Saturday, 20 May 2017

Persediaan Seorang Wanita - Sihat dan Cantik bersama Nuvafemme®

Assalammualaikum
Anda nak tahu tak? Sejak Neeza tekad untuk kurus tahun lepas (tahun ini naik balik, sikitlah), Neeza mula mempunyai kesedaran untuk menjaga tubuh badan ini. Maklumlah kita sebagai perempuan ini kenalah jaga aset-aset kita dari sekarang, bak kata mak bidan "badan nak pakai lama".

Yalah, mana cukup dengan kuruskan badan je, aset pun mestilah kena mantap dan montok gitu. Jadi, Neeza mula mengambil beberapa makanan tambahan walaupun usia masih di awal 20 an. Antara produk makanan tambahan yang Neeza amalkan sekarang ialah Nuvafemme®.
Neeza tertarik dengan produk Nuvafemme® kerana Nuvafemme® merupakan supplemen tambahan yang diekstrak daripada 100% isoflavon soya organik. Kesukaan Neeza ialah soya. Nuvafemme® membantu mengembalikan ciri-ciri feminine wanita-kulit, payudara dan tulang dengan ciri-ciri yang ‘mimik’ hormon wanita estrogen.

Apabila penghasilan kolagen aktif, kulit menjadi tegang, gebu dan kelihatan lebih muda dengan terpadamnya garis-garis halus serta kedutan. Makanya, kulit gebu, kurang garis halus, lebih lembap dan kelihatan lebih muda. Kesan juga dapat diperhatikan pada payudara dengan memperbaiki tona, saiz dan keterampilan yang lebih sempurna untuk seorang wanita.

Nuvafemme® mempunyai struktur unik iaitu pembentukan genestein mampu 'meniru' sifat2 hormon estrogen, lantas mengawalatur keseimbangan hormon tersebut dalam badan wanita. Setiap dos memastikan kuantiti genisteinkonsisten dan diekstrak melalui teknologi 'Pemiawaian Dua kali' (Double Standardization).
Ekstrak genistein daripada isoflavon soya yang terdapat di dalam Nuvafemme® juga dapat membantu mencegah kelesapan tulang. Proses kelesapan tulang biasanya menyebabkan pengurangan ketinggian, tulang belakang yang bongkok dan kejadian tulang patah yang lambat sembuh. Itu sebab kita selalu nampak wanita yang berusia lanjut bongkok kerana mengalami kelesapan tulan. Dengan melawan kelesapan tulang, Nuvafemme® membantu membina tulang yang lebih kuat dengan mengurangkan risiko tulang patah serta membentuk postur tegap dan tegak. 

Ini sangat bagus sebagai persediaan untuk perempuan menghadapi penuaan dan simptom menopous. Kalau dulu wanita pertengahan usia yang selalu dikaitkan dengan perimenopouse tapi gaya hidup zaman sekarang, ia tidak mustahil untuk terjadi kepada wanita muda seperti Neeza, makanya pil ini sangat sesuai diamalkan oleh wanita bermula 18 tahun sehingga 60 tahun dan disarankan diambil 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam.

Untuk wanita yang sering kali menghadapi perubahan mood terutama ketika pre menstrual (PMS), memang digalakkan untuk mengambil kerana Nuvafemme® juga membantu mengawal atur keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Maka, isu penuaan bukan lagi suatu masalah kepada seorang wanita yang kekal selamanya.

Selepas mengambil Nuvafemme®, kebanyakan wanita mengatakan “mood” mereka bertambah ceria dan keyakinan bertambah hanya setelah beberapa minggu pengambilan. Mereka merasakan keadaan lebih terkawal dan dapat menagani stress dengam lebih baik. Bukan hanya sekadar manfaat secara fizikal, malah mereka kekal feminin dengan lahirnya keyakinan kewanitaan. Gitu~
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh kita kaum wanita mari amalkan Nuvafemme® dan ia boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Guardian dan Watson seluruh negara pada harga RM 108.00 untuk sekotak yang mengandungi 50 biji tablet dan RM 178.00 untuk 90 tablet.

Untuk maklumat lanjut



Salam sayang,
Neeza



8 comments:

  1. untuk popuan jer..lelaki xda kan..huhuhu

    http://ohmyeducation.blogspot.my/2017/05/program-pendidikan-awal-kanak-kanak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki ubat kuatlah, tak kanlah owner blog perempuan nak consume pula? hehe

      Delete
  2. hihi. betul memang kena jaga n berdisplin. tp tu yg susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa-apa tentang kesihatan tubuh badan memang kena berdispilin, hehe

      Delete
  3. Owh, ini cara terbaik utk kekal sihat luar dalam. Nak kurangkan PMS-ing. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, PMS itu yang paling mencabar, semua orang nak dimarahnya, hehe

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.