Wednesday, 14 June 2017

Wajah Baru Delicious Cafe, One Utama - Pilihan Iftar Terbaik

Assalammualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Neeza berpeluang untuk berbuka puasa di Delicious Cafe, One Utama. Maklumlah, dah bosan asyik ke Mutiara Damansara (sama ada The Curve, Ikea dan E-curve), kali ini Neeza ke One Utama pula. 

Ini merupakan kali kedua Neeza ke One Utama dan pengalaman pertama menikmati sajian di Delicious Cafe. Kalau datang ke restoran pada bulan puasa, maknanya kita iftar di sinilah. Hehe.
Apa yang menariknya tentang Delicious Cafe, One Utama ini ialah restoran ini baru sahaja dibuka selepas ditutup satu tempoh untuk pengubahsuaian kerana Delicious Cafe berada di bawah pengurusan yang baru iaitu The Delicious Group (Envictus International Holdings Limited) di mana pengurusan ini berpengalaman dalam menguruskan Texas Chicken dan San Francisco Coffee sebelum ini.

A post shared by thedeliciousgroup (@thedeliciousgroup) on
Sudah tentu, restoran ini berwajah baru seperti dari segi menu dan dekorasi dalaman. Lihatlah dalam video ini, ruangan Delicious Cafe yang selesa dan menarik. Banyak tempat boleh selfie tau! Makin teruja Neeza nak menikmati makanan di sini.
Konsep yang ditampilkan ialah Asian Fusion di mana anda dapat menikmati gabungan Asia dan Barat serta Eropah dan Mexico dalam sajian-sajian di Delicious Cafe, One Utama.

Pembuka Selera (Starter)
Salt and Pepper Squid
Sotong segar, digoreng hingga garing, dihidangkan dengan lemon, sos tartar dan garden greens 
Saved By The Bell-acan - Chicken Wings
Kepak ayam yang dimasak bersama sambal belacan dan dihidangkan bersama sos cili Thai - Inspirasi ayam dari Pulau Pinang
Muchacho Nacho Platter
delicious cafe
Dihidangkan bersama beef chili bersama sos guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo
Salmon Else
Sashimi Itali, salmon segar Atlantic, virgin lemon olive oil, lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan dill

Salad
One In A Melon Salad
Perahan lemon, rocket, keju feta, buah zaitun, pudina, basil, kacang pain, mutiara balsamic, minyak selasih, ravioli yogurt
Sawa-Duck-Ka Salad
Pomelo segar, daging itik dicincang, timun, tomato julienne, pudina, selasih Thai, basil, daun bawang, cili merah, biji bijan hidangan ala-ala Thai

Hidangan Utama (Main Dish)
Country Roast with the Most
Dihidangkan bersama kentang lenyek, coleslaw, roti jagung dan jus au. Paling penting ia 48 jam dan masa memasak diambil selama 30 minit, makanya daging lebih juicy dan lembut dipotong
Dibs On The Beef Ribs
Tulang rusuk daging lembu Australia dihidangkan bersama kentang goreng ubi keledek crisscut, coleslaw, roti jagung, dan cincin bawang. Daging diperap selama 5 jam
Go Cheesed Lighting 
100% US Black Angus Patty (180gms). 80% meat, 20% fat minced all beef patty. Dihidang bersama cheddar cheese, bawang, timun jeruk, tomato, lettuce, onion rings
Mad as a Croque Madame
Roti yang bersalut telur dan dimasak bersama cheese sause, cheddar cheese, turkey ham, soft cooked egg di letak diatas roti tersebut dan dibakar.
Seashells By The Seashore Aglio
Antara kandungan dalam aglio oglio ini ialah udang harimau segar, sotong, kupang, tomato sundried, cili padi, cendawan butang, parsli, basil, dan pangrattato
Duck Con-fit For A King
Mee spagetti yang dimasak menggunakan minyak zaitun, bawang putih, bawang, baby spinach, sundried tomatoes dan ketumbar serta beberapa hirisan daging itik

Pencuci Mulut (Dessert)
 Panna "Kota" Kinabalu
Traditional twist bersama bandung dan dilengkapi bersama aiskrim vanila dan sagu
Choc-A-Block Lava Cake
Kek coklat lembut dengan inti limpahan coklat cair dihidang dengan aiskrim vanilla

Memandangkan sekarang ini bulan puasa, masa Neeza mula-mula sampai, Delicious Cafe menyediakan popcorn dan buah kurma untuk mereka yang berbuka puasa sebelum sajian pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut disediakan. Serius popcorn memang sedap dan merupakan signature Delicious Cafe siap Neeza tapau tau. Sekali dengan sambal dan BBQ sos dari Delicious Cafe.
Lebih tempting apabila melihat minuman-.minuman di Delicious Cafe. Memang best dan puas! Sky juice pula kalau nak refill banyak kali pun boleh. Pekerja mereka sangat ramah dan baik. Tadehal lah! Hehe.
Avacado In A Blender, Monday Blues dan Chocolate
My beverage choice is... tadaaaa! Chocolate fans be alike, hehe.. marshmellow tu yang tak tahan.. banyak! Terbaik!
Untuk Neeza sendiri, Neeza paling menikmati Saved By The Bell-acan - Chicken Wings dan Muchacho Nacho Platter sebagai pembuka selera. Non-stopable! Manakala hidangan utama, pilihan Neeza ialah semua. Hahaha. Akhir sekali pencuci mulut, memang ketagih dengan Panna "Kota" Kinabalu. Selalu Neeza ini chocolate lover, tapi Panna "Kota" Kinabalu memang menguasai dessert pilihan Neeza kali ini.

Serius anda tidak akan hampa bila sudah jejak keluar dari Delicious Cafe, One Utama ini. Perut kenyang makan sedap hati pun senang. Hehe.

Apa yang Neeza perhatikan sepanjang Neeza berada di Delicious Cafe ini, pelayan dan pekerja termasuklah chef-chef di Delicious Cafe ini bukan sahaja memberikan hidangan yang terbaik malahan layanan yang mesra kepada para pelanggan mereka. Mereka juga pandai mengendalikan para pelanggan yang ramai (maklumlah berbuka puasa kan kedai penuh- dalam satu masa boleh muat 100pax) dengan telatah kanak-kanak lagi. Friendly family environment. Well done!

Restoran berkonsepkan cafe ini juga sesuai dilawati oleh orang yang bekerjaya (Neeza lihat ramai juga yang sedang berbincang tentang perniagaan dan lain-lain), reunion, sambut hari jadi (masa Neeza datang itu, ada dua orang yang diraikan, memang meriah suasana di Delicious Cafe).

Ya tak ya juga, patutlah Delicious Cafe ini sentiasa penuh ya.

Oh sebelum Neeza terlupa, Delicious Cafe juga sedang mengadakan promosi iaitu;

Okaylah, nanti cuba tau rasai makanan di Delicious Cafe. Untuk maklumat lebih lanjut;

DELICIOUS CAFE
Alamat:
Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping
Centre (New Wing), 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Telefon: 603 7724 1086
Website: www.thedeliciousgroup.com
Facebook : https://www.facebook.com/thedeliciousgroup/
Instagram : https://www.instagram.com/thedeliciousgroup/

<b>z35W7z4v9z8w</b>

11 comments:

  1. Camne Neeza nak diet ni, makan semua sedap2... Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang tak boleh diet jawabnya haha

      Delete
    2. Diet? Xperlu rasanya.. dah cukup comel di mata Bro hahahahahha

      Delete
  2. suasana nampak klasik..menu nampak hipster
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsep menu asian fusion kak Mar.. olahan dari chef-chef di Delicious Cafe sendiri.. yang penting memang puas makan sini hehe

      Delete
  3. Cantik cafe nya. makanan pun nampak sedap2 je semua. jeles tgk. hihi

    ReplyDelete
  4. Macam-macam ada Neeza..
    Betul2 menguji iman 😊..
    Berbaloi-baloi untuk orang suka makan..

    ReplyDelete
  5. waw!.. bestnyaa.. yumyum.. hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi2 bulan puasa ni, nyum-nyum hehe..

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.