Tuesday, 12 September 2017

Tukar Skincare kepada Set Penjagaan Muka Safi Balqis OxyWhite

Assalammualaikum dan hai semua,

Hari ini hari kedua semester bermula. Nasib baiklah jadual okay~okay. 3 hari kelas penuh dari pukul 8 pagi sampai 4 atau 6 petang dan ada 1 hari itu kelas petang je. Lepas itu hujung minggu pula, Neeza akan ke sana sini sekiranya ada jemputan ke majlis dan review.

Dan semestinya Neeza kenalah bersedia untuk tampak segar dan kulit kenalah dijaga dengan baik supaya Neeza tak tumpukan banyak masa untuk mekap. Kalau selama ini Neeza cuma pakai Safi Pembersih Muka Anti Jerawat Gamat, Neeza rasa kali ini Neeza nak cuba set wajah lengkap dari Safi. Pastinya Safi Balqis Oxywhite lah sebab itu sahaja yang ada set lengkap.

Okay, sekarang yang terkini, Safi keluarkan Set Safi Balqis Oxywhite tau, dah tak ada lagi dah keluaran untuk Set Safi Balqis White Trilogy. Maknanya lagi upgradelah.
Rangkaian set Safi Balqis Oxywhite
Neeza memang guna pembersih wajah keluaran Safi sejak zaman sekolah lagi. Memang lembut bila aplikasi dekat kulit dan wanginya tidak keterlaluan. Harga pun sangat okay dan boleh dapat dekat mana-mana pasaraya, drugstore dan kedai runcit.

Neeza akui Neeza ini memang tak pakai apa-apa skincare selain dari pencuci muka kerana Neeza takut akan kesan dari pengunaan skincare sebarangan. Maklumlah kesannya akan nampak tau sebab dekat muka kan. Neeza ada mempunyai beberapa rakan yang pakai skincare timbang kilo dan akhirnya mereka terpaksa keluarkan banyak duit untuk merawat kembali kulit mereka. Gara-gara terpengaruh dengan skincare yang diragui kandungan dan cara prosesnya, akhirnya mereka terpaksa menderita. 

Cuma Neeza rasa tekad untuk pakai skincare kali ini sebab Neeza nampak kulit Neeza terlalu kusam apalagi sekarang dah reti dan selalu pakai mekap. Tapi Neeza naklah pakai skincare yang terbukti keberkesanannya biarpun mungkin ambil masa sedikit dan Neeza percaya dengan produk yang dijual di drugstore terutamanya kerana drugstore kan ada prosedure yang ketat untuk sesuatu produk dibawa masuk dan dijual di sana.
Rambang pula mata rasa nak borong semua sekali
Kenapa pilih Safi? Safi kan ada di mana-mana drugstore tak kiralah Guardian ke Watson dan mana-mana pasaraya. Lagipun Safi pun dah lama bertapak dalam industri ini dan Neeza rasa selesa guna Safi.

Untuk perempuan yang umurnya masih muda macam Neeza mestilah guna Safi Balqis. Kalau Safi Gold itu sesuailah untuk wanita yang umur 30 tahun ke atas. Setelah khusyuk meneliti produk-produk Safi, Neeza rasa Neeza berminat sangat nak cuba set Safi Balqis Oxy White ini yang mempunyai gabungan Nano Oxygen dan Nano Bio White.

Apa fungsinya?
1. Nano Oxygen 
Bertindak untuk membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit.

2. Nano BioWhite 
Mempercepatkan pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit.

Nak tahu tak, sekarang terdapat banyak produk yang ada dalam set Safi Balqis Oxy White ini.

Apa yang bagusnya tentang Safi ini terutama bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi seperti Neeza, ada kalanya kulit kering kerana duduk di aircond untuk masa yang lama dan ada masanya kulit berminyak disebabkan harmon atau terdedah dengan cahaya matahari. Jadinya Safi menyediakan 2 pilihan untuk pengguna bergantung pada kondisi kulit. 
Tapi Neeza akan cuba 10 buah produk keluaran Safi Balqis Oxy White terlebih dahulu. Maklumlah kita tengok juga pada bajet. Hihi. Kita beli yang mana rasa penting untuk kulit.
OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna 100g
Harga: RM 12.16
OxyWhite Krim Skrub Cerah Sempurna 100g
Harga: RM12.78
OxyWhite Krim Anti Jerawat Cerah Sempurna 15g
Harga: RM11.79
OxyWhite Pembersih Solekan Cerah Sempurna 200ml
Harga: RM17.40
OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna 100ml
Harga: RM11.00
OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15 40g
Harga: RM14.90
OxyWhite Pelembap Gel Cerah Sempurna 45g
Harga: RM 20.02
OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR 45g
Harga: RM20.02
OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15 40g
Harga: RM14.90
OxyWhite Krim Kecantikan Cerah Sempurna 16g
Harga: RM8.51
p/s: harga berdasarkan harga yang dijual di drugstore semasa Neeza pergi itu
Kenapa perlukan produk-produk di atas?
Antaranya ialah..
1. Fungsi Pembersih Muka
Aktiviti dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan teknologi Mikro Buih yang mewah berkrim ini bertindak membersih jauh ke dalam liang pori, menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan, mengekalkan kelembapan selepas penggunaan sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Fungsi Krim Skrub
Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kuli, membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap, dirumus dengan pH seimbang, sesuai untuk semua jenis kulit.
3. Fungsi Pelembap Gel
Pelembap Safi memunyai tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak untuk mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah, Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka, mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam. 
TIPS dari MUA terkenal->Kalau aplikasi semasa mekap, sekiranya kulit kering lebihkan pelembap, kalau kulit berminyak kurangkan pelembap untuk jadikan mekap kita smooth dan tak crack.
4. Pembersih Muka Anti Jerawat
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih muka Anti Jerawat ini bertindak membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori, manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat, zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum ,formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit , kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka
5. Fungsi Krim Anti Jerawat
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak sebagai rawatan intensif anti jerawat, menghalang pembentukan bintik hitam, memudarkan parut jerawat, mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat, meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan, dan AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria.
6. Fungsi Penyegar
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan, menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan dan memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.
7. Fungsi Pembersih Solekan
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna, mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
8. Fungsi Krim Pelembap Siang
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak menjadikan kulit 2 tona lebih cerah, melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++, mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR, melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%, mencerah kulit dengan pantas dan intensif, menghaluskan kulit, dan menyaramatakan tona kulit.
9. Fungsi Krim Pencerah Lengkap SPF15
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak mencerahkan kulit wajah dengan ketara, menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara, melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya, mengurangkan pembentukan bintik hitam, memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit dan mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak
10. Fungsi Krim Kecantikan
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna, melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi, mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah, dan menyamaratakan tona kulit.

Jujur Neeza katakan, Neeza baru je cuba pakai pencuci muka dan pelembap. Memang best, Safi memang tidak mengecewakan. Tak sabar nak cuba yang lain (lagi-lagi lepas pakai mekap). Nanti Neeza akan update perkembangan gambar  sebelum dan selepas dan video semasa di Instagram dan Facebook.

Okaylah sampai sini sahaja. Neeza nak bersiap pergi kelas ini.

Salam sayang,
Neeza



Raikan Hari Teddy Bear di KL Gateway Mall

Assalammualaikum dan hai semua,

Sejak dari bulan Ogos sampailah September, terasa macam banyak pula cuti kan? Ala tak hairanlah sebab di Malaysia ini  kita sambut pelbagai perayaan dan hari sambutan. Maklumlah negara kita kan pelbagai kaum dan agama. Nak tahu tak, baru-baru ini ada satu hari yang cukup istimewa berlaku? Hari tersebut adalah hari yang paling seronok terutama sekali kanak-kanaklah iaitu...

Hari Teddy Bear!

Hari Teddy Bear @ Beruang Teddy ini disambut pada 9 September setiap tahun. Kebanyakan daripada kita pastinya ada teddy bear sebagai teman semasa kecil. Ada yang hanya mempunyai teddy bear sewaktu kecil sahaja dan ada juga yang masih mempunyai teddy bear sehingga ke dewasa, jadinya hari ini adalah hari yang sempurna untuk meraikan rakan zaman kanak-kanak anda!

Nak tahu tak kenapa wujudnya Hari Teddy Bear ini? Alaaaa... jangan nak negatif sangat dengan agenda Yahudi ajeee, maklumlah pendekar kekunci kan suka kaitkan sesuatu dengan perkara itu. Haish skeptikal sungguh.

Mengikut sejarah, pada November 1902, Presiden Theodore (Teddy) Roosevelt menghadiri pemburuan beruang di Mississippi. Ahli-ahli lain yang memburu parti memburu beruang muda, mengikatnya ke pokok, dan menawarkan tembakan kepada presiden. Apabila berita tersebar bahawa Roosevelt enggan membunuh beruang itu, seorang kartunis politik bernama Clifford Berryman menggambarkan presiden dengan beruang dalam sebuah kartun bertajuk "Drawing the Line in Mississippi."

Dalam percetakan pertama, beruang kartun itu adalah haiwan yang sudah dewasa, tetapi ia kemudian dilukis semula sebagai anak kecil yang cuddly. Kisah dan kartun menjadi terkenal, dan pembuat mainan terinspirasi untuk mencipta "Teddy's Bear" pertama. Pada tahun 1906, beruang teddy menjadi kegilaaan dan trend. Maklumlah teddy bear kan comel. Ia adalah patung yang ever green sampailah ke hari ini. Tak percaya?

Neeza ingat lagi dulu drama Korea terkenal Princess Hours ada selitkan scene di Muzium Teddy sebab Putera Raja itu pun ada teddy bear sendiri kan? Haaa, dalam cerita terkenal Mr Bean pun teman setianya juga adalah teddy.

Okay, bersempena dengan Hari Teddy Bear, KL Gateway Mall, The Giving Bank dan Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk mengadakan satu acara yang menarik dan menarik dengan mengundang peniru 'Bean' Faiket Luari dan Teddy ke pusat membeli belah ini, antaranya aktiviti bercerita atau 'story telling" bersama keluarga, bertemu dan sesi menyambut di mana peminat bertuah dapat memenuhi impian mereka bertemu "Mr Bean" dan mengambil gambar dengannya.
Sempena meraikan Hari Teddy Bear yang berlangsung 10 hari di sini, KL Gateway Mall juga telah meletakkan sebuah patung Teddy bersaiz gergasi 12 kaki di tengah-tengah pusat membeli belah iaitu Central Piazza. Selain itu, kanak-kanak juga dapat bergembira dengan kehadiran badut yang menunjukkan pelbagai skil menarik seperti bunga, pedang yang diperbuat dari belon.
Memang besar sampai ke Aras 1 itu
Untuk waktu makan tengah hari dan teh, kanak-kanak bersama keluarga yang datang ke KL Gateway ini mempunyai pilihan beberapa makanan ringan di troli popcorn dan gula-gula kapas yang terletak di Central Piazza ini juga.Gerai lain yang turut serta dalam perayaan ini ialah Rekazone, Kinsole, TedBoy, Plaats Station dan Times Bookstores yang menjual beruang teddy ke pembeli supaya mereka dapat menyumbang kepada kempen "Donate A Huggable Teddy Bear".
 Rekazone
Times Bookstore
Pada hari kemuncak iaitu 9 September 2017, majlis pelancaran sambutan Hari Beruang Teddy @ Teddy Bear ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, iaitu YB Dato P. Kamalanathan a/l P.Panchanathan dan Dr. Janson Ang, Pengasas The Giving Bank.
Majlis ini dimeriahkan juga dengan kehadiran lebih 300 kanak-kanak dari 4 buah rumah iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rumah Kebajikan An Najjah, Rumah Charis dan Masyarakat Kebajikan Ti-Ratana yang menyertai "Mr Bean" dan Teddy di Central Piazza KL Gateway Mall. 
Memang meriah sangat-sangat. Terimbau kenangan masa kecil. Rindu pula nak jadi budak balik. Hehe.

Apapun sekalung tahniah buat KL Gateway Mall, The Giving Bank dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas penganjuran program amal sebegini pada hari yang cukup istimewa. Bukan sahaja menggembirakan para pengunjung selalunya akan datang dengan keluarga ketika membeli belah malahan turut berkongsi kegembiraan ini bersama dengan kanak-kanak dari badan-badan kebajikan. Sambil kita bergembira, sambil kita beramal.

Okaylah, buat sesiapa yang tak pernah tahu ada sambutan Hari Beruang Teddy ini, sekarang dah tahu kan? Jadi tahun depan bolehlah bersedia untuk sambut, maklumlah baru sahaja berlalu kan.

Oh ya, sebelum Neeza lupa, Neeza nak uar-uarkan, KL Gateway Mall telah mengadakan Teddy Selfie Contest yang mana akan berakhir pada 12 pm, 30 September ini, dah tak lama okay! Kena cepat join tau. Caranya mudah iaitu;

2. Siarkan gambar anda di Facebook bersama dengan patung teddy bear yang anda dan di mana-mana anda berada
3. Dan jangan lupa tag KL Gateway Mall.

Senang kan? Selfie terbaik akan berpeluang membawa balik hadiah misteri.

Jadi apa tunggu lagi, jom turut serta!

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.