Saturday, 11 February 2017

Bila dah Muat Pakai Peplum 2013..

Assalammualaikum
Semalam dok mengemas almari, selongkar punya selongkar terjumpa ini sepasang baju ini. Terdetik dalam hati,

"Lama sungguh tak pakai, muat ke tidak ini? Hmmm.. try fitting satlah"

Taraaaaaaaaaa...!!!

Bila larut malam~~~ charachacha..

Baju ini mak Neeza panggil baju Saloma, maklumlah baju peplum uolls. Baju ini kalau tak silap Neeza, tahun 2013 masa Neeza masih berada di Kolej Matrikulasi Johor. Maklumlah zaman itu kan memang famous amos design style ini.

Seingat Neeza baru 2 kali pakai baju ini, pertama masa kawan datang beraya, kali kedua masa pementasan teater untuk koko dekat Matrik. Jadi kain memang masih elok lagi.

Maklumlah nak pakai banyak kali dah tak boleh dah sebab badan dah dipam-pam sampailah paling teruk mencecah 100 kg masa nak masuk degree. Lagipun material kain sedikit panas. Maklumlah 2 lapis sebab berlining. Inilah akibat beli online. Hihihi.

Macam tak percaya dalam hati,

"Eh, eh... dah muatlah"

Masa fitting, memang rasalah perubahan sikit. Dekat pinggang memang rasa longgar londeh sampai kain cecah sapu lantai. Kena alter lah nampaknya. Hikhik. Kalau baju pula, bahu jatuh sikit je. Lengan je macam kurang selesa sikit. Hmmm, nak kena fokus pada upper body lah lepas ini.
Alaaaa, jangan kata Neeza dah kurus, sebab ini baru pandangan depan, pandangan sisi rasa gemuk lagi. Hahaha, cutting peplum + angle je semua ni. Hahaha. Selagi tak confident nak ambil gambar ala-ala passport selagi itu badan ini masih gemuk. Kena usaha lebih lagi lepas ini.

Anyway, yang kata Neeza edit bla bla bla sebelum ini *gambar pakai Tshirt pegang dumbell itu* dan bertambah galak sibuk kecam bila Neeza post gambar peplum ini, celah mana aku edit? Tak ada masa weyy. Tak percaya tengok gallery aku ini haaaa. Tak kanlah aku nak edit semua posing. Gilo apamu. Baik aku workout dari buang masa nak edit-edit ini.
Hahaha, Neeza tahu dan Neeza bersedia dalam setiap perjalanan kita, kita akan berjumpa dengan ramai orang dan tak semua yang kita jumpa itu akan sukakan kita. Cousin D dulu yang lagi gemuk dari Neeza dan dia yang terlebih dulu kurus teruk kena kot. Dari berat dia 160+kg sehinggalah 90+kg (ideal untuk ketinggian dia, memang tinggi gila), dia pernah kongsi cerita memang akan ada mulut yang macam cirit dok sibuk mengata, so ignore je, teruskan matlamat. 

Gemuk salah, kurus salah, apa yang betul ek? Hahaha.. dok sibuk mengata, kita tengok dia, sama tang itu juga, tak kurus-kurus pun. Huhuhu.

Apapun sekarang Neeza rasa puas hati sikitlah. Masih kena work hard untuk dapatkan ideal weight. Cutting itu dah nampak sikit dah. My goal right now is to lose weight with beautiful biola figure. Itu sebab Neeza memilih untuk diet dan workout bersama-sama. Memang payah tapi berbaloi.

Ya, jaga pemakanan sahaja memang boleh turun sebab formula 80% pemakanan 20% senaman. Cuma bila dah selalu stalk fitness celebrity, fitness model dan fitness guru, tengok body mereka mengancam. Tak naklah kurus macam papan, nak ada juga lekuk-lekuk. Kalau dapat abs 4 pack pun macam cantik juga. Hehe. Amboi jauh sangat ke depan kau, Neeza, fokus fokus turunkan lagi berat itu.

Okaylah sekian sahaja posting hari ini.

Salam sayang,
Neeza.

20 comments:

  1. Good luck neeza! Semoga apa yang diimpikan tercapai. Teruskan usaha anda, abaikan ja orang nak cakap edit ke apa. Kita ja tahu dia kita macam mana hehe.

    ReplyDelete
  2. Hai @Haneeza Mohamad good luck kak neeza..abaikan kata2 orang ok..

    ReplyDelete
  3. Tahniahhhh Neeza! Jelesss nih jeles... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak uyul ni, tak moh jeles.. kak uyul boleh buatnya XD

      Delete
  4. gemuk kurus dihina, tabah ja la hati. hee, btw tahniah dah muat peplum tu. usaha lg utk capai sasaran berat yg diidamkan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tabah jelah, hehe, thank you, In Shaa Allah, amin

      Delete
  5. good job..moga lepas ni usaha lebih sikit untuk dapat berat badan yang diidamkan...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... usaha tangga kejayaan. chaiyok2

    ReplyDelete
  7. comel jek neeza pakai peplum tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaaaaa malu itewwwwwww bila kak hernee puji, kembang semangkuk cenggini XD

      Delete
  8. assalamualaikum Neeza...wah !! bagusnya ...tahniah2 akhirnya berjaya kurus juga...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumlsalam, kak Mas :D hehe alhamdulillah, doakan Neeza dapat capai berat ideal ya :D

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.