Tuesday, 12 September 2017

Tukar Skincare kepada Set Penjagaan Muka Safi Balqis OxyWhite

Assalammualaikum dan hai semua,

Hari ini hari kedua semester bermula. Nasib baiklah jadual okay~okay. 3 hari kelas penuh dari pukul 8 pagi sampai 4 atau 6 petang dan ada 1 hari itu kelas petang je. Lepas itu hujung minggu pula, Neeza akan ke sana sini sekiranya ada jemputan ke majlis dan review.

Dan semestinya Neeza kenalah bersedia untuk tampak segar dan kulit kenalah dijaga dengan baik supaya Neeza tak tumpukan banyak masa untuk mekap. Kalau selama ini Neeza cuma pakai Safi Pembersih Muka Anti Jerawat Gamat, Neeza rasa kali ini Neeza nak cuba set wajah lengkap dari Safi. Pastinya Safi Balqis Oxywhite lah sebab itu sahaja yang ada set lengkap.

Okay, sekarang yang terkini, Safi keluarkan Set Safi Balqis Oxywhite tau, dah tak ada lagi dah keluaran untuk Set Safi Balqis White Trilogy. Maknanya lagi upgradelah.
Rangkaian set Safi Balqis Oxywhite
Neeza memang guna pembersih wajah keluaran Safi sejak zaman sekolah lagi. Memang lembut bila aplikasi dekat kulit dan wanginya tidak keterlaluan. Harga pun sangat okay dan boleh dapat dekat mana-mana pasaraya, drugstore dan kedai runcit.

Neeza akui Neeza ini memang tak pakai apa-apa skincare selain dari pencuci muka kerana Neeza takut akan kesan dari pengunaan skincare sebarangan. Maklumlah kesannya akan nampak tau sebab dekat muka kan. Neeza ada mempunyai beberapa rakan yang pakai skincare timbang kilo dan akhirnya mereka terpaksa keluarkan banyak duit untuk merawat kembali kulit mereka. Gara-gara terpengaruh dengan skincare yang diragui kandungan dan cara prosesnya, akhirnya mereka terpaksa menderita. 

Cuma Neeza rasa tekad untuk pakai skincare kali ini sebab Neeza nampak kulit Neeza terlalu kusam apalagi sekarang dah reti dan selalu pakai mekap. Tapi Neeza naklah pakai skincare yang terbukti keberkesanannya biarpun mungkin ambil masa sedikit dan Neeza percaya dengan produk yang dijual di drugstore terutamanya kerana drugstore kan ada prosedure yang ketat untuk sesuatu produk dibawa masuk dan dijual di sana.
Rambang pula mata rasa nak borong semua sekali
Kenapa pilih Safi? Safi kan ada di mana-mana drugstore tak kiralah Guardian ke Watson dan mana-mana pasaraya. Lagipun Safi pun dah lama bertapak dalam industri ini dan Neeza rasa selesa guna Safi.

Untuk perempuan yang umurnya masih muda macam Neeza mestilah guna Safi Balqis. Kalau Safi Gold itu sesuailah untuk wanita yang umur 30 tahun ke atas. Setelah khusyuk meneliti produk-produk Safi, Neeza rasa Neeza berminat sangat nak cuba set Safi Balqis Oxy White ini yang mempunyai gabungan Nano Oxygen dan Nano Bio White.

Apa fungsinya?
1. Nano Oxygen 
Bertindak untuk membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit.

2. Nano BioWhite 
Mempercepatkan pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit.

Nak tahu tak, sekarang terdapat banyak produk yang ada dalam set Safi Balqis Oxy White ini.

Apa yang bagusnya tentang Safi ini terutama bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi seperti Neeza, ada kalanya kulit kering kerana duduk di aircond untuk masa yang lama dan ada masanya kulit berminyak disebabkan harmon atau terdedah dengan cahaya matahari. Jadinya Safi menyediakan 2 pilihan untuk pengguna bergantung pada kondisi kulit. 
Tapi Neeza akan cuba 10 buah produk keluaran Safi Balqis Oxy White terlebih dahulu. Maklumlah kita tengok juga pada bajet. Hihi. Kita beli yang mana rasa penting untuk kulit.
OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna 100g
Harga: RM 12.16
OxyWhite Krim Skrub Cerah Sempurna 100g
Harga: RM12.78
OxyWhite Krim Anti Jerawat Cerah Sempurna 15g
Harga: RM11.79
OxyWhite Pembersih Solekan Cerah Sempurna 200ml
Harga: RM17.40
OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna 100ml
Harga: RM11.00
OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15 40g
Harga: RM14.90
OxyWhite Pelembap Gel Cerah Sempurna 45g
Harga: RM 20.02
OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR 45g
Harga: RM20.02
OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15 40g
Harga: RM14.90
OxyWhite Krim Kecantikan Cerah Sempurna 16g
Harga: RM8.51
p/s: harga berdasarkan harga yang dijual di drugstore semasa Neeza pergi itu
Kenapa perlukan produk-produk di atas?
Antaranya ialah..
1. Fungsi Pembersih Muka
Aktiviti dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro Buih yang mewah berkrim ini bertindak membersih jauh ke dalam liang pori, menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan, mengekalkan kelembapan selepas penggunaan sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Fungsi Krim Skrub
Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kuli, membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap, dirumus dengan pH seimbang, sesuai untuk semua jenis kulit.
3. Fungsi Pelembap Gel
Pelembap Safi memunyai tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak untuk mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah, Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka, mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam. 
TIPS dari MUA terkenal->Kalau aplikasi semasa mekap, sekiranya kulit kering lebihkan pelembap, kalau kulit berminyak kurangkan pelembap untuk jadikan mekap kita smooth dan tak crack.
4. Pembersih Muka Anti Jerawat
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih muka Anti Jerawat ini bertindak membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori, manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat, zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum ,formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit , kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka
5. Fungsi Krim Anti Jerawat
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak sebagai rawatan intensif anti jerawat, menghalang pembentukan bintik hitam, memudarkan parut jerawat, mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat, meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan, dan AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria.
6. Fungsi Penyegar
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan, menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan dan memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.
7. Fungsi Pembersih Solekan
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna, mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
8. Fungsi Krim Pelembap Siang
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak menjadikan kulit 2 tona lebih cerah, melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++, mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR, melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%, mencerah kulit dengan pantas dan intensif, menghaluskan kulit, dan menyaramatakan tona kulit.
9. Fungsi Krim Pencerah Lengkap SPF15
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak mencerahkan kulit wajah dengan ketara, menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara, melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya, mengurangkan pembentukan bintik hitam, memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit dan mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak
10. Fungsi Krim Kecantikan
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna, melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi, mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah, dan menyamaratakan tona kulit.

Jujur Neeza katakan, Neeza baru je cuba pakai pencuci muka dan pelembap. Memang best, Safi memang tidak mengecewakan. Tak sabar nak cuba yang lain (lagi-lagi lepas pakai mekap). Nanti Neeza akan update perkembangan gambar  sebelum dan selepas dan video semasa di Instagram dan Facebook.

Okaylah sampai sini sahaja. Neeza nak bersiap pergi kelas ini.

Salam sayang,
Neeza



12 comments:

  1. dulu pernah guna Safi cleanser, toner, moisturiser dan krim. Yang awal2 punya 'batch' lepas tu White Trilogy. Best jgak. Tak pernah tukar2. Sampailah jumpa Nutriwhite, jatuh cinta dari hari pertama sampai sekarang. :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna Safi je, rasa macam selamat je dan semulajadi....

    ReplyDelete
  3. Dulu paling suka guna toner safi balqis even cleanser jenis lain. sbb rasa selesa dan bersih je tak melekit.

    ReplyDelete
  4. Safi ni mmg bagus tp kalau jenis sabar boleh la pakai sbb dia ambil masa lama sikit nak nampak kesan :) masa sekolah je pakai harga pun affordable

    ReplyDelete
  5. Dah guna safi balqis ni masa sekolah lagi..tp seems xde perubahan..so dah stop

    ReplyDelete
  6. sha ada jugak usha usha produk safi ni sebab rasa nak tukar skincare. thnkyou for info nanti boleh lah gi grab terus

    ReplyDelete
  7. jenama yang tak perlu di ragui lagi...

    ReplyDelete
  8. Amboi banyaknya koleksi dia heheheh untung jadi orang perempuan sekarang ni.. Laki susah nak dapat cari produk yang sesuai ngan kulit tapi nasib ada yang baru ni hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Serius jenama safi ni mmg dah lama. kalau dulu mase sekolah mmg pakai safi ni yang tutup hijau. habis sekolah konon nak pakai yg lain. ehheheheh tapi best safi skrg ni kan.

    ReplyDelete
  10. Safi ni antara yg well known product kt Malaysia ni...
    Depa pun da kukuh and ada peminat sendiri...
    Dari mengarut2 pkai yg ntah hapa2 tu kan..
    Better pkai yg jual kt drugstore mcm ni

    ReplyDelete
  11. Dulu masa akak student, akak guna Safi Balqis & Safi Rania. Memang best. Lembut je kulit muka. :)

    ReplyDelete
  12. Kawan2 ena mana konsisten pakai Safi ni, memang elok kulit diorang. Ena ada cuba tukar ke safi, kulit tak sesuai. Huaaaaa sedih! Teringin nak jadi pengguna safi yang setia

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.