Wednesday, 1 March 2017

Konichiwa Cafe Restoran Jepun Muslim Pertama Di Malaysia

Assalammualaikum
Jika menyebut mengenai makanan Chinese Muslim sudah terus menjadi perkara biasa untuk kita dengar dan pasti tentangnya, tapi bagaimana pula dengan Japanese Muslim?

Acap kali kita sering mendengar keluhan masyarakat kita terutama pencinta sushi dan makanan Jepun yang sukar untuk mencari makanan Jepun yang halal walaupun di negara kita sendiri kerana kita tahu pembuatan sushi terutamanya memerlukan Mirin dan Sake (arak) untuk memastikan kesedapannya dan berita penarikan status sijil halal menambah kegerunan mereka.

Ini menjadikan bertambah ramai yang was-was dan takut untuk mencuba terutama di kalangan orang Islam di negara kita. Seperti keluarga Neeza sendiri, mak, abang dan kak ipar belum pernah menikmati makanan Jepun kerana bimbang dengan pembuatan sushi tersebut. Jadi mereka mengambil pendekatan untuk tidak merasai.

Nah, ini berita gembira untuk anda semua dan memang Neeza pun dah hebahkan pada keluarga Neeza sendiri kerana dengan adanya Konichiwa Cafe, anda semua pasti dapat menikmati sajian Jepun halal tanpa ragu-ragu.
Makanan Jepun Halal
Konichiwa Cafe yang bertempat di Bangi, Selangor dan baru sahaja beroperasi sebulan lalu merupakan restoran Jepun Muslim Pertama di Malaysia di mana pemiliknya merupakan sepasang suami isteri Melayu Muslim, chef utama ialah abang kedua kepada pemilik restoran yang berpengalaman hampir 32 tahun dalam Japanese Pantry Chef dan mempunyai restoran sendiri di Dublin dan kesemua pekerja di Konichiwa Cafe adalah Melayu Muslim.

Malahan, segala bahan diambil dari pembekal yang mendapat kelulusan dari Jakim. Ini membuatkan Neeza bertambah yakin untuk datang berkunjung ke Konichiwa Cafe dan merasai makanan Jepun di sini.
Inilah Chefnya, dapat tengok demonstrasi chef wuuu sampai melompat-lompat makanan, hehe
Tadi Neeza ada nyatakan bahawa untuk memastikan kesedapan sushi, mesti ada Mirin dan Sake dalam pembuatannya.Pengalaman chef yang menjangkau 32 tahun, chef di Konichiwa Cafe ini cuba mengolah resepi sushi tersebut dengan rasa yang hampir sama tanpa menggunakan Mirin dan Sake iaitu cuka, garam dan gula. Hebat bukan? Pastinya halal toyiban dan lebih murah dari restoran Jepun yang lain.
Restoran Jepun Halal Bangi
SUSHI
Antara sajian utama di Konichiwa Cafe ini sudah tentu adalah sushi. Lingkungan harga antara RM3.90 hingga RM7.90. Berpatutan kan? Hehe. Bila Neeza rasa sushi-sushi ini, memang padat kandungan nasi dan bahan-bahannya. Cuma Neeza lebih suka untuk makan begitu sahaja tanpa colet kicap dan wasabi. Rasa pure gitu. Haaaa! Paling menjadi hit dan best selling ialah yang berdiri tegak tu namanya Spicy Spider Roll (RM9.90) di mana kerangupan dan kesedapannya. Kena cuba tau.
KIRI- TOKYO DRIFT (RM23.90) & KANAN-CHICKEN TERIYAKI BENTO (RM18.90)
Menu bento memang tidak boleh lari dari konsep makanan Jepun. Saranan Neeza kalau datang ke Konichiwa Cafe, anda kena cuba Tokyo Drift Bento dan Chicken Teriyaki Bento. In Shaa Allah sangat sedap sebab ini merupakan menu bento paling hit di restoran ini.
OKONOMIYAKI (RM15.90)
Satu lagi menu Jepun yang pasti kena cuba kalau berkunjung ke Konichiwa Cafe ini ialah Okonomiyaki. Pasti familiar dengan Takoyaki kan? Haaaa, perbezaan antara okonomiyaki dan takoyaki ialah okonomiyaki ini ialah takoyaki yang dijadikan seperti pancake. Bahan-bahan tetap sama bezanya takoyaki yang kita biasa cuba di luar digumpal seperti berbola. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba.
CHEESE TORI KARAAGE (RM10.90)
Cheese tori karaage ini merupakan antara favourite Neeza, sedap sangat-sangat sebab kerangupan ayam yang disalut dan dicecah dengan mayonis dan sos cheese membuatkan Neeza tidak berhenti-henti ambil. Perghh, terbayang bayang Neeza dibuatnya sehingga hari ini.

Tidak terhad kepada makanan Jepun, Konochiwa Cafe juga turut menyediakan makanan barat dan melayu. Untuk makanan barat, anda bolehlah cuba grilled chicken chop, double bed cheezy lover. Untuk Neeza, Neeza paling suka double bed cheezy lover. Memang tak kedekut lah sos cheese. Puas hati betul makan double bed cheezy lover ini tau. Huhu.
GRILLED CHICKEN CHOP (RM16.90)
DOUBLE BED CHEEZY LOVER (RM12.90)
Untuk hidangan makanan tempatan, Neeza saran untuk anda mencuba Konichiwa Fried Rice dan Mee Udang Serai. Memang berbaloi mewah dengan bahan-bahan. Tengoklah set nasi goreng itu, siap ada telur, keropok, dan sate. Haaaa, kisah menarik pasal Mee Udang Serai ini kan, masa Neeza cuba rasa, Neeza ingatkan Mee Bandung tau, ada kawan Neeza ingatkan Mee Banjir lah, Mee Rebuslah. Memang rasa Mee Udang Serai ini unik suspicious tau kalau tak tahu nama. Hahaha,
KONICHIWA FRIED RICE (RM16.90)
MEE UDANG SERAI (RM15.90)
Untuk minuman pula, kalau anda datang dengan family bolehlah kongsi ramai-ramai Ice Tower ini, Sama ada Ice Lemon atau Fruit Juice Watermelon. Masa ini Neeza dapat rasa Ice Lemon. Memang fresh. Siap boleh 2 kali refill lagi tau kalau habis 1 Ice Tower ini. 
ICE TOWER (RM35.00)

Sekiranya nak minum sendiri-sendiri, Neeza sarankan 3 jenis minuman ini iaitu, Cucumber Boi, Konochiwa Kopi O Floats, dan Strawberry Milkshake. Memang terangkat dan padu beb!
DARI KIRI- CUCUMBER BOI (RM9.90) KONICHIWA KOPI O FLOATS (RM7.90) STRAWBERRY MILKSHAKE (RM9.90)
Kebetulan pada hari Neeza berkunjung ke Konichiwa Cafe ini, ada sambutan hari jadi tau. Ya, anda boleh booking dan buat majlis di sini kerana Konichiwa Cafe boleh memuatkan sehingga 60 orang dalam satu masa. Konichiwa Cafe akan melakukan segala persiapan termasuklah belon untuk hari jadi. Selain itu, Konichiwa Cafe juga akan menyediakan servis katering majlis perkahwinan dan juga bakal melancarkan penghantaran makanan atau food delivery di Bangi dan kawasan sekitar (majlis pejabat atau rumah-rumah).
Pada pandangan Neeza, Konichiwa Cafe ini bukan sahaja menyediakan makanan yang enak, servis yang mengagumkan malahan juga persekitaran yang selesa dan bersih untuk pengunjung datang dan menikmati makanan di sini.
Untuk pengetahuan semua, bagi membangkitkan suasana Jepun, akan ada seorang pekerja di Konichiwa Cafe yang mahir berbahasa Jepun akan berinteraksi dengan para pelanggan. Boleh feeling-feeling dekat Jepun gitu. Masa Neeza datang tengahari itu, dia belum lagi masuk waktu kerja sebab shift petang. Sedih sobbs sobbs. Hahaha.
Kami sudah ke sini, anda bila lagi? Jom ke Konichiwa Cafe!
Jadi jangan berlengah, jom datang ke Konichiwa Cafe dan rasai pengalaman menikmati makanan Jepun di sini. Pastinya halal kerana ini adalah restoran Jepun Muslim pertama di Malaysia.
KONICHIWA CAFE, BANGI
Facebook: Konichiwa Cafe
Instagram: @konichiwacafe
Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090
Masa Operasi:
Selasa-Khamis dari 12 tengahari - 10 malam
Jumaat dari 2 petang - 11 malam
Sabtu & Ahad dari 12 tengahari - 11 malam

Salam sayang.

22 comments:

  1. My family often visits Bangi for business purposes. We'll try to keep an eye out for this restaurant. Looks interesting!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe, nampak gambar pun tempting kan :3

      Delete
  3. bestnyaa!! airah dh la memang minat makanan mcm ni T.T selalu beli yg bahagian sushi dlm aeon tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah airah kot2 datang Bangi nanti :)

      Delete
  4. Wah lepas ni Neeza dah boleh try belajar cakap Jepun, mana tahu dapat diskaun nanti.. status halal memang akan meningkatkan hasil keuntungan kedai tu... rasanya ramai juga pemina sushi kat Malaysia ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, Neeza cakap Chinese je reti sikit-sikit, hehehe.. memang 100 % halal sebab pemilik, chef dan pekerja semua Melayu Islam

      Delete
  5. Alaaaaaa kenapa tertengok gambar-gambar ni time pagi macamni hahaha.
    Buat lapar betul laaa macamni.

    ReplyDelete
  6. sushi..yum..yum...mampu tengok je..jauh benau

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuti2 dkt selangor.. mailah bangi pi cafe ni, hehe

      Delete
  7. alhamdulillah. ada gak restoren jepun muslim ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan alhamdulillah lepas rukun fardhu kifayah kita

      Delete
  8. fuh..meleleh air liur den...sushi tu tak tahan

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum neeza...mcm best jer ni...makanan napak sedap jer...:)

    ReplyDelete
  10. Blog akak da ada button follow. Jom lahh follow. Hehee,

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.