Saturday, 10 December 2016

MAHA 2016 Journal

Assalammualaikum


Sis masih tak boleh move on lagi dengan keseronokan dan kemeriahan MAHA 2016 semalam. Memang best sangat-sangat. Rugi untuk yang belum pergi lagi. Tak percaya best ke tidak? Meh baca journal bawah ini sampai Neeza berada di MAHA 2016 sehari suntuk tau!


Neeza bertolak dari Shah Alam awal. Sampai MAEPS, Serdang dalam pukul 8 pagi. Maklumlah Neeza nak elak dari kesibukan lalu lintas sebab timing orang nak pergi kerja kan. Lagipun Neeza nak habiskan banyak masa nak explore satu kawasan MAEPS. Bukannya selalu datang sana dan ini kali pertama Neeza pergi ekspo MAHA 2016, mesti tak nak tertinggal satu peluang pun. Tentulah sis sangat teruja okay!

Mula-mula Neeza tunggu bas shuttle. Semalam pemandu Grab yang hantar Neeza balik tanya Neeza "kawasan MAEPS itu besar, larat ya awak jalan setiap check point itu?"


Tak payah risau kak, penganjur dah sediakan bas shuttle untuk pengunjung-pengunjung MAHA 2016. Bukan sahaja bas shuttle, malah disediakan juga bas RapidKL dan MaraLiner (tak payah bayar pun) untuk back up. 

NAFAS Cube @ Mardi

Mula-mula sekali Neeza berkunjung ke hotel kontena, NAFAS Cube @ Mardi Ini merupakan tarikan baru terutama untuk pengunjung-pengunjung MAHA 2016. Ini merupakan cetusan idea dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Datuk Seri Ahmad Shabery mahukan keunikan pada pengajuran MAHA kali ini.



NAFAS Cube @ Mardi merupakan projek di bawah National Farmers Organization (NAFAS) namun begitu tapak pembinaanya di bawa Mardi dan di sinilah tercetusnya nama hotel ini iaitu NAFAS Cube @ Mardi.

Seiring dengan trend terkini, hotel kontena mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekarang, justeru MAHA 2016 tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan NAFAS Cube @ Mardi. Neeza sendiri terkejut bila pemandu Grab yang ambil Neeza semalam boleh tahu pasal hotel ini. Maklumlah hotel ini masih baru lagi. 

Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan di NAFAS Cube, Mardi ini iaitu;
1. Kontena (Eksekutif / VVIP) 

a) Kontena eksekutif- RM180 semalam. Satu katil double decker, meja solek, penyaman udara, almari, television dan bilik air dengan pemanas air.




b) Kontena VVIP-rm250 semalam. Satu katil queen, Satu katil queen, meja solek, penyaman udara, almari, television, bilik air dengan pemanas air, dan bar mini.





2. Culvert-RM 150 semalam katil queen, penyaman udara, plug dan kotak simpanan. Bilik air berkongsi. Tempat solat disediakan.



3. Khemah-RM120 semalam. Setiap khemah terdapat  2 katil single, plug, lampu, kerusi meja, dan kipas.


Bagi Neeza sangat-sangat selesa dan menarik. View dari kontena pun sangat cantik sebab kawasan MAEPS memang cantik! Makanan di Cube Cafe pun sedap. Bila konsep hotel kontena hipster, makanan pun hipster. Antara yang unik semasa Neeza menjamu selera di sini, green tea dalam bekas bentuk mentol. Bukan sahaja green tea, laici, dan banyak lagi. Walaupun hipster, rasa makanan sedap tau sebab Neeza dah rasa nasi lemak.



My Doft Tropicarium

Ini kawasan di bawah Peneraju Perikanan. Seronok tau dapat jumpa ikan memo, flower horn. Tengoklah gelagat Neeza usik ikan-ikan itu. Di samping itu, dapat ilmu baru mengenai ecosystem. Dapat tengok ikan jerung dan dugong juga. Kanak-kanak mesti suka bila berada di sini Best sangat-sangat.










Kalau lapar, ada beberapa gerai makanan. Yang mendapat tumpuan Neeza ialah sate tuna. Serius? Tuna. Tapi sedap tau! Cuba nanti tau kalau dah ada dekat MAHA 2016 hari ini dan esok.



Okay, tempat seterusnya mesti korang akan teruja sangat! Sebab Neeza pun teruja juga, haha iaitu bilik barangan terbalik. Maklumlah seiring dengan trend sekarang. Dalam bilik itu banyak tempat mereka hiasi dengan pelbagai barangan dan teknik. Jadi jangan lepaskan peluang tau bergambar dalam ini.


Pusat Makluman Padi

Asyik makan nasi tapi tak tahu macam mana padi dihasilkan. Selalu bising kenapa beras mahal tapi tak tahu macam mana rupa dan bentuk beras diasingkan mengikut gred sangatlah disarankan untuk anda melawat sini. Dapat ilmu baru juga. Malahan dapat buat hiasan guna bedak sejuk beras.








Malah, ada sawah padi dekat sini. Dapat selfie atau bergambar dekat sini. Antara sport paling cantik. Tambahan, kalau pandai bola, boleh join sekaki dengan kumpulan di situ main bola dekat sawah padi. Nasib baiklah Neeza ini perempuan, kalau tak, hehe..




Dekat sini juga, ada demonstrasi masak bubur lambuk dan putu beras.




Seterusnya kami bergerak ke Pineapple Planet / Laman Nenas. Neeza dapat merasa nenas dan jus nenas. Yang Neeza cuba itu, jenis nenas ialah MD2. Banyak info mengenai nenas yang Neeza tak tahu ada di sini. Sampai Neeza terkejut, eh nenas boleh dibuat sebagai pakaian juga?





Dekat sini, anda pun tak patut lepaskan peluang untuk bergambar sebabnya ada satu ruangan khas untuk anda bergambar secara 3D. Neeza pilih gambar menanam nenas. Mana tahu dah pencen jadi blogger nanti bolehlah jadi penanam nenas yang paling comen gitewwww.


Kalau nak beli nenas, jus nenas, jem nenas, pun ada booth yang menjual barangan produk berasaskan nenas di sini.








Laman Armada Jentera

Macam laman Transformers je bila berada di sini. Terkesima jap tengok jentera-jentera berat yang digunakan untuk pertanian dan penanaman.




Nasib baik semalam, dapat jumpa Upin Ipin lalu dekat sini untuk berjumpa dengan peminat-peminat mereka yang lalu di sini. They are so cute really!


Di sini juga Neeza dapat merasai makanan-makanan sedap. Korang patut cuba aiskrim nangka madu, jem nangka, dan keropok lekor. Special pasal keropok lekor ini, isi ikan yang digunakan ialah ikan talapia. Perghh! First time makan ikan talapia. Boleh tahan sedap jugalah. Dan paling sedap sekali, air jagung Klebang. Neeza suka sangat tau. Rasa semua cukup. Jangan tak cari. Wajib cuba.





Pusat Perdagangan dan Agro Pelancongan

Di sinilah dapat jumpa ayam dan lembu sado. Sekali pandang muka dorang, kerek juga. Mentang-mentang hot dekat situ. Hahaha.



Lepas itu juga ada Dairy Village. Dapat jumpa kambing bek bek. Manja betul dorang dengan pelatihnya. Neeza tengok kawan-kawan seronok tengok kambing-kambing ini. Kihkih. Dekat sini juga banyak dijual jenama-jenama susu kambing dan lembu. Serius Neeza terkejut susu jenama Farm Fresh ini produk tempatan juga. Maklumlah packaging lain sikit macam international brand dan dijual dekat pasaraya Giant di mana Neeza selalu shopping dekat situ.





Selain itu, dapat merasa aiskrim pelbagai jenis perisa seperti coklat, stawberry dan vanila. Paling sedap bagi Neeza ialah dadih. Rasa dia sangat-sangat fresh!




Ladang Mini Kelulut dan ladang herba  


Kalau rasa macam penat dan perlukan ruang untuk rehat dan tenang sebentar, boleh singgah ke sini setelah puas bersesak di MAHA 2016. Green Tunnel ini pun antara kawasan terbaik untuk bergambar sebab sayur-sayurannya tergantung dan ada tandatangan tau. Unik! Selain itu, ada ruangan untuk korang tengok tanam-tanaman sayur-sayuran di sini, Fuhh, betul rasa ketenangan di sini.



Seterusnya Ladang Mini Kelutut. Di sini banyak informasi mengenai madu ini. Dan pengujung boleh merasi madu asli kelutut ini terus dari sarangnya. Adalah perbezaan dengan madu biasa di mana rasanya terarah ke masam-masam manis dan bukannya manis seperti yang kebiasaan kita rasa madu yang dibeli dari pasaraya.




ROFT dan Light Sensation

Di sinilah tapak untuk pengujung-pengunjung MAHA 2016 bergembira bersama-sama artis tempatan yang dijemput khas oleh MAHA 2016. Antaranya ialah malam tadi yang Neeza ingat ialah Projektor Band (maaf yang lain tak ingat hehe sebab Neeza fans Projektor Band jadinya ingat yang itu je, hehe), malam penutupan nanti seperti Ramli Sarip dan ramai lagilah.


Di situ juga terdapat tapak Light Sensation. Disebabkan Neeza pergi siang tak dapatlah tengok lampu itu berwarna-warni. Walau bagaimana pun, di sini merupakan tempat paling cantik untuk bergambar terutama untuk yang single mahupun berpasangan. Sweet sangat berada di sini. :p


MAHA 2016, Sarang Hae <3

Kampung Durian Runtuh

Kanak-kanak mesti teruja kalau berada di sini sebab banyak kisah tentang Upin dan Ipin. Jeng jeng jeng~~ Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa seperti Neeza pun teruja.

Yang pasti berada di sini bukan setakat omong kosong-kosong. MAHA 2016 menerapkan pembelajaran tanpa sedar mengenai penanaman menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini. Yang pasti aktiviti-aktiviti tersebut sangat best dan tidak membosankan kanak-kanak.

Contohnya mereka boleh cucuk tanam sendiri bunga raya dan jambu. Penganjur siap sediakan pasu, tanah baja dan benih. Boleh bawa balik tau. Dan juga penampilan istimewa persembahan. Upin Ipin. Pasti kanak-kanak dan ibu bapa akan teruja.




Perkampungan Mok Cun

Siapa peminat Mok Cun, angkat tangan? Khas untuk peminat Mok Cun, biarpun Mok Cun real tak ada, bolehlah bergambar dengan patung lilin Mok Cun di sini. Dan menarik mengenai perkampungan Mok Cun, banyak gerai di sini. Makan lagi. Hahaha.






Main Hall MAHA 2016

Yang ini sangat membuatkan Neeza teruja sebab di sinilah banyak jualan produk-produk tempatan yang berlangsung. Ya, wanita dan membeli belah memang tak dapat dipisahkan. Hahaha. Bukan itu sahaja, Neeza juga dapat rasa pelbagai makanan sedap di sini. Jadi korang jangan bimbang tau, setiap check point semua ada makan-makanan sedap okay, Favourite Neeza ialah aiskrim melon dan shellout. Memang terbaiklah, MAHA 2016!








Food Empire

Untuk kaki makan macam Neeza ini, di sini terdapat  lebih 160 jenis makanan yang dijual mengikut negeri-negeri masing. Kalau tekak rasa nak makan masakan negeri lain selain masakan biasa yang selalu kita rasa, sinilah tempatnya. Umpama syurga dunia. Semalam Neeza rasa nak cuba sate tulang Negeri Sembilan, jadi Neeza order satu. Boleh tahan sedap. Biarpun ada tulang tapi dagingnya lembut. Kuah kacang pun kaw sedap. Memang terbaiklah. 





Bila dah berada di food empire, maka berakhirlah perjalanan Neeza dan rakan-rakan di MAHA 2016. Serius seronok sangat berada di sini. Tak cukup sehari. Patutlah MAHA 2016 berlangsung sehingga 11 hari untuk rakyat-rakyat Malaysia berkunjung di sini.

Yang mana belum ada kesempatan, silalah ke sini kerana MAHA 2016 sangat mengalu-alukan kedatangan semua. Korang ada hari ini dan esok sahaja untuk ke ekspo MAHA 2016. Alahai, tak payah fikir penat ke apa sebab Isnin ini kan cuti. Jom terjah ke MAHA 2016!

UPDATE TERKINI!

BERITA GEMPAR yang Neeza baru terima dari penganjur, sepanjang 11 hari berlangsungnya MAHA 2016, akhirnya berjaya mencecah 3.7 juta pengunjung! Syukur alhamdulillah, syabas dan tahniah.





Salam sayang.

15 comments:

  1. Syok tgk makanan tp x syok berjalan 12 jam tuuu...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, sampai kaki kak sally cramp.. dah ok kak sally? anyway nice experience kan pergi maha :D

      Delete
  2. wahh.. tengok gambar pun dah best.. hehe :)

    ReplyDelete
  3. Jelesnya uoll dpt ke tempat UPIN IPIN dan MOK CUN..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Seminggu pun tak abis belek MAHA

    ReplyDelete
  5. wahh bestnya, sayang kami tak bereksempatan datang kesana..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, hehe, In Shaa Allah next year ada rezeki sis pergi MAHA k :D

      Delete
  6. fuh teruja nya baca entri ni..teringin nak gi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lepas dah.. huhu, tunggu next year punya MAHA k :D

      Delete
  7. syoknyaaaa! meriah sungguh.. mesti dpt banyak input kan..

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.