Wednesday, 31 May 2017

Dapatkan Tudung Duckscarves Dengan Murah Hanya di Carousell

Assalammualaikum dan hai semua
Dah beberapa hari puasa ini pastinya semua sedang sibuk mencari pakaian raya kan? Macam Neeza sendiri, sebelum puasa ini memang dah tempah dah baju raya, 3 pasang tau dan dah siap pun. Hehe. Neeza memang terbiasa dah pakai baju custom-made ini. Maklumlah tengoklah badan bam bam macam mana ya tak?

Baju dah ada, kasut raya pun dah ada (pau mak kasut Swiss Polo sampai 2 buah), cuma sekarang ini Neeza pening ini pening nak cari tudung. Ikutkan sekarang, Neeza memang pakai plain shawl je sebab murah sangat tapi rasa macam bosanlah. Teringin nak pakai tudung berjenama pula. Maklumlah sejak dah ada pendapatan tetap, tak kanlah nak satu style ye tak?

Sekarang ini sempena raya, Neeza memang dah target dah cari tudung jenama Duckscarves, alaaaa yang viral dekat Facebook, design The Kuala Lumpur Scarf yang lawa-lawa itu. Neeza paling suka warna kelabu dan pink. Cantik sangat tau! Sesuai rasanya dipadankan dengan salah satu baju raya Neeza nanti iaitu baju kurung moden warna hitam.
Cuma seperti kita tahu, Duckscarves ini harganya agak tinggi sikitlah (itu sebab viral) tapi bagi Neeza, bekas peminat tegar sebuah jenama tudung suatu ketika dulu, bagi Neeza tak salah kalau dapatkan tudung jenama sebegini. Asalkan diri sendiri puas hati dan diri tak seksa selepas membeli. Cukuplah.
Peribahasa "biar papa asalkan bergaya" rasanya dah tak relevan sekarang ini sebab sekarang ini kita masih boleh cantik, elegan dan bergaya dengan harga yang kita mahukan sesuai dengan bajet. Asalkan kita tahu selok belok yang betul. Lagi-lagi zaman sekarang ini, macam-macam website dan aplikasi telah tersedia untuk kita dapatkan barangan berjenama atau selebriti dengan harga yang murah seperti Carousell.
Jujur Neeza katakan, Neeza memang pengguna Carousell dan selalu beli barang macam mekap dan handbag di sini. Lebih murah dan jimat. Senang berurusan di Carousell sebab mudah dan cepat. Terus chat seller dan buat temu janji untuk serahkan barang. Senang sangat! Sekarang ini Neeza sibuk cari perabot pula tapi tetap juga meninjau tudung Duckscarves untuk raya nanti. Hehe.
Di Carousell, anda boleh dapatkan item baru dan second hand di sini. Bagi Neeza tak salah untuk gunakan barang second hand sebab kita tahu kita tak mampu dengan bajet ada tapi tak nak sampai termimpi-mimpi baik beli. Asalkan barang second hand itu berkualiti baik itu dah cukup.
Macam tudung, ada sesetangah jenama, walaupun second hand, sekiranya koleksi tudung itu merupakan off season dan rare di mana susah sangat nak dapat, harga makin tinggi tau tetapi di Carousell, anda akan dapatkan dengan harga lagi murah sebenarnya. Best tak best?

Kalau anda ada pakaian yang jarang guna atau barangan yang banyak tidak digunakan, anda bolehlah jadi penjual pula di Carousell. Bukan setakat membeli sahaja, anda pun boleh post untuk jualan. Carousell sememangnya platform yang sangat terbaik digunakan untuk menjual barangan preloved.

Pengalaman Neeza sendiri menjual barangan preloved, dulu Neeza sendiri selalu jual di sebuah WEBSITE LAIN, akan tetapi urusannya sangat leceh, perlu masukkan verication code dan tunggu pelepasan dari pihak website tersebut untuk lepaskan iklan kita dalam website mereka. Lepas itu susahlah juga untuk pengguna sebab kena copy paste nombor telefon penjual untuk save dalam contact Whatsapp, Leceh ya ampun.
Bukti tau memang applikasi Carousell kena ada dalam phone 
Bagi Neeza sendiri seorang pengguna Carousell, Neeza memang dah download aplikasi Carousell dalam telefon Neeza. Lagi mudah dan terbiasa. Sambil tunggu orang sambil makan tak tahu buat apa, kita cuci matalah dekat Caraousell. Hehe. Bagi sesetengah orang, mungkin lagi suka tengok di website di PC. Tak apa, mana-mana pilihan anda, Carousell telah mereka design yang memudahkan para pengguna Carousell dari pelbagai umur untuk membeli belah. Asalkan mahir guna teknologi. Gitu!
Selain daripada tudung, barangan elektronik dan gajet, kesihatan, kereta, motosikal, aksesori kenderaan, video game, alatan permainan, barangan dapur dan macam-macam lagi turut dijual di sini. Kalau pakaian pula, bukan sahaja pakaian wanita, malahan ada pakaian lelaki dan muslimah turut dijual di sini. Sesuailah itu kalau anda nak cari baju raya nanti. Pendek kata, macam-macam pilihan ada dan semuanya di bawah satu aplikasi atau website, Carousell.

Jadi tunggu apa lagi, jom terjah Carousell di website atau download sahaja terus di applikasi Android atau Appstore dalam telefon anda. Kalau dah download dan ada akaun Carousell, add lah Neeza di @neeza02. Bolehlah saling sokong-menyokong kita berjualan di sana sebab Carousell menyediakan ruangan untuk community tau.

Okaylah, itu sahaja perkongsian Neeza hari ini. Dah download belum? Cepat buat sekarang! Hehe.

Maklumat lebih lanjut;
Website- https://my.carousell.com/
Facebook- https://www.facebook.com/carousell.my

Salam sayang,
Neeza

No comments:

Post a Comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.