Wednesday, 15 November 2017

Jom Nikmati Hidangan Asia Tenggara di Row Six, Setia City

Assalammualaikum dan hai semua,
Hari ini Neeza nak kenalkan anda dengan sebuah tempat makan yang anda perlu cuba kalau anda berada di Shah Alam dan sekitar Klang iaitu Row Six yang terletak di Setia City Mall, Setia Alam. Tak jauh pun dari Shah Alam. Kalau anda naik bas Rapid KL UiTM Puncak Alam masa perjalanan kira-kira dalam setengah jam ke 40 minit bergantung pada laluan trafik. Tapi kalau anda naik kereta tentulah lagi cepat. Hehe.

Neeza memang selalu ke Setia City Mall kerana Setia City Mall merupakan tempat hangout untuk pelajar-pelajar universiti di sini. Walaupun tak sebesar Sunway Pyramid, tapi macam-macam jenama ada di bawah satu bumbung dan keadaan sekeliling yang agak santai untuk beriadah bersama rakan mahupun keluarga. Dan paling penting Setia Alam merupakan lokasi tempat makan yang terkenal untuk masa sekarang.

TENTANG ROW SIX
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
Menyajikan masakan tempatan legenda Asia Tenggara. Nanyang dikenali sebagai rujukan Asia Tenggara kepada penduduk etnik Cina etnik di negara-negara ini. Row Six percaya bahawa keenakan evolusi masakan Nanyang yang ketara dan kaya dengan ramuan bahan-bahan, gaya memasak dan persembahan selepas berabad-abad dan asimilasi budaya dengan dialek tempatan dan gaya hidup pasti menambat sesiapa sahaja terutama pengunjung-pengunjung terutama pencinta makanan yang datang ke restoran Row Six ini.
Istimewanya tatarias restoran agak kemas dan dipenuhi dengan lukisan yang menarik serta persekitarannya agak santai sesuai untuk anda nikmati hidangan bersama keluarga dan rakan malah sesuai juga ketika bertemu klien atau buat kerja menaip di sini.  Suasana kedai yang bersih menambat hati Neeza untuk menjejaki ke Row Six ini. Malahan pelayan restoran di sini agak ramah.

Nak tahu menu istimewa yang ada di Row Six ini? Kebanyakan hidangan di sini adalah dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi penggemar makanan antara ketiga-tiga negara ini bolehlah cuba makan di sini. Jom Neeza perkenalkan satu persatu.

MENU
Hidangan Nasi
1. Tomyang Goong with Rice & Satay / Thailand - RM 24. 95
Tomyang Goong ini merupakan hidangan sup Tom Yam yang terkenal di Thailand yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Ia merupakan sup yang mempunyai rasa lemak dan masam yang terdiri daripada daun serai, akar galangal segar dan daun limau. Istimewanya di Row Six ini disediakan sekali bersama kupang. 
2. Chicken Satay (6 sticks) / Indonesia - RM16.95
Sate ini merupakan hidangan terkenal di Indonesia dan juga Malaysia di mana dihidangkan bersama dengan sos kacang, timun dan nasi himpit. Istimewanya di Row Six, bukan setakat kuah kacang tapi ditaburkan kekacang yang memberikan impak rangup. Kuah kacang memang sedap dan cukup rencah pasti membuatkan anda ingin menikmatinya lagi. 
Sate yang digunakan dalam hidangan Tom Yam Goong dan sate ayam adalah sama ya. Neeza memang suka sangat dengan isi ayamnya yang padat, kekacang rangup dan dioles dengan kuach kacang pasti buatkan Neeza termimpi-mimpi nak makan lagi.
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
3. Nasi Ketuk / Indonesia - RM21.95
Nasi ketuk ini merupakan hidangan terkenal Indonesia nasinya disajikan berwarna biru (lebih kurang nasi kerabu yang terkenal di Kelantan) bersama kuah rendang cara Indonesia bersama telur goreng, keropok ikan, sambal dan sayuran. Rendangnya agak berbeza dengan rendang di Malaysia tapi sedap amat. Rugi kalau tak cuba
Hidangan On House
4. Row Six Combo Set / Vietnam 39.95
Merupakan set combo menghimpunkan beberapa hidangan terkenal di Vietnam terdiri daripada 2 spring roll, 6 sate ayam, 3 kek ikan, 1 mangkuk kerabu ubur-ubur dan 3 kepak ayam BBQ. 
Hidangan Mee
5. Phoh  / Vietnam - RM21.95
Sebutannya "Fuh" ya, merupakan hidangan kebangsaan dari negara Vietnama di mana ianya kaya dengan pelbagai aroma. Mi Nasi digunakan di dalam hidangan ini bersama dengan kuah yang menggunakan herba istimewa dan dihidangkan bersama ayam atau daging. Ternyata hidangan ini membuatkan anda rasa lebih tenang. p/s: kalau stress digalakkan makan ini ya, hehe
6. Thai Pad Thai / Thailand - RM 18.95
Lebih dikenali sebagai Phad Thai, ini adalah hidangan mi goreng gaya Thai yang lazim disajikan di makanan jalanan dan di restoran-restoran tempatan lazat di Thailand. Istimewanya mi yang digunakan adalah mi nasi.
Semasa perang dunia kedua, Perdana Menteri iaitu Plaek Phibunsongkhram telah memperkenalkan mi nasi ini atau dikenali sebagai se chan demi usaha mengurangkan penggunaan nasi di kalangan rakyat Thailand ketika itu dan akhirnya mi nasi ini merupakan hidangan yang menjadi identiti rakyat Thailand sehingga sekarang. Lihatlah gabungan mi nasi bersama bahan-bahan ini memberi rasa berbeza sedikit berbanding mi goreng di Malaysia ini pasti membuatkan anda teringin untuk makannya lagi.
Hidangan Roti
7. Bahn Mi & Sandwich / Vietnam - RM 15.99
Bahn Mi ini maksudnya roti. Sajian ini merupakan Vietnamese Baguette di mana baguette ini bererti mudah, maksudnya sajian roti yang mudah dan boleh dimakan di mana sahaja bersama kepingan daging yang dipanggang bersama nenas dan sayuran yang terdiri daripada salad dan lain-lain
Mengikut sejarah, hidangan Vietnam ini telah diperkenalkan oleh Perancis semasa menjajah Vietnam suatu ketika dulu. Sajian ini lebih ringan dan roti ini lebih lebih lembut di mana crust lebih tebal dan rangup berbanding roti Perancis sedia ada. Untuk sos, Neeza kurang pasti sos yang diguna pakai tapi rasanya agak manis.
Hidangan Minuman 
8. Vietnam Coffee / Vietnam - RM 6.95 (Sejuk)
Vietnamese iced coffee, also known as cà phê đá or cafe da merupakan hidangan kopi tradisional Vietnam. Ia dibuat menggunakan kopi sederhana yang dipanggang kasar di mana kopi  gelap Vietnam  menggunakan penapis titisan Vietnam kecil (phin ca phê). Selepas air panas ditambah, penuras titisan mengeluarkan titisan kopi panas perlahan-lahan ke dalam cawan. Setelah selesai cawan yang ada kopi panas ini kemudian dicurahkan dengan cepat ke dalam gelas penuh ais.
Cara yang paling popular untuk minum kopi Vietnam adalah cà phê sữa đá, di mana kopi ais Vietnam disajikan bersmaa susu pekat manis. Ini dilakukan dengan mengisi cawan kopi dengan 2-3 sudu atau lebih susu pekat manis sebelum proses menyaring penapis. Sesuai sangat untuk pencinta tegar kopi.
9. Mojito - RM9.95
Secara tradisinya, mojito adalah koktail yang terdiri daripada gula (jus tebu tradisional), jus limau, air soda, dan pudina. Menariknya, Mojito ini berasal dari Rom.
10. Mango Selasih with Cream - RM11.95
Minuman yang popular di kalangan para pengunjung Row Six di mana jus mango ini dihidangkan dengan gelas besar bersama isi mango yang ranum, selasih dan krim membuatkan anda terpikat untuk menikmatinya lagi.
11. Tropical Thanh Long / Vietnam - RM 12.95
Tropical Thanh Long sebenarnya adalah shake buah naga yang berkrim. Istimewanya di Row Six, shake buah naga ini dikisar halus bersama pisang yang membuatkan rasanya lemak manis dan daun pudina.
Hidangan pencuci mulut
12. Snow Fungus with Sea Coconut / Malaysia - RM 6.95
Ya, pencuci mulut ini merupakan hidangan dari Malaysia yang terkenal di kalangan rakyat berbangsa Cina. Terdapat snow fungus, longan dan kelapa laut. Selepas minum ini anda akan rasa lebih segar dan "mencuci" rasa dari hidangan berat sebelum ini.
13. Jack fruit with Rice Ball / Thailand - RM 11.55
Pencuci mulut ini terdiri daripada pulut beras yang digumpal secara bulat-bulat di mana ia dihidangkan bersama ais krim dan santan serta hirisan buah cempedak di atasnya. Sumpah sedap weyyy!
Mengikut citarasa dan pilihan Neeza, sekiranya Neeza datang ke Row Six ini Neeza akan memilih sajian Nasi Ketuk, Satay Ayam, Phonh Vietnam, Thai Pad Thai dan Branh Mi & Sandwich. Untuk sajian minuman pula, Neeza memang suka sangat dengan Tropical Thanh Long manakala hidangan dessert pula Neeza suka sajian Jack Fruit with Rice Ball.

Memang ketagih sangat-sangat dengan hidangan-hidangan ini. Yang penting memang puas hati makan dekat sini sebab mengenyangkan cukup rencah dan ramuannya serta saiz hidangan yang besar sesuai dengan harganya yang berpatutan. Cubalah, rugi kalau tak cuba kalau datang ke sini.
Neeza dah, anda bila lagi? 
Untuk maklumat lebih lanjut, 
Row Six Setia City
Alamat: L2-04/05, Setia City Mall, No.7 Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Jam Operasi: 10 pagi ke 10 malam setiap hari
Talian: +603 3358 4122

Salam sayang,
Neeza

17 comments:

  1. paling lemah jiwa tengok gambar2 makanan. sedapnyaa nampak semua tu..

    ReplyDelete
  2. Bestnya tengok makanan dan minuman ,semua sedap²

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu kenapa nampak semua macam sedap je... Tak perlu ke uar negara untuk cari makanan seperti ini...

    ReplyDelete
  4. Makanan looks superb awesome...ambiance tu yang penting...suka tempat macam ni..cozy dan tak serabut...

    ReplyDelete
  5. alahaiii kita nie dah lah suka makann... tengok pulak banyak makanan.. mcm nak makan bnyak2 pulakk.. hahahah

    ReplyDelete
  6. ya Allah kenapa bagi sha terliur ni? haha sedapnya semua makanan sha suka ada stress tengok ><

    ReplyDelete
  7. paling terliur Mango Selasih with Cream tempting sangat dik oii ! abes terbabaslah diet ahkak ni nt hehe

    ReplyDelete
  8. OMG jus buah tu sangat menggiurkan memang kita suka sangat minum tak makan pun tak apa janji dapat minum jus yang sihat macam tu hehehehe.. Boleh lah nanti Neeza belanja makan kat sini ok..

    ReplyDelete
  9. Adoi meleleh air liur mak yong tgk semua makanan tu. Especially tom yam gong.. kena cuba ni 😋

    ReplyDelete
  10. Kte sgt suka makan kat sini! Menu feveret spaghetti aglio olio dye yg pedas and dessert mangga santan yg sht sgt sdap!

    ReplyDelete
  11. Adui terliurnya tengok gambar makanan ni. Dahlah thai food ni favorite. Kena bookmark ni nanti nak makan boleh singgah sini.

    ReplyDelete
  12. Memang sedap-sedap hidangan kat situ. Nampak gaya kena pergi kat Row Six pula dengan rakan-rakan kelak.

    ReplyDelete
  13. row six? special name! haha i recently went to setia city tapi tak nampak pun, if not i would try~

    ReplyDelete
  14. selalu kalau datang setia city mall, mesti lalu lalang je kedai ni.. tak tau plak macam macam jenis makanan yang ada.. mesti bestkan?? harga pon not bad!

    ReplyDelete
  15. Meleleh air liur makcik hehe.
    Dekor dan pilihan menu nusantarabyang perlbagai.Padthai tu favorite tau dan menariknya Mojito dari ROM ada serai tu.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.