Saturday, 3 June 2017

Makanan Sedap di Hornbill Restaurant and Cafe, KL Birdspark

Assalammualaikum dan hai semua,
Hornbill Restaurant and Cafe
Baru-baru ini sebelum bulan puasa menjelma, Neeza berpeluang ke KL Birdspark atau lebih dikenali sebagai Taman Burung Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan yang sangat sedap di Hornbill Restaurant and Cafe. Restoran ini terletak di  di 920, Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Nama restoran ini diambil daripada nama burung Enggang iaitu sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu. Kalau burung Enggang ini, lebih terkenal sebagai burung Kenyalang kalau di Sarawak.
Ketika melangkah masuk ke dalam restoran ini, Neeza terpana dengan konsep restoran yang dibina bercirikan tema rumah kampung dan mempunyai tiga tingkat, di mana ruangan atas khas untuk ruang makan dalam dan luar, ruangan tengah digunakan untuk acara majlis dan fish spa di ruangan bawah sekali. Secara keseluruhan walaupun bercirikan rumah kampung, konsep dalam ruang makan ternyata nampak klasik dan elegan.
Akan tetapi, jika datang ke Hornbill Restaurant and Cafe ini, pastinya jangan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang enak sambil mendengar kicauan burung-burung dan menikmati keindahan alam semula jadi yang ternyata menenangkan jiwa. Justeru itu, Neeza sarankan untuk makan di ruang luar. Bukan sahaja dengar kicauan burung-burung tetapi anda dapat melihat burung-burung tersebut dalam jarak dekat. Malahan, anda boleh lihat pemandangan Menara Kuala Lumpur dari jauh tau. Menarik kan?
Sudah tentu jika datang ke restoran pastinya kita ingin menjamu selera. Serius cakap, jika anda berada di restoran ini pastinya rambang dengan pilihan menu di sini. Neeza sendiri sampai terkebil mata sebab tak tahu nak pilih yang mana. Semua nampak sedap dan menarik! Ini kerana Hornbill Restaurant and Cafe menyediakan pelbagai hidangan dari sajian tempatan dan barat serta Asian Fusion. Lama juga Neeza fikir tau! Hahaha.

Antara sajian yang menjadi tumpuan utama di Horbill Restaurant and Cafe ini ialah Chicken Cordon Bleau di mana ayam tanpa tulang serta lapisan ham diselaputi bersama tepung roti dan keju cair dan dihidangkan bersama dengan sos lada hitam, kentang dan coleslaw. Memang umphhh!
Hidangan barat lain yang popular di Hornbill Restaurant and Cafe ialah Chicken Chop. Pastinya kualiti makanan di sini memang terbaik, bukan sahaja saiz yang besar tapi apabila dihiris memang mudah dan bila disuap ke dalam mulut ternyata lembut dan seolah cair di mulut bila digabungkan bersama kuah lada hitam yang pekat. Sempurna!
Anda juga boleh menikmati hidangan barat lain seperti Rib Eye Steak, Lemon Butter Fish, Grilled Lamb Cutlet dan lain-lain.

Selain sajian barat, sajian tempatan juga disediakan di Horbill Restaurant and Cafe. Sajian yang paling mendapat perhatian ramai tentulah Sate di mana ia dihidangkan bersama bawang dan timun. Sate ayam dan daging, kedua-duanya memang lembut dan terasa perapan rempahnya bersama kuah kacang yang pekat dan cukup rasa. Lazat!
Nasi dagang dan ikan tongkol juga menjadi pilihan para pengunjung di Horbill Restaurant and Cafe. Saiz hidangan untuk nasi dagang dan ikan tongkol ini memang banyak dan puas dimakan. Ikan tongkol dimasak secara baik kerana tak bau hanyir langsung.
Mee goreng mamak dan Laksa Sarawak juga menjadi pilihan pengujung yang menggemari mee. Pastinya anda tidak akan merasa kecewa apabila makan di sini kerana saiz makanannya banyak dan memang puas.
Neeza memilih untuk menikmati hidangan Nasi Goreng Oriental untuk sajian Asian Fusion. Cukup mengenyangkan. Ada tiga pilihan untuk Nasi Goreng Oriental sama ada ayam, lembu atau vegetarian. Neeza sarankan sajian ini lebih sempurna sekiranya Nasi Goreng Oriental ini dimasak bersama hirisan daging lembu. I love it!
Untuk kudapan, keropok lekor dan pisang goreng adalah menu wajib di Horbill Restaurant and Cafe. Serius keropok lekor memang lembut walaupun dibiarkan lama ia masih anjal. Memang berkualiti keropok lekor di sini. Manakala pisang goreng pun sangat rangup dan ini merupakan kali pertama Neeza nikmati pisang goreng bersama madu tau. Not bad. Sedap juga beb.
Pilihan minuman di Horbill Restaurant and Cafe juga tidak mengecewakan! Pelbagai warna tau. Class~
Bagi Neeza sendiri yang sedang mengidam nak sangat minum Coconut Shake, sudah tentu Neeza pesan minuman itu. Memang puas dan enak sangat kerana minuman Coconut Shake ini dikisar halus bersama aiskrim vanila. Sekejap sahaja Neeza habiskan tau! Eh.. abaikan abam di belakang, kita fokus dekat Coconut Shake tu je ya. Hahaha.
Kalau nak rasa fefeeling semulajadi, Neeza sarankan untuk anda cuba air kelapa asli ini. Memang best terutama diminum semasa cuaca panas.
Selain air kelapa, hidangan pencuci mulut pula, banana split menjadi pilihan terbaik jika berada di sini!
Jujur Neeza katakan, Horbill Restaurant and Cafe adalah antara restoran yang paling Neeza benar-benar nikmati hidangannya yang sememangnya enak. Makanan dan minumannya memang terbaik. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk nikmati sajian di Horbill Restaurant and Cafe dan mungkin anda boleh pertimbangkan terutama sajian berbuka puasa ketika ini.

Untuk maklumat lebih lanjut,

Hornbill Restaurant & Cafe
920. Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
9 Pagi - 8 Malam (Setiap Hari)
Nombor Telefon
0322721010
Laman Web
Instagram


Hornbill Restaurant Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

6 comments:

  1. Tmpt sgt cntik... Mknn pon nmpk menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. Uishhhhhhhhh, menyelerakan betol !

    ReplyDelete
  3. Macam best, tak pernah pergi sini.

    ReplyDelete
  4. Terliur air dia.suasana pun tenang je kan, bak dikelilingi flora dan fauna.Janji Kita

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak banana split tu... om nom nom nom.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.