Monday, 10 July 2017

VIP Hotel - Penginapan best ketika bercuti di SEGAMAT, Johor

Assalammualaikum dan hai semua
Mesti ramai dah mula kembali ke bandar dan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Ada yang bersekolah ada yang bekerja. Kan? Maklumlah cuti raya kan dah habis. Huhu. Tapi kesan cuti raya ini buatkan mood travel Neeza kembali lah. Adoi. Bila belek-belek galeri telefon teringat percutian Neeza di Segamat, Johor pada bulan April lalu. Serius percutian itu adalah antara percutian yang paling best untuk Neeza tau.

Kenapa?

Kami pilih Segamat sebab kedua-duanya belum pernah berjalan-jalan ke sini. Lagipun keluarga tak adalah bimbang sangat, sekurang-kurangnya masih dalam kawasan negeri Johor. Okaylah, luar dari Muar.

Lalu, kami bertolak dari Muar dalam Jumaat petang, lebih kurang jam 4.00 petang. Kami ambil jalan Tangkak (lalu Gunung Ledang). Kalau guna laluan sini, nak pesan, hati-hati memandu sebab kenderaan berat banyak guna seperti bas ekspress dan lori.

Maklumlah laluan ke Pahang dan Pantai Timur memang mereka lalu sini. Tapi seronoklah dapat lihat pemandangan bandar Tangkak, kelapa sawit, gunung Ledang dan paling mengujakan Neeza, baru tahu kewujudan Jementah. Hehe. Tak pernah guna laluan sini kan. 

Rasanya hampir 2 jam juga kami sampai ke bandar Segamat. 

Bila dah sampai bandar Segamat, sudah tentu check in hotel dulu. Kesian dekat BFF Neeza ini, maklumlah dari Pahang-Muar-Segamat. Mesti penat memandu. Jadi kami memilih untuk menginap di VIP Hotel Segamat, Johor.
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Berdasarkan pencarian kami sebelum rancang percutian ini, kami adalah selidik di Trip Advisor dan beberapa blog mendapat review yang baik daripada pengujung yang pernah menginap di sini.

Akan tetapi...

Ternyata...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Memang best! Serius tak tipu. Pengalaman Neeza bersama BFF setelah menginap 3 hari 2 malam di VIP Hotel Segamat.

VIP Hotel ini bukan hotel cikai-cikai tau. Ada bangunannya sendiri 6 tingkat. Bertaraf 3 bintang tau. Maklumlah Neeza selalu juga travel untuk bekerja dan menginap di hotel backpacker je, sekali sekala bercuti dengan kawan baik, BFF time gitu, kita tidurlah di hotel yang selesa. Ya tak?
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Sampai-sampai je disambut dengan buah tangan. Ada orang itu terus bedal karipap sampai 2 biji. Hehe, tapi serius karipap itu sedap sangat.

Kami memilih bilik Standard Twin. Ada juga bilik Standard Queen, Superior King, Family Suite, Executive Suite dan VIP Suite. Nak tengok rupa bilik-bilik tersebut boleh klik sini.

Harga pun berpatutan dari RM150 hingga RM218 semalam tertaluk kepada sebarang perubahan. Harga termasuk sarapan pagi  dan semua bilik di sini dilengkapi WIFI dan saluran Astro. Best tak best?

Untuk kami, memadai kami pilih Standard Twin ini sebab dua katil super single. Tidur asing-asing eh. Tak ada maknanya nak tidur sekatil dengan minah ini. Hahaha. Gurau. Beb, lain kali kalau kita dah kerja ada duit sendiri nanti kita travel tidur Suite pula ke. Sekarang belajar lagi, ini pun dah syukur alhamdulillah.
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Masa melangkah masuk ke bilik Standard Twin, masing-masing teruja. Nampak ekslusif sangat. Rasa macam dalam rancangan Romantika Cinta. Hahaha. Tangkap feel pun jadilah. Alangkah bestnya kalau pergi dengan suami (boyfriend pun tak ada, apa cer :p). Sweet sangat ada towel bentuk love tu.
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Keadaan bilik pun besar dan sangat selesa. Ada penghawa dingin dan TV pun besar, siap ada meja tulis lagi serta boleh bancuh air dan ada air mineral lagi.
Bilik juga dilengkapi dengan peti ais mini dan peti keselamatan. Belum lihat bilik air lagi..

Bilik air dibahagikan kepada dua. Fuhh cantik. Walaupun tak ada tab mandi, shower pun ada air panas dan sejuk okay.
Disediakan juga kelengkapan diri, tuala dan pengering rambut (masa mandi baru discover pengering rambut dalam laci, hehe). Kalau nak iron pakaian, ada disediakan iron dan board di hadapan ruangan lif setiap tingkat.
Itu baru bilik, jom kita meneroka satu bahagian lagi yang disediakan di VIP Hotel, Segamat ini iaitu restoran yang diberi nama The Chef.
Saat melangkah ke sini, terasa macam dekat restoran 5 bintang pula. Dekorasi yang menarik dan nampak ekslusif. Dah nama pun VIP Hotel. Mesti ada class tersendiri. Tapi harga penginapan di VIP Hotel maintain berpatutan untuk rakyat marhaen macam kita-kita ini. Hehe.
Restoran The Chef ini ialah restoran yang menyajikan makanan setiap waktu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Yang penting The Chef ini mendapat pengiktirafan dari JAKIM tau jadi boleh makan dengan senang hati di sini untuk mereka yang beragama Islam.
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Untuk sarapan pagi, bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Room service juga disediakan untuk mereka yang malas nak turun. Macam kami ini, walaupun turun untuk sarapan pagi, tetap pesan room service supaya hantarkan waffle ke bilik (waffle ambil masa sedikit itu sebab kami suruh hantarkan je). Amboi tak kenyang-kenyang kan kitaorang ini.
BFF Neeza ini lak acah-acah sweet, hari kedua, tak sangka buka pintu dapat waffle sebegini. Patutlah suruh Neeza naik bilik seorang lepas dah order waffle. Apapun thank you beb. (Tak kan waffle je?Aku nak hadiah! :p)
Sarapan dihidangkan secara buffet tau. Nak makan sekenyang-kenyangnya pun suka hati kamu lah. Apa taknya, pelbagai jenis hidangan disediakan dan menu yang dihidangkan adalah berlainan setiap hari. Memang ler rambang mata semua nak dibalunnya.
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Makan sambil menikmati udara segar makan. Memang syok lagi-lagi makan mengadap pemandangan pool.
Sebelum makan, kenalah burn kalori dulu. Lihatlah kegembiraan seketul Neeza yang seronok nak bermandi manda.
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor
Ada orang itu dengki kita mandi kolam, katanya malas nak bawa balik baju basah. Ke tak reti berenang? :-p
Ya, VIP Hotel, Segamat juga menyediakan kolam renang dan gymnasium untuk pengunjung-pengunjung yang menginap di hotel ini. Bila-bila masa sahaja boleh akses perkhidmatan ini bermula 7 pagi sehingga 11 malam.
Untuk makan tengahari kami makan di luar sebab nak ronda-ronda bandar Segamat. Antara lokasi tempat makan yang best sempat kami teroka ialah Selera Nasi Beringin, Cendol Segar Amat dan Nasi Ayam Pak Mus. Memang puas hati. Kalau anda datang Segamat wajib singgah sini tau.
SELERA NASI BERINGIN SEGAMAT
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat, nasi beringin segamat
CENDOL SEGAR AMAT
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat, cendol segar amat
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat, cendol segar amat
Dah boleh tau nama asal Segamat dari mana? Hehe
NASI AYAM PAK MUS
Makan malam pula kami menjamu selera dekat The Chef sahaja. Dan ini keadaan restoran The Chef di waktu malam.
Kali ini hidangan ala carte ya. Dari masakan tempatan sehingga makanan barat ada disediakan seperti Mee Rebus, Laksa Johor, Char Koay Teow, Chicken Chop, Crown Of Lamb Rack dan banyak lagi. Siap ada dessert tau!
Hidangan barat/Main Course (Western)
Hidangan tempatan/ Main Course (Malaysia)
Pencuci mulut/dessert
Close up ada 3 perisa aiskrim dalam Banana Split ini iaitu coklat, strawberry dan mint. Sedap!
Serius makanan di The Chef VIP Hotel, Segamat ternyata tidak mengecewakan langsung sepanjang 2 hari di sini. Paling tempting tentulah chocolate shake ini uolls.
Sepanjang 3 hari 2 malam berada di Segamat ini kami tak sempat nak berasa lapar tau. Hahaha. Dua-dua kaki makan travel sama-sama pula itu.

Kami juga sempatlah berkunjung ke beberapa tempat di Segamat iaitu Bila dah dapat kereta memang lajulah ke sana ke mari. Hehe.
DATARAN SEGAMAT
vip hotel, segamat, tempat menarik segamat, percutian segamat, segamat,johor, makanan sedap di segamat
BANDAR SEGAMAT
Bandar Segamat ini terbahagi kepada dua, bandar lama dan bandar baru. Yang ini bandar lama. Tak sempat nak snap bandar baru. Area bandar baru itu sekitar tempat-tempat makan yang Neeza tunjuk itu.
ROCK GARDEN
Lokasi yang menarik untuk rekreasi dan photoshoot tau
JAMBATAN PUTUS
PASAR KARAT, SEGAMAT
Jadi apa pendapat anda tentang percutian Neeza bersama BFF Neeza itu lebih-lebih lagi tentang penginapan VIP Hotel, Segamat ini? Best bukan. Ternyata review dekat Trip Advisor dan blog lain adalah benar. Sesuailah untuk mereka yang datang ke Segamat untuk becuti atau pulang ke kampung halaman sempena perayaan atau outstation atas urusan kerja, tak pun menemani dan meraikan majlis konvokesyen anak di UiTM Segamat, bolehlah booking VIP Hotel ini. Recommended!

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi;

VIP HOTEL SEGAMAT
Batu 1, Jalan Buloh Kasap, 85000 Segamat, Johor Malaysia.
Tel - 07 931 2101 (Hotline) H/P :- 019 7774906 / 019 7773991
Email - Sales@viphotel.com.my
Website -www.viphotel.com.my
Facebook - VIP Hotel Segamat
Instagram - VIP Hotel Segamat Johor

Salam sayang,
Neeza

4 comments:

  1. Cantiknya Rock Garden, bersih 😄 Tapi mata sy lebih terpaku pada gambar makanan 😍 Gambar pun nampak cantik & terang 😄

    ReplyDelete
  2. Taraf 3 bintang tu macam salah je, sepatutnya 4 bintang dah...

    ReplyDelete
  3. wahh sesuaii untuk orang yang bekerja utk meeting ke kan. boleh stay hotel nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. cantiknya hotel tu. nak kena try ni . btw cantik semua gambar you <3

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.