Sunday, 21 May 2017

Pengalaman Naik Hot Air Balloon di Cyberview Resort and Spa

Assalammualaikum dan hai semua
Nak tanya ini, anda semua pernah dengar tentang Cyberview Resort dan Spa? Kalau Neeza sendiri, Neeza memang kenal Cyberview Resort and Spa ini sebagai tempat yang menarik untuk mengadakan majlis kahwin @ wedding hall gitu~ Al maklumlah baya-baya usia ini memang kena ambil tahu. Tetiba rasa malulah (walaupun masih belum ada boyfriend). Hehe.

Akan tetapi Neeza belum berpeluang untuk jejak kaki ke Cyberview Resort and Spa ini sehinggalah minggu lepas, pada 14 Mei lalu, Neeza hadirkan diri ke Momentous Cocktail di mana 20 orang tetamu pertama berpeluang untuk naik belon udara panas @ hot air balloon bersama pasangan.

Sebenarnya Neeza tak sangka akan ke sini sebab tetiba sahaja, sahabat Neeza, AJ ajak dan dia kata Fyra ikut sekali. Lagipun tak buat apa masa itu, dari stress duduk rumah baik ikut mereka sahaja. Maklumlah dah lama tak jumpa Fyra juga. Hehe.

Makanya Neeza bertolak bersama AJ dari Shah Alam ke Bangsar dan di sana, Fyra akan ambil kami dan seterusnya bertolak terus ke Cyberjaya. Kami bertolak dalam pukul 3 lebih rasanya. Apa yang menarik, sekiranya dapat jadi 20 orang tetamu pertama ini, kami dapat melihat persekitaran Cyberjaya pada waktu senja. Menarik sangat tau.
Alhamdulillah, bila sampai Cyberview Resort dan Spa, kami berjaya menjadi antara 20 orang tetamu pertama. Gigih betul tau. Yeayy!
Sebelum menanti belon udara panas itu siap dipasang, kami berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitrar Cyberview Resort dan Spa. Tak sangka, selain sesuai untuk adakan majlis kahwin, tempat ini memang sesuai sangat untuk bercuti dengan tenang sebab kawasan sekeliling yang berkonsepkan alam sekitar. Tengoklah kolam renangnya. Cantik beb. Nasib baiklah masa ini Neeza tak bawa baju renang, kalau tak dah lama terjun ini.
Alatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk rawatan urutan badan di spa Cyberview Resort
Cyberview Resort dan Spa juga menyediakan urutan kepala dan badan selama 5 minit semasa majlis ini. Bukan main AJ dan Fyra kena urut. Mula-mula Neeza tak nak sebab kena buka shawl dan tak pakai skarf ninja tapi akhirnya, lepas naik hot air ballon itu, terus pergi buat berurut. Lega amat!
Sudah tentu Neeza berpasangan dengan Fyra masa naik belon udara panas. Teruja sangat tau! Sebenarnya setiap kali naik belon udara panas memang akan teruja, ya tak? Hahaha. Cantik tau tengok kawasan Cyberjaya dan Putrajaya masa waktu senja ini. Kalau tengok bersama pasangan sehidup semati lagi romantis tau. Ececeh.
Sewaktu Momentous Cocktail di Karma Bar and Lounge (nama salah satu kafe di Cyberview Resort dan Spa ini), mestilah ada jamuan minum petang dan tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang untuk menaiki belon udara panas @ hot air balloon ini, tetapi berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak Cyberview Resort dan Spa tapi apakah daya, nasib tidak memihak kami. Tak apa, tujuan asal memang nak naik hot air balloon itu je sudah cukup menggembirakan Neeza.
Memang comel-comel sungguh makanan di sini. Dah nama pun jamuan minum petang. Dapatlah rasa makanan kecil-kecil ini. Rasa dan kualiti memang baik. Agak macam inilah hidangan diraja kan? Neeza pernahlah tengok rancangan di televisyen, tak ingat nama rancangan itu tapi mengisarkan penyediaan makanan untuk keluarga diraja apabila menerima tetamu.
Maklumlah keluarga diraja mestilah ikut protokol hidangan makanan, bermulanya pembuka selera sehinggalah pencuci mulut, jadi sementara tunggu hidangan makanan malam misalnya, jika tetamu hadir pada waktu petang mereka dihidangkan dengan makanan yang comel seperti ini.
Tetap mengenyangkan kami apabila menikmati hidangan comel ini. Teruja juga tau! 

Terima kasih kepada pihak Cyberview Resort dan Spa yang memberikan pengalaman berharga kepada tetamu-tetamu yang hadir terutama sekali dapat menaiki belon udara panas @ hot air balloon. Bukan selalu tau dapat pengalaman sebegini. Rasanya kali terakhir Neeza naik belon udara panas sewaktu kecil di Melaka. Lama tau. Terima kasih sekali Cyberview Resort dan Spa. Harapnya adalah lagi penganjuran sebegini selepas ini.

Maklumat lebih lanjut,                  
Instagram: @cyberviewresort
Facebook: Cyberview Resort

Salam sayang,
Neeza.

Saturday, 20 May 2017

Persediaan Seorang Wanita - Sihat dan Cantik bersama Nuvafemme®

Assalammualaikum
Anda nak tahu tak? Sejak Neeza tekad untuk kurus tahun lepas (tahun ini naik balik, sikitlah), Neeza mula mempunyai kesedaran untuk menjaga tubuh badan ini. Maklumlah kita sebagai perempuan ini kenalah jaga aset-aset kita dari sekarang, bak kata mak bidan "badan nak pakai lama".

Yalah, mana cukup dengan kuruskan badan je, aset pun mestilah kena mantap dan montok gitu. Jadi, Neeza mula mengambil beberapa makanan tambahan walaupun usia masih di awal 20 an. Antara produk makanan tambahan yang Neeza amalkan sekarang ialah Nuvafemme®.
Neeza tertarik dengan produk Nuvafemme® kerana Nuvafemme® merupakan supplemen tambahan yang diekstrak daripada 100% isoflavon soya organik. Kesukaan Neeza ialah soya. Nuvafemme® membantu mengembalikan ciri-ciri feminine wanita-kulit, payudara dan tulang dengan ciri-ciri yang ‘mimik’ hormon wanita estrogen.

Apabila penghasilan kolagen aktif, kulit menjadi tegang, gebu dan kelihatan lebih muda dengan terpadamnya garis-garis halus serta kedutan. Makanya, kulit gebu, kurang garis halus, lebih lembap dan kelihatan lebih muda. Kesan juga dapat diperhatikan pada payudara dengan memperbaiki tona, saiz dan keterampilan yang lebih sempurna untuk seorang wanita.

Nuvafemme® mempunyai struktur unik iaitu pembentukan genestein mampu 'meniru' sifat2 hormon estrogen, lantas mengawalatur keseimbangan hormon tersebut dalam badan wanita. Setiap dos memastikan kuantiti genisteinkonsisten dan diekstrak melalui teknologi 'Pemiawaian Dua kali' (Double Standardization).
Ekstrak genistein daripada isoflavon soya yang terdapat di dalam Nuvafemme® juga dapat membantu mencegah kelesapan tulang. Proses kelesapan tulang biasanya menyebabkan pengurangan ketinggian, tulang belakang yang bongkok dan kejadian tulang patah yang lambat sembuh. Itu sebab kita selalu nampak wanita yang berusia lanjut bongkok kerana mengalami kelesapan tulan. Dengan melawan kelesapan tulang, Nuvafemme® membantu membina tulang yang lebih kuat dengan mengurangkan risiko tulang patah serta membentuk postur tegap dan tegak. 

Ini sangat bagus sebagai persediaan untuk perempuan menghadapi penuaan dan simptom menopous. Kalau dulu wanita pertengahan usia yang selalu dikaitkan dengan perimenopouse tapi gaya hidup zaman sekarang, ia tidak mustahil untuk terjadi kepada wanita muda seperti Neeza, makanya pil ini sangat sesuai diamalkan oleh wanita bermula 18 tahun sehingga 60 tahun dan disarankan diambil 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam.

Untuk wanita yang sering kali menghadapi perubahan mood terutama ketika pre menstrual (PMS), memang digalakkan untuk mengambil kerana Nuvafemme® juga membantu mengawal atur keseimbangan hormon di dalam badan wanita. Maka, isu penuaan bukan lagi suatu masalah kepada seorang wanita yang kekal selamanya.

Selepas mengambil Nuvafemme®, kebanyakan wanita mengatakan “mood” mereka bertambah ceria dan keyakinan bertambah hanya setelah beberapa minggu pengambilan. Mereka merasakan keadaan lebih terkawal dan dapat menagani stress dengam lebih baik. Bukan hanya sekadar manfaat secara fizikal, malah mereka kekal feminin dengan lahirnya keyakinan kewanitaan. Gitu~
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh kita kaum wanita mari amalkan Nuvafemme® dan ia boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Guardian dan Watson seluruh negara pada harga RM 108.00 untuk sekotak yang mengandungi 50 biji tablet dan RM 178.00 untuk 90 tablet.

Untuk maklumat lanjut



Salam sayang,
Neeza



Thursday, 11 May 2017

Craving Salted Egg Buttermilk Chicken Jibril!

Assalammualaikum dan hai semua!
Sebenarnya Neeza baru je nak terlelap tapi tersedar balik. Kalau keinginan kepada sesuatu makanan tak dipenuhi jadi macam ginilah. Terbayang-bayang. Bila sedar balik terus buka gallery tengok gambar dan terbayang keenakannya.

Minggu ini minggu yang agak sibuk untuk Neeza. Jadi Neeza sentiasa tak sempat nak ke dapur penuhi keinginan itu. Tapi malam ini macam melampau sungguh keinginan itu membuak-buak. Nak salted egg buttermilk chicken Jibril.
Jibril ini nama restoran tau. Hahaha. Apa? Apa? Fikir lain ya! Neeza kenal restoran Jibril ini pun sebab kawan sekelas, Farisha yang memang kesukaan dia ialah buttermilk chicken and she is the one who suggest the restaurant. Maklumlah bosan asyik merasa air tangan sendiri. Hehe.

Masa dia bawa Neeza ke sana dan rasai sendiri, memang terbaik! It is the best buttermilk chicken ever. Style masak dia pun agak berbeza. Kalau masak sendiri memang renyah sikit sebab kena buat 2 kuah berlainan. Satu kuah disadur ayam dan telur masin yang telah dipecah-pecahkan. Jadi rasanya agak masin rangup. Digambungkan dengan satu lagi kuah buttermilk yang lemak dan manis. Memang terangkat!
jibril butter chicken, subang
Kalau Neeza masak biasa buat salah satu, itu pun sedap tapi kalau ada dua kuah lagi best. Tak cukup sepinggan. Perghh. Memang kena tekak Neeza. Sepinggan harga pun boleh tahan tapi sangat berbaloi pada pandangan Neeza. 

Cuma bila kena jimat duit memang kena masak sendiri jelah. Walaupun tak dapat rasa yang sama, ala-ala pun jadilah. Hehe. Cuma lama sikitlah kat dapur dan penatlah. Nak jimat memang ayam itu kena buat dari A-Z. Tak ada maknanya nak beli yang dah siap pop corn itu. Boleh dapat dua bekas ayam mentah tau dengan 1 plastik beg ayam pop corn. Kihkih. Nak jimat kena rajin mix tepung ayam dan potong ayam itu kecil-kecil. Nampak tak betapa kedekut gila seketul Neeza kalau berjimat. Hahaha.
Anyway, kalau datang Jibril ini memang best sebab konsep restoran ala-ala klasik English dulu-dulu. Exclusive sangat! Hiburan TV pun mereka buka rancangan dulu-dulu hitam putih. Cumanya untuk orang pertama kali datang ke sini mesti tersesat dan mungkin tak akan jumpa langsung kedai ini. Hahaha. Kenapa?
Restoran ini di Seksyen 15 di mana dekat dengan LRT SS15 (area Subang) dan ia memang agak tersorok. Tak ada sign board semua. Nasib baiklah Neeza datang dengan Chaa yang selalu ke situ. Hint hanyalah Sangkaya. Selamat mencari! Kihkih.

Harap esok Neeza tak penat sangat bila nak masak buttermilk chicken. Telur masih ada lagi berbaki 2 biji. Hehe, cuma tinggal bahan-bahan mentah dan kering. Nak suruh kawan masak, dorang pun suruh Neeza masak kan sebab ini memang signature lauk yang selalu mereka request. Hahaha.

Facebook: JIBRIL SS15
Instagram: @jibrilss15

Salam sayang,
Neeza

Muhibbah Makan Place- Tarikan Baru Plaza Alam Sentral

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Macam biasa dengar tentang Plaza Alam Sentral kan? Dekat mana eh? Hmmmm... studio 2 Plaza Alam Sentral, kan studio rakaman untuk TV3 macam Mentor Millenia yang tengah hit sekarang ini. Kalau dulu sebelum dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam ini, terfikir macam manalah Plaza Alam Sentral, jauh benar dari TV3 yang berada di Bandar Utama itu.

Baru inilah tahu Plaza Alam Sentral ini sebenarnya shopping mall. Studio 2 Plaza Alam Sentral ini terletak atas sekali di Tingkat 5 bangunan ini. Sejak dah duduk Shah Alam hampir 4 semester ini, selalu jugalah ke mari nak betulkan phone tak pun cari barang komputer, pakaian dijual di sini pun murah-murah belaka. Kalau nak pergi live rakaman macam Mentor Millenia itu belum pernah lagi, hehe. 

Bukan apa malas sikit sebenarnya nak beratur. Maklumlah tak kena charge tiket, mesti ramai pergi kan lagi-lagi penyokong-penyokong kipas susah mati penyanyi-penyanyi. Studio manalah boleh menampung ramai sangat. Menurut kawan sekolah Neeza, Farah pernahlah ikuti Mentor Millenia live. Jadi dia kata kalau rancangan start pukul 9, pukul 7 dah kena beratur. 

Cumanya bila datang ke Plaza Alam Sentral ini, rasa kekurangan sangat. Selalu shopping mall ada food court kan? Tapi Plaza Alam Sentral ini tak ada tau. Shopping mall yang berdekatan macam SACC Mall dan PKNS pun sama. Huhu. Kadang-kadang bosanlah asyik nak makan di restoran-restoran makanan segera. Lagipun poket bukannya selalu tebal lagi-lagi student macam Neeza ini. Nak berjimat. Hehe.

Akan tetapi sekarang ini Neeza tak perlulah risau lagi nak cari makanan di Plaza Alam Sentral sebab Plaza Alam Sentral dah ada food court! Yeayyyy..
muhibbah makan place, plaza alam sentral, food court
muhibbah makan place, plaza alam sentral, food court
Alhamdulillah pada 22 April lalu Neeza dijemput ke majlis pelancaran food court ini yang diberi nama Muhibbah Makan Place, Plaza Alam Sentral. Muhibbah Makan Place adalah merupakan usaha sama  2 chef yang sangat hebat iaitu Chef Wan dan Chef Bala yang mempunyai pengalaman yang luas dan peka tentang trend makanan semasa yang semakin hit di samping penyediaan makanan yang sedap dan berpatutan.
Antara hidangan makanan di sini ialah;
Sizzling Lamb With Egg- Ini menu yang Neeza ambil, memang daging kambing lembut dan empuk, memang enak dimakan semasa panas-panas
Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah- Mengikut kak Halimah yang ambil juadah ini, ayam goreng berempah memang kick dan sedap serta warna hijau nasi membangkitkan selera
Nasi Kukus Minyak Ayam Masak Merah
muhibbah makan place, plaza alam sentral, food court
Maggi Kari Ketam- Isi banyak memang puas sangat makan
Curry Laksa
Asam Laksa
Kap Phao Chicken Rice with Egg- Sesuai untuk mereka yang sukakan makanan pedas. Neeza sampai tapau bawa balik memang berapi tapi I like. 
Satay, memang puas hati sangat dapat makan setelah lama mengidam sampai bercucuk Neeza makan daging memang lembut
Rojak yang dipamerkan.. masa Neeza makan tak bawa phone tak sempat snap tapi serius rojak ini buat Neeza teringat sampai sekarang
Bagi Neeza, Neeza paling suka sangat rojak yang sememangnya crispy serta kombinasi kuah kacang yang memang kick macam mak Neeza selalu buat time raya dan bahan2 yang agak banyak. Apa yang pasti, Neeza memang perhatikan nasi kukus pandan ayam goreng berempah, sazzling lamb rice with egg, maggi kari ketam dan satay merupakan menu-menu paling popular menjadi tumpuan pengunjung pada hari pelancaran Muhibbah Makan Place.
Memang ramai tau. Mana taknya, Maulana dan Aishah AF turut hadir dan memeriahkan suasana. Memang happeninglah, lagi-lagi celoteh Aishah AF.
Aishah
Maulana
Duet, memang powerlah
Semasa hari pelancaran tersebut, bukan sahaja pengunjung dihiburkan dengan nyanyian Maulana dan Aishah AF, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik dan makanan percuma. Best tau. Neeza pun menang hamper okay! Jimat stok mengunyah buat assignment selama seminggu. Hehe.


Apapun Muhibbah Makan Place ini memang mementingkan kebersihan dan keselesaan pengunjung. Selain itu menyediakan ruangan yang luas untuk para pengunjung menikmati hidangan yang dibeli. Selesa sangat tau.
Muhibbah Makan Place ini berkonsepkan kiosk-kiosk, ini di antaranya
Sememangnya Neeza memang enjoy dan terima kasih Muhibbah Makan Place kerana menjemput Neeza. Lepas ini kalau datang Plaza Alam Sentral memang tak pandang sangat dah restoran makanan segera tingkat bawah sebab Muhibbah Makan Place lebih variasi, murah, mengenyangkan dan sedap. Kalau anda di area Shah Alam, jangan tak cuba tau lagi-lagi yang datang ke studio TV3 Plaza Alam Sentral. Hehe.

Facebook: Muhibbah Makan Place
Instagram: @muhibbahfnb

Salam sayang,
Neeza.

Ayuh kita ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua
Selepas merasai pengalaman berada di MAHA 2016, Neeza akui Neeza sering ternanti acara dan majlis yang dianjurkan dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia. Memang havoc habis dan serius best. Tak percaya? Boleh baca entri INI dan INI.

Kini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani bakal mengadakan pula Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017 di mana ia akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang untuk pertama kalinya.
HPPNK2017, MOA, our food our futureSemasa majlis Pelancaran HPPNK 2017 yang telah diadakan pada 2 Mei lalu
Sambutan HPPNK 2017 ini bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita” atau dalam bahasa Inggeris "Our Food Our Future", di mana HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan petani dan penternak dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui merekalah terdapat pelbagai produk di pasaran yang anda gunakan sebagai bekalan harian. 

Justeru itu, anugerah khas akan diberikan semasa Majlis Perasmian HPPNK 2017 nanti di mana menerusi anugerah tersebut, HPNKK mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi.
HPPNK2017, MOA, our food our future
Pelbagai acara menarik untuk penganjur telah diatur selain daripada anugerah-anugerah itu, iaitu Malaysia Food Festival 2017 (#MFF2017), persidangan Livestock Malaysia 2017, konsert Rhythm of the Farmers (#ROTF), pameran agropelancongan dan jualan hasil tani dan asas tani.

Dijangka sambutan kali ini lebih hangat dan hebat dari edisi sebelum ini di mana sebanyak 850 gerai akan dibuka. Maklumlah, HPPNK 2017 akan diadakan di MAEPS Serdang yang sememangnya kita tahu mempunyai ruangan yang luas untuk tapak event. Teringat kembali MAHA 2016 hari itu.  Huish, memang rambang mata dan syok. Seketul Neeza yang masih tak boleh move on. Hehe. Tak sabar nak ke HPPNK 2017 pula.
Menurut Menteri Kementerian Pertanian dan Asas Tani,YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, HPPNK 2017 bakal mensasarkan sehingga 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan sepanjang event tersebut berlangsung. Memang wow, kan?
Jadi jangan lupa, tandakan kalendar anda semua awal-awal tau, kosongkan jadual pada hari HPPNK 2017 akan diadakan iaitu bermula 28 September hingga 1 Oktober 2017. Excited betul Neeza ini kan kalau bab-bab makanan. Hehe. Mestilah benda baik haruslah dikongsi bersama.
In Shaa Allah, jumpa anda di sana! Hehe.

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.