Friday, 21 September 2018

Keju Tambahan PERCUMA Untuk Peminat Pizza - Promosi September 2018 Domino's Pizza

Assalammualaikum dan hai semua,
Keju, keju dan keju lagi! Malaysia dan keju memang tak dapat nak dipisahkan. Kesukaan kebanyakan rakyat Malaysia. Betul tak? Dan bahagian yang terbaik adalah KEJU SECARA PERCUMA! Nak tahu tak macam mana nak dapatkannya?
Seperti kita ketahui, Domino's Pizza sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa. Oleh itu, Domino's Pizza sangat berbesar hati ingin memberikan keju tambahan percuma untuk semua pizza kepada semua pelanggannya. Ia bukan rahsia lagi bahawa keju adalah ramuan utama untuk pizza kerana ia menyatukan semua perisa topping pizza. Justeru itu, menerusi inspirasi daripada dorongan pelanggan yang sentiasa sukakan keju,  Domino dijangka memberikan keju tambahan percuma dari sekarang hingga 7 Oktober, 2018.

Timbalan Presiden Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree menyatakan bahawa rakyat Malaysia sukakan keju menerusi pemilihan keju tambahan dalam menempah pizza di Domino's Pizza. Namun begitu, berdasarkan keadaan semasa, para pelanggan sangat berhati-hati untuk berbelanja. Domino's Pizza memahami keadaan ini jadi mereka sangat komited untuk menambah nilai kehidupan para pelanggan dengan memberikan keju tambahan di semua pizza, tanpa sebarang kos tambahan pada bulan September ini.

Hmm bagusnya Domino's Pizza ini. Sangat peka. Kalau Neeza sendiri pun dah mula kira-kira dalam berbelanja sekarang ini. Terasa duit mengalir laju macam air. Hehe. Dan sememangnya tahu keju memanglah sedap tapi mahal. Bila Domino's Pizza buat promosi sebegini, memang tak boleh nak lepaskan peluang ini.

Paling terharu bila Domino's Pizza menggunakan keju Mozzarella untuk keju tambahan ini untuk memastikan para pelanggan menikmati pizza yang berkualiti tinggi di Domino's Pizza. Fuhh keju Mozzarella memberikan rasa yang lazat dan lemak berkrim, gabungan ini sempurna untuk pencinta keju. Bayangkanlah tekstur keju berlapis dan cair dalam setiap gigitan meningkatkan rasa dalam topping pizza~ yummmy 💓

Semasa tempoh promosi, semua pizza ala carte akan dihiasi dengan keju tambahan. Untuk nilai yang lebih berganda, tempahlah 2 Pizza dengan keju tambahan percuma dengan hanya RM28.30, RM47.15 dan RM66.05 untuk dua pizza biasa, dua pizza Besar dan dua Xtra Pizza besar masing-masing.
Ayuh! Apa tunggu lagi, jom dapatkan keju tambahan di outlet Pizza Domino yang berhampiran dengan anda atau membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat tempahan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Nilai Domino's Pizza Malaysia serta promosi yang berterusan, lawati kami di http://www.dominos.com.my/.

1 comment:

  1. sedapnya :3 nak merap sapalah nk ajak g makan haha

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.