Tuesday, 9 January 2018

Sonrei Cosmetic Lancarkan Lip Matte Colour Cream Produk Terbaru Yang Best

Assalammualaikum dan hai semua,

Kosmetik dan perempuan memang tak dapat nak dipisahkan. Siapa yang tak nak kelihatan cantik kan? Makanya, baru-baru ini Sonrei Cosmetic telah melancarkan produk pertamanya iaitu Lip Matte Colour Cream yang bertempat di Laman Pengantin Zarlith. Ini merupakan pengalaman pertama Neeza ke majlis sebegini. 

Untuk pengetahuan anda, majlis ini telah dirasmikan oleh 3 orang pengasas Sonrei Cosmetic iaitu Puan Zarinah Haji Mohideen, Puan Siti Hasmah dan Puan Nor Asimah bin Abdul Salam.
Inilah 3 orang pengasasnya. 
Kalau anda nak tahu, selepas mencipta kejayaan dalam dunia katering, ahli perniagaan terkenal Puan Zarinah Haji Mohideen menubuhkan syarikat Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. pada tahun 2017. Beliau dibantu Puan Siti Hasmah, 34, dan Puan Nor Asimah Abdul Salam, 25, mengendalikan syarikat tersebut.

Walaupun masih hijau dalam bidang kecantikan dan kosmetik namun ketiga-tiga wanita anggun ini yakin produk sulung mereka Sonrei lip cream akan menambat hati pengguna tempatan dan luar negara. Menurut Zarinah, pihak syarikat melakukan R & D selama enam bulan untuk menghasilkan formulasi produk Sonrei.

Serius dalam perniagaan yang baru diceburi, Puan Zarinah melaburkan modal keseluruhan RM 1 juta. Beliau yakin bidang kosmetik mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun begitu, Zarinah tidak nafikan berdepan dengan cabaran menghasilkan formulasi Sonrei.

“Pihak syarikat melakukan kajian terperinci mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk kosmetik. Kami juga mengkaji konsep pemasaran dan pengendalian kualiti produk. Kami amat cerewet kerana mahu memberikan produk terbaik kepada masyarakat,”ujarnya yang merancang mahu mengukuhkan pasaran tempatan dan dalam masa yang sama menembusi pasaran di luar negara."

Majlis pelancaran Sonrei Cosmetic memang meriah dan gilang gemilang. Bukan sahaja mendapat liputan media massa, malahan ramai artis, instafemes dan makeup artis terkenal juga turut hadir memeriahkan majlis ini tau.


Artis Adeline Tsen juga turut hadir memeriahkan pelancaran Sonrei Lip Cream. 
Ramai MUA terkenal juga datang tau seperti Kak Sheila Mohamad (latest mekapkan Fazura masa nikah) & Shah (bff Aizat Abd Razak &Tuan Fazlan). Selalu tengok mereka di live fb tutorial makeup. Kredit: Shah Shahriz Riza II
Kak Engku Raja Azura pun ada. Siap pakai lagi. Di majlis ini para hadirin berpeluang untuk mencuba sendiri Lip Cream daripada Sonrei Cosmetic.
Produk testing disediakan untuk hadirin mencuba lip cream dari Sonrei. Kredit: Sunshine Kelly
Okay, mari Neeza terangkan lagi lanjut tentang Lip Matte Colour Cream keluaran terbaru daripada Sonrei Cosmetic ini. 
Apa keistimewaan Lip Matte Colour Cream Sonrei Cosmetic berbanding lipstick dan lip cream yang ada di pasaran?
Krim Lipstik ini merupakan keluaran syarikat tempatan daripada Sonrei Cosmetic yang menggunakan formulasi 'Formulation Of France' dan 100% bahan organik untuk penjagaan kelembapan dan kelembutan bibir anda.

6 pilihan warna SONREI LIPS CREAM bertemakan floral yang sesuai dengan tona kulit wanita Malaysia :
1-Blossom
2-Ester
3-Lilac
4-Primrose
5-Son Rei
6-Zinia

Menurut para pengasasnya Sonrei Lip Cream ini, ia adalah krim lipstik yang tahan lama, mudah dibersihkan & mesra wuduk .. Kualiti setaraf krim lipstik antarabangsa pada harga mampu milik.

Istimewanya, 100% bahan organik dan bebas kimia telah digunakan dalam rumusan formulasi ini untuk penjagaan kelembapan dan kelembutan bibir seoerti berikut;
Bagaimana dengan pandangan Neeza pula tentang Lip Cream ini? Okay, Neeza tak bias okay buat ulasan ini, ia adalah berdasarkan pandangan jujur sebagai perempuan biasa yang sukakan mekap. Maklumlah nak ulas seperti makeup artis tak pandai sangat uolls.

1. Packaging
Memang nampak ekslusif dengan warna tema hitam dan keemasan. Berbaloi dengan harganya.


2. Bau
Bila Neeza buka lip cream tersebut, Neeza bau seakan bau coklat. Neeza paling anti betul kalau lipstick ke lip cream bau crayon. Nasib Lip Cream Sonrei Cosmetic tak bau krayon (kimia). Bau coklat. I like!

3. Rasa
Tak ada rasa pelik-pelik ke bahan kimia. Langsung tak ada rasa apa-apa. Neutral sahaja.

4. Warna
Okay warna lip cream setakat ini bila Neeza letak dekat bibir memang pigmented dan matte, sekali calit dah nampak dah warna lip cream. Senang aplikasi. Oh ya, mungkin lip cream ini ikut warna darah, bila Neeza pakai lip cream Sonrei Cosmetic memang nampak cerah satu tona sedikit berbanding dalam gambar di atas.

5. Kissproof
Bagi Neeza, Lip Matte Colour Cream ini tak kissproof sebab seperti yang pengasas-pengasas telah nyatakan ia adalah mesra wudhu. Bila mesra wudhu kenalah senang dibersihkan. Tak perlu pakai remover, pakai tisu basah dah cukup untuk bersihkannya.


5. Kelembapan
Bila pakai lip cream ini, bibir Neeza tak merekah bila kering. Tak perlu nak tacap dengan lip balm.
Nak lagi kepastian? Terjah Instagram Neeza @neeza02 nanti Neeza upload video supaya anda nampak lebih jelas lagi.

Cuma Neeza ambil 2 warna sahaja yang sesuai iaitu kod 503, blossom pink terang untuk Neeza aplikasi ketika ke majlis seperti majlis makan malam dan kod 506, Sonrei warna nude untuk mekap seharian. Bagi Neeza memang wajib ada 2 warna ini dalam handbag anda.
Kod 506, Sonrei. I love it!
Kebetulan Neeza balik Johor, Neeza sempatlah makeover bff Neeza. Dan pastinya Neeza guna lip cream Sonrei. Dorang pun kata best. Tak kering merekah bau coklat. Alaaa Neeza makeup basic natural gitewww. Neeza bukan MUA uolls. 
Ini Neeza pakaikan kod 503 Blossom. Matching pula dengan tudung. Hehe
Yang ini kod 506 Sonrei warna nude. Macam yang Neeza pakai. Major love for this colour!

Sekarang ini Sonrei Cosmetic telah buat promosi untuk Lip Matte Cream ini iaitu;

PROMOSI SUPER EARLY BIRD 
======================

Harga normal RM 55.00

Harga PROMOSI SUPER EARLY BIRD :
.
RM 45.00 ( Semenanjung Malaysia )
RM 47.00 ( Sabah / Sarawak )

Tunggu apa lagi? Jom dapatkannya di;
Talian Whatsapp: +60 12-306 6097 

13 comments:

  1. hehe btol2 girls mmg tak akan ckup dengan mekap yang ada ngeh3.. cantik2 jugak kalernya hehehe..

    ReplyDelete
  2. Semakin banyak produk baru di pasaran. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Semoga perniagaan Sonrei Cosmetics terus maju dan sukses.

    ReplyDelete
  3. Fuh! Produk baru lagi? Tapi warnanya cantik. πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  4. Tau tak kolin ni hantu liptik. Dah ada 10 pun mcm tak cukup. By the way, yg merah kak engku pakai tu lawa gilosss

    ReplyDelete
  5. wow.. cantik-cantik color dia.. TB suka yang Lilac tu.. huhu.. suka yang gelap2.. cantik botol dia.. yang penting kandungan dia bagus sangat.. ada macam2 minyak dan juga vit e dalam dia ye..

    ReplyDelete
  6. warna lip creamya cantik cantik dan kandungannya menyihatkan ada vtamin

    ReplyDelete
  7. Wah menarik ni. Warnanya pun semua lembut2 jer

    ReplyDelete
  8. Kita pun ada sana masa tu.. Lipstick dia mmg cantik

    ReplyDelete
  9. the lip cream looks nice. the price boleh juga.

    ReplyDelete
  10. cantik jer warna, soft jer, dan paling best kandungan yer yang bagus utk bibir

    ReplyDelete
  11. Akak sampai sekrang masih tak pandai pakai lipmate. Hanya reti pakai lip balm tu.. Dgn liptint. Pernah sekali pakai lipmatee bila makan rasa butter. Mmg tergoda dgn kaler2 awak tunjuk ni. Sure, will give it a try

    ReplyDelete
  12. Oh the shades on these look lovely- and the one that you are wearing looks great on you as well :)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.