Friday, 10 March 2017

Malas Nak Beli Barangan Dapur? honestbee Penyelamat Anda!

Assalammualaikum
Pernah tak you alls mengalami keadaan ini di mana bila nak bangun pagi itu perkara yang susah nak buat keputusan ialah nak fikir nak makan apa. Ya soalan paling susah dalam dunia ini ialah makanan. Hahaha.

Kadang-kadang rasa malas dan muak asyik nak makan dekat luar. Yelah, kempis beg duit kalau pagi siang malam nak makan dekat restoran bahkan warung pun. Lagi-lagi zaman GST ini. Hehe.

Jadinya, pilihan yang ada tentulah kena masak sendiri. Lepas fikirkan menu, mesti kena tengok peti ais kan? Nak masak tapi bahan tak ada pun tak guna juga. Sekali tengok dah habis. Tapi rasa malas pula nak bersiap lepas itu hadap kesesakan lalu lintas dekat jalan semata nak pergi pasaraya beli barang dapur. Itu untuk orang yang rajin nak masaklah.

Untuk jenis yang hidup ringkas dan jarang berada di rumah sebab kesibukan terhadap kerjaya tentulah jarang beli barangan dapur. Keluar pagi balik petang atau malam. Bila dah sampai rumah, badan dah penat perut pula terasa lapar tapi makanan langsung tak ada. Nak telefon food delivery, kena jaga badan tak boleh nak makan berat-berat. 

Neeza dapat fikirkan situasi ini sebab Neeza pun selalu rasa malas nak shopping dapur walaupun pasaraya itu berapa langkah je dari rumah sewa ini. Maklumlah kadang-kadang memang nak berehat je dekat rumah tanpa keluar ke mana-mana.

Dan kalau nak ke pasaraya malas betul nak cari satu-satu bahan dan kalau ada sales, kena rebut-rebut macam tak ada hari esok. Malahan sebagai seorang pelajar sepenuh masa dan blogger sambilan memang sibuk. Jadi apa yang anda alami Neeza alami juga. Hehe.

Jadi apa penyelesaiannya?

Jangan bimbang sebab honestbee kan ada!



Ya, honestbee ini merupakan servis platform barangan runcit dalam talian yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan Neeza telah berpeluang hadir ke majlis pelancaran honestbee MY bertempat di The Bee Publika pada 28 haribulan Februari yang lalu.
honestbee
Sebenarnya honestbee bukanlah sesuatu yang asing kerana servis platform honestbee ini telah diasaskan oleh Joel, Isaac dan Jonathan pada Disember 2014 dan dilancarkan secara rasmi di Singapura dan kini telah ada dalam pasaran di 7 buah negara iaitu Hong Kong, Taiwan, Jepun, Filipina, Indonesia, Thailand dan mengorak lagi selangkah menembusi pasaran Malaysia pula.
honestbee juga kini telah mempunyai 36 rakan kongsi dan 60 000 buah produk di dalam taliannya. Semasa dalam majlis pelancaran itu, selain daripada penerangan tentang konsep honestbee, honestbee juga telah memperkenalkan rakan-rakan kongsi mereka yang dapat turut hadir seperti Cat & The Fiddle Malaysia (Neeza pernah review kek cheesecake sedap mereka di SINI),jezRipe (buah-buahan dia sangat fresh masa Neeza try masa majlis itu), dan Southern Rock Seafood.
Bukan itu sahaja, pada hari itu juga Neeza diberi berkesempatan untuk shopping barangan di honestbee! Tentulah seronok. Maklumlah, honestbee ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia, jadi rangkaian ketika ini cuma tertumpu di kawasan sekitar Kuala Lumpur dulu (untuk kepastian boleh check postal code). In Shaa Allah, honestbee sedang dalam perancangan untuk meluaskan rangkaian mereka supaya rakyat Malaysia boleh shopping di honestbee Malaysia.
honestbee
Memang best sebab servisnya cepat dan mudah. Hanya perlu siapkan maklumat untuk pendaftaran akaun honestbee, lepas itu terus pilih produk yang anda nak dan booking time slot untuk penghantaran ke destinasi anda.

Sekiranya barangan yang anda nak tak ada mereka akan gantikan dengan produk yang lain tapi dengan nilai sama. Neeza pun ada alami tapi Neeza okay je sebab mereka akan maklumkan lebih awal menerusi sms atau whatsapp sebelum penghantaran. Memang bagus servis honestbee ini. Terbaik!

Jadi tunggu apa lagi, jom shopping di honestbee Malaysia sebab hidup kini lebih mudah semuanya di hujung jari sahaja.


Haaaaaa! Berita baik untuk pembaca Neeza, yang nak shopping dekat honestbee, bolehlah guna kod voucher ini untuk nikmati potongan sebanyak RM30 dalam bil anda. Best kan? Cepat-cepat grab tau! Sampai bulan May kod ini valid. :D

BEE 30

Selamat membeli belah di honestbee!

Salam sayang,
Neeza

11 comments:

  1. Replies
    1. yup, you can try it coz now have voucher rm30 valid until May 2017 :D

      Delete
  2. best mmg best tapi tu laaa...barangan dia bukan barang yg kebiasaannya kita...hahahaha...mahal jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. healthy food memang mahal sikit, hehe tapi demi long term life :D #investmentforlife

      Delete
  3. Mudah zaman sekarang kan... dihujung jari dah... bagus dan menjimatkan tenaga, kos pergi, parking lagi... pilih je mana berkenan...

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Neeza ada ke dekat event? Tak perasan pulak saye^^

    ReplyDelete
  5. hamboi malas bebenor ehhh dia nak beli barang dapur.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  6. menariknyaa. zaman sekarang semua di hujung jari je ek

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.