Saturday, 15 July 2017

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Outlet Ketiga

Assalammualaikum dan hai semua
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Dah lama rasanya tak berjalan-jalan ke Sunway Pyramid. Makanya sebelum Neeza balik ke Muar (sekarang dah ada di Muar pun), Neeza singgah kejap lah Sunway Pyramid. Sebenarnya nak tebus voucher tapi Neeza tak tahu pula cawangan kedai itu dah ditutup pun. Tapi tak sia-sialah Neeza datang sebab kebetulan hari Sabtu, 8 Julai 2017, Dairy Tooth Ice Tooth pula melancarkan pembukaan outlet ketiga mereka di Sunway Pyramid Mall. Fuh, langkah kanan. Nasib baik kan.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Ramai betul yang datang pembukaan Dairy Tooth
Mengenai Dairy Tooth Ice House ini, Neeza dah lama tahu kewujudannya semasa pembukaan outlet mereka yang pertama di Berjaya Times Square. Masa itu pula viral dekat Instagram snek makanan yang berbentuk macam telur dalam papan (nama komersial egg puff tau).

Sampai ada bff blogger Neeza pun mengidam ajak cari itu masa kami keluar jalan di kawasan Bukit Bintang tapi bila dah sampai sana, terlupa pula nak singgah Times Square. Jadi tak merasalah Neeza nak rasa makanan viral ini. Huhu.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Kalau nak tahu, Dairy Tooth ini berkonsepkan Hong Kong-style cafe kerana ia berasal dari Hong Kong sejak dari tahun 2015 lagi. Kalau tak silap, Dairy Tooth ini dah ada 1000 outlet di bandar-bandar wilayah China dan kini Dairy Tooth meluaskan pasaran di Malaysia pula dan telah mempunyai dua outlet iaitu Berjaya Times Square dan Jaya One. Makanya outlet di Sunway Pyramid ini merupakan outlet ketiga lah untuk Dairy Tooth. Tahniah!

Bagi Neeza, sesuailah kalau outlet sebegini dibuka di pusat beli belah sebab kita datang sana pun nak jalan-jalan je cuci mata tengok promosi dan jualan murah di kedai-kedai berjenama. Kadang-kadang masa jalan-jalan itu terasa nak mengunyah dan kudap sesuatu. Betul tak? Hehe.

Apa yang pasti, terdapat pelbagai hidangan makanan dan minuman ringan yang disediakan di Dairy Ice Tooth dan menjadi pilihan masyarakat kerana sesuai untuk semua lapisan usia. Ada milk tea, puff, waffle, toast dan sebagainya.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Neeza berkesempatan merasai beberapa hidangan popular di mana menjadi signature Dairy Tooth Ice House dan mendapat sambutan hangat berdasarkan pembukaan outlet-outlet sebelum ini, antaranya DT Silky Milk Tea, DT Original Hong Kong Eggs Puff, DT Polo Bun dan DT Peanut Waffles.

DT Silky Milk Tea
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Dihidangkan dengan Red Tea yang berkualiti tinggi dan rasa Milk Tea, it is just nice! Tak manis sangat, tak pahit sangat dan tak pekat sangat.

DT Original Hong Kong Eggs Puff
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Best seller snack Dairy Tooth! Luaran rangup dan lembut di dalam, mempunyai bentuk seakan telur dalam papan dan mempunyai aroma telur yang menyelerakan.

DT Chocolate Eggs Puff
Lebih kurang DT Original Hong Kong Eggs Puff, bezanya ia didatangkan dengan perisa coklat, selain itu ada juga  perisa cheese, wasabi dan lain-lain. Hot seller juga tau terutama pencinta coklat macam I ini. Hehe

DT Polo Bun
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Bun memang sinonim dengan masyarakat Cina lagi-lagi Hong Kong. Kombinasi bun yang cukup lembut (mat Salleh panggil fluffy) dengan cairan mentega yang masin serta rasa manis disebabkan kesan karamel yang dibakar cantik di atas bun, memang perfect!

DT Peanut Waffles
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Waffle yang lembut dihidangkan panas bersama sapuan kacang yang ranggup memang menyelerakan. Terdapat juga pilihan lain iaitu chocolate dan kaya.
Nak juga bergambar, hehe
Bila dah datang pelancaraan, selalu ada promosi. Memang langkah kanan hari itu sebab Dairy Tooth bagi Milk Tea secara PERCUMA dan diskaun untuk belian. Rugi sangat tak datang tau. Hehe, kena follow IG rapat-rapatlah lepas ini ya.

Okaylah, kalau rasa craving nak makan egg puff, bun, waffle atau milk tea, bolehlah singgah outlet Dairy Tooth yang berdekatan tau.

Dairy Tooth Ice House
Alamat;
Sunway Pyramid (sebelah Maxis Centre)
F1.K2A , Orange Zone , Sunway Pyramid

Jaya One
Jaya One , The School

Berjaya Times Square
Level 3-03-110D , Berjaya Times Square

Facebook; Dairy Tooth Malaysia
Instagram; @dairytooth.malaysia


Dairy Tooth Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

8 comments:

  1. kenapa semua gambar makanan tu menggegarkan perut sy 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita sedang lapar masa baca post ni.... huhu

      Delete
  2. wahh.. ramainya orang datang. dessert pun nampak comelnyaaa n sedappnyaa ^^

    ReplyDelete
  3. Sunway tu dah dekat dgn rumah saya. Saya di shah alam. Bila2 je saya boleh sampai situ. Nak rasa eggpuff.

    ReplyDelete
  4. tak nak pergi lah. sebab nanti teringin nak makan semua. sedap2 nampaknya. habisla diet macam ni. huaaaa...

    ReplyDelete
  5. Ya allah terus rasa nak pergi.. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  6. Sabar, sabar, nafsu sedang menguasai minda ku... betapa sedapnya semua itu.....

    ReplyDelete
  7. Menarik ini, tak pernah pergi lagi. ;)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.