpur, rasa bersyukur sangat sebab kemudahan pengangkutan awam di sini banyak jadi mudah nak ke mana-mana. Jadi Neeza ambil masa beberapa hari bangun teramat awal setiap bagi untuk cuba pelbagai jenis laluan, jalan pendek dan jalan jauh untuk ketahui jalan mana yang terbaik untuk Neeza ambil setiap hari dan masa sampai ke pejabat. Itu yang penting.
Bila dah tahu semua laluan LRT-MRT-bas, sebenarnya mudah nak aturkan lagi-lagi nak short cut. Kadangkala tak ada dalam Google Maps pun sebab sistem tak berupdate. Jadi pandai-pandailah explore dan ramah dekat pemandu-pemandu bas atau kaunter LRT/MRT. Itu pendekatan yang Neeza lakukan dan tips ini berguna bagi mereka yang solo travel nak datang ke sini atau ke mana sahaja lokasi.
Oh ya, bila ulang alik ini, lompat dari satu pengangkutan awam ke satu pengakutan awam itu adalah biasa melainkan kalau anda sememangnya bertuah. Yelah contoh dapat kerja di kawasan KL Sentral, jadi naik satu bas dari Taman Sri Muda yang sememangnya lalu KL Sentral sebelum berakhirnya perkhidmatan bas di hub Pasar Seni. Bila lompat-lompat ini pun bukanlah murah juga tambang. Kadang-kadang sama je tambang pengangkutan awam ini dengan kos naik kereta. Masing-masing ada pro & cons ya tak?
Akan tetapi Neeza tak perlu risau dan Neeza rasa bersyukur sangat sebab pihak Rapid KL sekarang ini dah perkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had MY100 dan MY50 untuk warganegara Malaysia yang baru sahaja dilaksanakan bermula pada awal tahun ini, Januari 2019. Memang jimat banyak bila Neeza buat kira-kira. Harap-haraplah Pas ini kekal lama. 
Rapid KL telah memperkenalkan dua jenis pas perjalanan iaitu;

#My100unlimited - Pas Perjalanan Tanpa Had RM100 selama 30 hari bagi perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT, Bas Rapid KL dan Bas Perantara MRT

Manakala,

My50 - Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 selama 30 hari bagi perkhidmatan Bas  Rapid KL dan Bas Perantara MRT kecuali BRT.

Best kan? Kalau Neeza sah-sah kena ambil RM100 itu.

Bagaimana nak beli dan baharui (buy or renew)

Pembelian dan pembaharuan pas boleh dilakukan di SEMUA stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan lima hab bas terpilih;
1. Pasar Seni
2. Seksyen 2,  Shah Alam,
3. Sri Nilam
4. Greenwood
5. Terminal Kajang

Anda boleh pilih untuk aktifkan pembaharuan pas secara automatik atau manual yang perlu dilakukan di Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL setelah pas anda tamat.

Okay, untuk kali pertama pendaftaran, Neeza dicaj RM110 untuk My100 manakala RM55 untuk My50 untuk mengelakkan sebarang kesulitan, nilai baki hendaklah mencukupi untuk pembaharuan automatik sebelum pas tamat tempoh. Baki minimum kena ada RM10 untuk My100 dan RM5 untuk My50.

Kena ingat! Pas tidak boleh dibatalkan selepas pembelian atau pengaktifan. Tiada pemulangan baki pas untuk kad yang hilang.

Menariknya bila anda nak beli atau aktifkan Pas Perjalanan Tanpa Had ini, hanya guna IC atau MyKad manakala MyTentera untuk mereka yang bekerja sebagai tentera. Yang penting MyKad anda kena ada logo Touch N Go baru boleh daftar dan aktifkan Pas Perjalanan Tanpa Had tersebut.
Nak elak cip rosak, pakai je tag ni
Kalau hilang atau rosak macam mana?

Untuk MyKad/MyTentera yang rosak, hantar butiran dan dokumen seperti di bawah ke portal pemulangan baki di www.myrapid.com.my
1. Nombor MFG MyKad/MyTentera (rujuk slip yang diberikan oleh pegawai JPN
2. Nama bank anda
3. Nombor akaun bank anda
4. Resit pembelian/pembaharuan My100/My50 terkini
5. Slip pengembalian nilai Touch N Go daripada JPN ( untuk MyKad)

Baki hari pas akan ditukar kepada nilai tunai dan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 30 hari selepas laporan dibuat berdasarkan butiran dan dokumen yang anda berikan.

Tempoh sah laku My100 dan My50 untuk tempoh 30 hari (termasuk hari minggu) bermula dari akses pertama selepas pembelian atau pembaharuan dilakukan. Contoh Neeza aktifkan 10 haribulan maka 9 haribulan itu adalah hari luput. Maka sebelum atau pada 9 haribulan dah kena renew semula.
Baru je daftar Pas Perjalanan Tanpa Had
Jumlah baki hari yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke bulan hadapan. Oh ya bulan pertama je RM110 kemudian RM100 sahaja untuk bulan seterusnya. Itulah yang diterangkan kepada Neeza semasa Neeza nak daftar pas ini. Kalau salah, salahkan orang kaunter itu. 😆 Untuk info lebih lanjut layari www.myrapid.com.my

p/s: Bagi pengguna 'Park n Ride' di stesen-stesen LRT atau MRT sila gunakan MyKad/MyTentera yang sama untuk menikmati kadar rata parkir.

Jadi dah fahamkan? Memang jimat sangat-sangatlah, Jadi Neeza nak berkongsi dengan anda semua supaya lebih ramai gunakan Pas Perjalanan Tanpa Had jadi Rapid KL bolehlah kekalkan Pas ini dengan lebih lama ya tak. Hmm, Entri ini bukan sponsored post Rapid KL okay. Hahaha. *Untuk kepentingan diri sendiri juga biarlah pas ini kekal selama Neeza buat internship dekat Damansara itu sebenarnya huhu*

Itu sahajalah perkongsian Neeza hari ini. Neeza masih tak tahulah sama ada Neeza akan aktif berblog semula atau tak. Faham-fahamlah kalau dah mula bekerja lepas itu kena ulang alik, kemudian nak siapkan fyp lagi, tak tahulah ada masa ke tak. Tengoklah keadaan macam mana. Doakan yang terbaik untuk Neeza okay.

Sekian sahaja, salam sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.