Sunday, 13 August 2017

Pengalaman Bercuti di Cyberview Resort & Spa

Assalammualaikum dan hai semua,
Bila masuknya bulan Ogos ini bermakna adalah bulan yang sepatutnya Neeza dan rakan-rakan seuniversiti patut meraikan cuti sepuas-puasnya sebab bulan September dah mula kuliah. Jadi, kebanyakan kami menghabiskan masa dengan travel. Trend gitu. Dah nama pun cuti kan? Masa inilah nak berehat di hotel. 

Untuk percutian kali ini, Neeza memilih untuk menginap di Cyberview Resort & Spa. Pertama kali tau Neeza mencuba hotel yang berkonsepkan resort dan spa. Apa kelainannya ya?

Okay sebelum ini Neeza pernahlah jejakkan diri ke Cyberview Resort & Spa ini untuk Momentous Cocktail nak naik hot air balloon itu. ENTRI INI. Mula dari situ dah jatuh cinta dan simpan angan-angan nak bercuti dan menginap sendiri.

Dan alhamdulillah, kini impian menjadi nyata pada minggu lepas..
Neeza dan Alja sampai di sana dalam pukul 2 jugalah. Gara-gara bas lambat dari Shah Alam tadi dan sepatutnya bila sampai itu, Neeza buat rawatan spa. Hehe. Bila melangkah masuk lobi memang anda akan bau wangian spa. Harum dan menenangkan je~
Lawanya lobi Cyberview Resort & spa
Reception desk. Sementara isi borang, dihidangkan dengan air herba dan tuala basah. Maklumlah cuaca panas. Apapun staff di sini semua ramah dan baik-baik belaka. 

Setelah selesai urusan check-in, kami pun dibawa ke bilik dengan menggunakan bogie. Comel kan?
Inilah ruangan kamar bilik kami di Cyberview Resort & Spa. Warna hijau. Jarang tau nak jumpa hotel guna warna hijau.
Untuk penginapan kami, kami memilih bilik yang diberi nama Superior Chalet. Ada satu katil queen dan single. Bagi Neeza memang sesuai untuk keluarga yang nak bercuti di resort ini. Alja dah cop awal-awal katil single ini sebab katanya romantik. Amboi amboi amboi. Tak apalah I bolehlah menguasai katil besar itu. Hehehe.

Antara kemudahan lain yang ada dalam Superior Chalet ini termasuklah;
Balkoni
Pemandangan alam (kalau tempah Deluxe Chalet atau Executive Deluxe Chalet menghadap kolam renang)
TV, macam-macam siaran ada tau
    Almari.. selain ada peti keselamatan barang, ada juga..
jeng..
jeng..
jeng..
Sekiranya tak bawa baju banyak boleh pakai ini, hehe.. siap disediakan saterika dan papannya sekali, pengering rambut dan kasut dalam bilik. Maklumlah sejuk lantai itu. Dalam laci itu diselitkan dengan borang dan plastik sekiranya nak guna perkhidmatan dobi.
Yang ini pula adalah ruangan dandanan
Ini almari kedua, ada cerek elektrik, peti sejuk mini, air mineral, disediakan gula, teh dan kopi uncang. Memang syok dapat minum panas-panas. Okay sebelah itu ada rak kasut jadi tak adalah sepah berkasut nanti.
Bilik air. Ada juga shower tapi paling mengujakan sebab ada juga tab mandi! *sebenarnya jakuzi dekat spa lagi best* Kelengkapan mandi seperti mandian gel dan syampu pun disediakan juga.

Okay, gaya hidup zaman sekarang mesti pentingkan Wifi ya tak? Jangan bimbang, wifi disediakan di dalam setiap bilik penginapan di sini. Serius laju tau.

Apapun, memang lengkap kemudahan yang ada dalam bilik penginapan Cyberview Resort & Spa ini.

Lepas check in, kami berehat sebentar. Maklumlah perjalanan menaiki bas ini agak meletihkan kami. Setelah selesai membersihkan diri dan baring, kami bercadang untuk melihat kawasan sekitar resort ini pada waktu petang sebelum menikmati hidangan makanan malam.
Jumpa kolam mandi mandalah,waahhh..
Kolam ini sesuai untuk budak-budak kecil lah sebab cetek jadi tak membahayakan, hehe..
Jalan lagi.. kita explore...
Kolam ini lagi cantik dan best sebab dasarnya ada kedalaman dari paling cetek sampai atas kepala. Lepas itu kalau nak bersantai-santai tepi kolam pun boleh.
Untuk non muslim bolehlah bersantai-santai di Chillax Pool Bar.

Dan ini sekitar kawasan kolam mandi-mandi..
Lawa kan pemandangan di sini. Memang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian yang menenangkan. Tak perlu nak cuti jauh-jauh pun, Cyberjaya ada resort dan spa yang best. Pemandangan yang cantik dan sangat dekat dengan alam semula jadi.

Oh ya, buat bakal raja sehari yang berminat untuk mengadakan majlis persandingan di Cyberview Resort & Spa. pun boleh tau. Tema perkahwinan dalam taman atas air. Pergh.. memang cantiklah. Pihak Cyberview Resort & Spa menyediakan pakej serendah RM7500 je tau. KLIK SINI!

Hmm rasa nak sejam jugalah Neeza berenang dan beriadah waktu petang itu. Pantang jumpa air! Alja berenang sekejap lepas itu main-main air je. Selesai mandi kami pun balik ke bilik dan bersihkan diri serta bersedia untuk makan malam.
Nak tahu apa yang best lagi tentang Cyberview Resort & Spa. Nantikan entri seterusnya ya!

Oh ya kalau berminat dan merasai yang Neeza alami di Cyberview Resort & Spa, ada promosi tau! ya, jom grab cepat :-) KLIK SINI

Cyberview Resort & Spa
Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 3-8312 7000
Website: www.cyberviewresort.com
Facebook: Cyberview Resort & Spa
Instagram: @cyberviewresort

Salam sayang,
Neeza.

6 comments:

  1. Lawanya resort dia, bilik dia, semua lawaaaaaa :(

    ReplyDelete
  2. Bestnya sis. Yang tak tahan tu, ruang bilik tu memang marveles la. Teruja tau

    ReplyDelete
  3. Omg bestnya!! Kalaulah dapat bercuti tempat macam ni, fuhh memang nikmat gila la. Rehat sepuas-puasnya!

    ReplyDelete
  4. Macam menarik je.. nk try la nanti

    ReplyDelete
  5. cantiknyaa. dah lama usha usha ni sebab swimming pool dia tu ha.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.