Sunday, 2 April 2017

Jalan-jalan #Discover Kuala Selangor dan Pengalaman Menginap di Apps Hotel

Assalammualaikum
Untuk sesiapa yang ada follow Neeza di Facebook dan Instagram, sebelum naik cuti semester hari itu Neeza ada update yang Neeza travel ke Kuala Selangor. Ala dekat je, nak travel luar negara bajet masih belum nak ada. Hihi.

Mesti ada yang tertanya kenapa Kuala Selangor? Okay, pertama sekali dekatlah juga dari Shah Alam ini sebab Kuala Selangor ini atas sikit dari Klang. Kedua, nak jenguk Cousin D. Maklumlah dia kan pelajar UNISEL Bestari Jaya. Asyik berjalan dekat tempat Neeza je jadi sekarang Neeza datang tempat dia pula.

Seperti biasalah Neeza ini kan ratu pengangkutan awam. Hehe,jadi kita naik bas je. Memula peninglah juga cari dalam google baca blog-blog ini sebab tak ada maklumat sangat tentang laluan ke Kuala Selangor dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Jadi Neeza main redah jelah. Turun dekat Klang Sentral. Bila tanya orang di situ, katanya kena naik bas Transnational Express. Rupanya bas itu adalah bas ke Teluk Intan sebenarnya tapi dia memang lalu Kuala Selangor itu cuma pemandu bas akan berhenti dekat tepi jalan depan IPD Kuala Selangor.

Neeza tak galakkanlah pilihan laluan ini sebenarnya sebab pertama mahal. Orang kaunter tiket akan caj ikut harga ke Hutan Melintang Perak di mana Kuala-Selangor-Hutan Melintang perjalanan hampir sejam. Bazir duit. Tak silap harga tiket Neeza masa itu dalam RM12.

Bila balik dari Kuala Selangor itu baru Neeza jumpa satu lagi pilihan laluan iaitu bas loceng (berhenti-henti) dari bandar Klang. Haaaa baru RM5 tau. Kalau tahu baik Neeza ambil bas Seranas yang lalu depan rumah Neeza di Shah Alam kemudian turun bandar Klang dan tukar bas loceng ke Kuala Selangor. Bas pun transnational juga. Huh.

Menyesal menyesal menyesal. Hahaha. Tak apalah pengalaman kan. Belajar dari kesilapan gitu. Hahaha. Lain kali memang Neeza akan ambil pilihan laluan kedua itu sebab bas itu akan turun ke perhentian bas Kuala Selangor dan anda boleh terus naik bas lain ke destinasi pilihan di Kuala Selangor. Lagi mudah dan JIMAT!

Masa Neeza sampai Kuala Selangor itu agak kelam kabut lah juga. Teksi bukan main sombong tak nak berhenti. Penat Neeza melambai-lambai depan IPD Selangor itu. Cisss. Bila buka Grab tak ada langsung Grabcar. Huhuhu sedih weyy.

Jadi Neeza sarankan kalau anda penat dan malas nak tunggu bas maklumlah perjalanan pun jauhlah juga dalam sejam lebih, boleh contact akak Arza 017-3039059 atau 011-37646800. Akak ini sebenarnya pengurus Restoran Din D'Anjung Santai yang Neeza dah review hari itu CLICK SINI dan dia juga adalah pemandu pelancong yang datang ke Kuala Selangor. Baik dan ramah orangnya.

Bukan apa dekat Kuala Selangor ini memang berlainan sikit dengan Klang dan Shah Alam yang banyak option pengangkutan awam. Ingat nak suruh Cousin D tapi dia masih dekat UPSI masa itu ada program apa entah dan dia balik Kuala Selangor ngam-ngam untuk dinner makan shellout dekat Apps Hotel. Cheesecake punya sepupu sungguh! Hahaha

Bila sampai Kuala Selangor, Neeza memang nak tidur hotel. Haha. Kata travel kan. Kihkih. Jadi Neeza memang pilih untuk ambil bilik di Apps Hotel. Bilik single jelah. Datang pun seorang. Lainlah kalau bercuti dengan suami. Hehe. :-p Gatai!
 Kawasan depan Apps Hotel
Meja reception
Memang sangat-sangat selesa sampai Neeza ketagih nak tidur dekat hotel setiap minggu. Haaaa gitu. Walaupun bilik single tapi berhawa dingin okay! Serius, bilik untuk seorang ini memang luas, kelengkapan diri semua lengkap (minuman, peralatan mandi) dan keadaan bilik serta hotel memang bersih. Susah nak nampak sampah.
Kan best kalaulah bilik dekat rumah sewa Neeza macam bilik hotel ini. Gerenti boleh 4flat terus. Huhu. Kalau dapat tinggal rumah studio memang Neeza decorate macam bilik single di Apps Hotel, Kuala Selangor ini lagi-lagi tandas dia. Perghh bercantum dengan sinki dan tempat solek. Cermin besar pula itu. Waaaaaa lawanya. Tip toplah dekorasinya.

Cuma wifi ada dekat lobi. Jadi kalau nak online memang kena rajin ambil lif dan turun bawah. Kata nak kurus kan? Hehe. Haaaaaa, Apps Hotel ini juga sangat dekat dengan Karaoke dan 7Eleven. 7Eleven ini siap ada tempat lepak giteww. Memang bestlah Apps Hotel ini. Dekat dengan mana-mana.
Layanan staff pun okay ramah tau dan Neeza sangat enjoy menginap di sini.  Neeza pun saja check out keesokan harinya lambat pukul 12 tengahari. Nampak tak betapa ralat nak balik itu? 
Malasnya nak balik huhu
Untuk harga bilik pula seperti berikut;

WEEKDAYS
Queen - RM 89
Twin - RM 89
Family - RM 159
Single - RM 65
Suite - RM 249

WEEKEND
Queen - RM109
Twin - RM 109
Family - RM 179
Single - RM 75
Suite - RM 299

p/s: tak termasuk GST

Sekiranya berminat untuk tempah bilik, bolehlah hubungi no dan alamat hotel seperti tertera;

APPS HOTEL
12, Jalan Peninsula Utama 1,
Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Office : +603-32772172
Mobile : +6012-2337725

Kenapa Neeza pilih Apps Hotel eh? Apps Hotel ini memang strategik dan berada di tengah laluan bandar dan tempat tarikan Kuala Selangor. Bukan setakat makanan APPS Hotel ini sedap CLICK SINI tapi sangat dekat dengan Kelip-kelip Kampung Kuantan dan Eagle ride.
Bot nak pergi ke tempat-tempat itu dekat belakang hotel ini. Bayaran dia pun okaylah murah, jimat duit petrol hangpa nak ke tempat-tempat itu. Memang sesuai untuk mereka yang travel guna public transport macam Neeza. Hehe.

Okay, masa ini Neeza sempat pergi lihat kelip-kelip Kampung Kuantan lepas dinner. Yang lihat burung helang itu memang tak dapat sebab dah sampai Apps Hotel pun lewat petang. :(
Kalau nak naik bot di belakang Apps Hotel ini terus nak lihat kelip-kelip Kampung Kuantan, sekurang-kurangnya kena cukup 6 orang. Nasib baiklah kak Ellie Toh (blogger), husband serta anak dan 2 orang lagi pengunjung masa Neeza berhasrat nak naik bot itu bersama Cousin D. Dah sampai Kuala Selangor kan. Kena lihat!
Memang best lihat ciptaan Allah SWT. Lawa sangat suasana masa lihat kelip-kelip itu tapi kelip-kelip dah tak banyak seperti dahulu kata Cousin D. Malangnya tak dapat sebarang shot gambar walaupun dari kamera DSLR. Kalau anda dapat lihat memang rasa nak menangis sebab cantik sangat. Mungkin ada hikmah tak dapat shot sebab nak suruh anda pergi itu. Hehe.

Memang have funlah trip boat itu bersama dengan Cousin D sebab kami sememangnya perangai gila-gila kalau dah jumpa. Haha Kak Ellie pun melayan je perangai kami. Kihkih. Thank you!

Okay, lepas je tengok kelip-kelip itu Neeza terus keluar dengan Cousin D tengok Unisel Bestari Jaya tempat dia belajar ( pehal lah buat lawatan malam-malam) dan suasana di Kuala Selangor. Haaaaa, kebetulan masa kami lalu terjumpa satu temple ini. Cantik gila waktu malam. Ala-ala tempel Chandi Borobudur itu tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dalam kereta dan agak laju si Cousin D ini bawa, hahaha.

Sebenarnya banyak je tempat yang sesuai jadi tarikan di Kuala Selangor ini tapi kurang mendapat perhatian pihak berkaitan untuk menaikkan Kuala Selangor sebagai kawasan pelancongan. Kalau baca dalam sejarah pun Kuala Selangor ini antara kawasan terawal dan banyak sejarahnya. Hmmm.

Cukuplah discover 2-3 tempat je untuk percutian singkat selama semalam dua hari ini di Kuala Selangor. Hahaha. Lagipun Neeza kan agak busy setiap minggu ini attend event review jadi tak sempat nak cuti lama-lama.

Okaylah harap entri ini sangat membantu kepada mereka yang ingin bercuti ke Kuala Selangor atau outstation kerja ke. Tak banyak blog dan website yang cerita tentang Kuala Selangor ini lagi-lagi pengangkutan awam dan penginapan. I know that feeling. Huhu.

Okaylah sekian sahaja entri hari ini.

Salam sayang,
Neeza

16 comments:

  1. Kat brunei berbeza pula..orang tempatan tak ramai yang guna public transport

    ReplyDelete
  2. dah 23 tahun hidup ni belum pernah lagi tengok kelip-kelip depan mata! mesti cantik kannnnn :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi makin lama dah tak makin banyak dear :( sementara ada ini gilah tengok hehe

      Delete
  3. seronoknyaa tgk kelip2 tuu. pemandangan pun cantik

    ReplyDelete
  4. Jalan dalam Malaysia pun seronok juga Neeza, yang penting hotel tu macam menarik je... harga nya pun tak mahal... Kuala Selangor mesti seafoodnya segar-segar kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaah dahlah memurah gila harga seafood dekat Kuala Selangor ni

      Delete
  5. tak kelip kelip akak tengok awak nih heheheh

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. chia chia pickup line dia power lah hahaha

      Delete
  6. seronok tengok kelip-kelip..tiba-tiba teringin nak tengok
    JanjiKita

    ReplyDelete
  7. Menarik dan kemas nampak bilik hotel. Dapat tengok kelip-kelip lagi. Indah pemandangan waktu malam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab Neeza ketagih nak tidur hotel. Ini plan nak kumpul duit tidur dekat 4-5 Star Mei nanti. Hehe. Kann. Rasa tenang je dapat tengok pemandangan dekat laut memalam ini hehe.

      Delete
  8. Wow! Amazing that you travel to Kuala Selangor by public transport, I plan to travel there too, must get some public transport details from you then :) cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Need to save money maaaa. Always going to event by public transport or car pool. Hehe. Sure :D

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.