Wednesday, 23 November 2016

Promosi Pizza Hut yang .....


Assalammualaikum dan hai semua.

Promosi Pizza Hut yang ..... l Sesiapa yang selalu baca blog Neeza mesti perasan Neeza jarang buat bad review. Bukan sebab dibayar ke sponsor ke so semua nak murni-murni gitu. Maaf ya. Banyak juga food review dalam blog Neeza ini yang Neeza bayar dengan duit sendiri. Kalau boleh mana-mana Neeza pergi naklah yang best-best je. Hmm. Tak percaya? Lihat dekat sidebar sebelah kanan.

Okay, straight to the point. Baru seketika tadi, Neeza pergi ke Pizza Hut yang tak berapa jauh dari kelas. Mula-mula sebenarnya tak tahu nak makan apa. Then, ada classmate yang ingatkan Neeza tentang promotion pizza RM5. Jadinya, jomlah pergi Pizza Hut je. Disebabkan semalam tak makan langsung cuma ratah epal (tak sihat semalam selera tak ada) dan hari ini belum makan apa-apa (tak ada break kelas 4 jam), okaylah pizza itu pun kecik je.  

Sebenarnya Neeza ada baca dari dari post Facebook sebelum ini, tak ingat pemilik akaun mana entah. Banyak jugalah orang komen dalam itu. Promosi kali ini sangat mengecewakan. Ada yang dapat roti keras, roti terbakar dan sebagainya.

Maklumlah tak kena dekat diri sendiri lagi..

Dan bila pergi dan rasa sendiri..

Kecewa~

Betullah apa dorang cakap,

Menyesal tak dengar, hahaha.

Bila sampai dekat restoran, masa nak buat pesanan, cashier itu macam push-push nak ambil order cepat. Sampaikan classmate yang teman Neeza itu cakap dekat Neeza "apa ni? sabarlah sikit orang nak pilih dulu". Dah order dan bayar, perkara biasa tunggu. Neeza dengar cashier ini ada cakap dekat customer selepas Neeza yang siap dalam 15-30 minit. Okay, tunggu jelah.

Selepas 40 minit (dah hampir azan Zuhur dah) baru dapat pizza itu.

Yang buat kami geram ialah dah ada orang dah letak Pizza itu dekat depan tapi dia blah macam itu. Cashier itu pula pergi entertain customer yang order makan dekat situ. Then ada seorang lagi mai godek-godek mesin cashier lepas itu blah.

Lama jugalah pizza itu. Nak hampir sejuk kot~

Yelah, biasanya bilah perut lapar kalau dapat makanan sejuk tak ke lagi angin?

Masa ambil pizza, Neeza cakap dekat dia "nak hampir sejuk rasanya" <- resemble of long waiting

Bayangkan customer yang lepas Neeza dapat pesanan dorang dulu. Dan kalau bukan sebab pizza dorang, rasanya tak ada orang kot perasan pizza kami masa itu.

Taulah kami beli yang kecik je, RM5 itu je haaa..

Sedih.. k .. sedih..

Perasan yang besar-besar je~

Sobsss.. sobsss.. haha

Bila sampai kelas dan makanlah,


Okaylah nasib baik panas lagi. cool down jap. Maklumlah dah kebulur nak makan. Neeza order Aloha, classmate order Hawaian Chicken. Serius classmate punya pizza lagi sedap dari Neeza punya. Serius rasa plain dan bestnya, pizza Neeza ada burn! Haha, macam manalah tak perasan.


Mungkin hari ini nasib tak bernasib baik. Redha jelah Neeza oi. Petanda langgar pantang coach. Hoho. Promise lepas ini tak buat lagi. Kihkih

Begitulah yang berlaku sebentar tadi. Neeza pun sebenarnya tak suka nak buat review tak best. Neeza suka makan dekat Pizza Hut. Mushroom soup dengan garlic bread memang terbaik. Spagetti blognese dan carbonara paling favourite kalau mai Pizza Hut, Cuma belum pernah take away. Dan bukanlah nak jatuhkan apa cuma haraplah ada improvement. Maybe, lepas ini baik makan dekat restoran je kot.

Okaylah kelas dah nak start ini. Bye-bye.

Salam sayang.

8 comments:

  1. burn sebab panaskan semula kot.. akak dah lama banned pizza hut.. service dia mmg out..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen dekat fb ada yg kata sebab sos dia.. entahlah, lepas ni dah tak makan lagi kot pizza, diet :'))

      Delete
  2. baru ni mkn kt pizza hut jgk..tnye sorg staff,sos cili ade x dik..takde,tinggal yg tu je..

    pelik,pizza hut jenama bsr kot,pastu kedai dlm mall ade giant..sos cili xleh provide..keciwa btl dgr jwpn cmtu..layan x layan je..hsbnd ckp dh x moo dh mkn kt situ

    ReplyDelete
  3. yeah gonna shop before sales end.

    ReplyDelete
  4. baru ni saya ada beli pizza promosi rm5 ni 2 box.. alhamdulillah.. semua okey. mgkin sesetengah tempat kot servis mcm tu.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.