Wednesday, 2 November 2016

Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju


Hai semua!

Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju l Kebosanan duduk di Shah Alam menyebabkan Neeza tekad untuk jalan-jalan ke Wangsa Maju 2 minggu lepas. Setelah penat pusing-pusing Wangsa Walk, Neeza rasa lapar sangat. Tiba-tiba datang rasa craving nak makan nasi ayam penyet. Neeza search dalam application Zomato, jumpa beberapa buah kedai yang jual nasi ayam penyet berdekatan Wangsa Walk.


Keluar dari Wangsa Walk, Neeza terus pergi ke restoran Ayam Penyet Ria. 

Landmark: near Bank Islam

Kenapa pilih restoran tersebut?

Sebenarnya sebelum ini, mak cik Neeza pernah beritahu Neeza yang kedai ini ialah kedai kesukaan dia. Ingat lagi masa sambutan Merdeka 31 Ogos, balik dari Dataran Merdeka, tentulah rasa lapar jadi mak cik telah suggest beberapa restoran kesukaannya. Antaranya restoran Ayam Penyet Ria, tapi disebabkan anaknya, kiranya cousin Neeza lah craving nak makan lain masa itu, jadi tak pergi ke restoran tersebut.

Jadi, kali ini Neeza nak cuba rasa Ayam Penyet Ria. Mesti! Hehe.

Neeza pun suka makan ayam penyet ini. Well, tak Joho lah kalau tak reti makan kan. *Johor kan dekat dengan Indonesia/Jawa*

Sampai ke restoran Ayam Penyet Ria, Neeza pun order beberapa hidangan signature.



Neeza order Ayam Bakar, Sup Buntut, Gado-gado dan Soda Gembira.


Serius semua sedap. Rasa sambal ayam bakar itu perghhh, I loikeeee. Ayam lembut. Sangat nampak bila dicarik-carik. Rupanya standard piawaian di Ayam Penyet Ria, untuk masak ayam bakar ini, wajib direbus selama 1 jam agar bahan perapan itu diserap dalam ayam. Dan membuatkan ayam bakar Ria ini berlainan dengan restoran ayam penyet lain. Sambal ayam ini memang sedap! Pedas yang menyengat.

Akan tetapi, kalau datang dengan family, ada anak-anak kecil or sememangnya tak tahan pedas, boleh request untuk kurang pedas. Siapa yang kaki pedas itu, wajib try okay. Best weyy sampai Neeza tambah sambal. Huhu.  Dari segi saiz ayam, okay, besar. Sangat sesuai dengan harganya yang berpatutan. Tempe dan tauhu pun besar. Puaslah kalau ambil set ayam bakar ini. Sebabnya sebelum ini Neeza ada trylah ayam bakar beberapa restoran dekat Selangor dan Johor, selalu tak puas hati dengan saiz tempe dan tauhu itu. Dahlah kesukaan Neeza tempe. Bila cecah dengan sambal, fuhhh sedap!


Daging sup buntut itu serius lembut. Bila kunyah, lembut dan cair dalam mulut. Tak ada rasa hanyir daging. Actually Neeza tak suka buntut-buntut ini, tapi bila try sup buntut Ayam Penyet Ria ini, eh, dah boleh makanlah. Rempah sup semua cukup. Bahan-bahan dalam sup itu banyak. Puaslah kalau makan. Cuma kalau dah sampai, kena cepat-cepat makan sebab sup ini sedap dimakan bila panas-panas.

Gado-gado ialah menu yang paling Neeza suka sangat. Gado-gado ini macam rojaklah kalau dekat Malaysia ini, cuma kuah dan bahan-bahan ada berlainan sikit. Sayur-sayur dalam gado-gado ini pun banyak. Sambal gado-gado ini, sumpah, sedap sangat! Lepas ini kalau pergi Ayam Penyet Ria, gado-gado ini makanan wajib kalau order.


Untuk air soda gembira memang best lagi-lagi kalau cuaca panas, fuhhhh, nikmat kalau minum. Rasa stawberry flavour dan sodanya. Dari segi kemanisan, bagi Neeza it's just nice. Neeza ini jenis tak suka manis sangat dan tawar sangat. For me, Happy Soda by Ayam Penyet Ria sangat okay untuk dicuba.

Rupanya Neeza dapat tahu yang selain daripada menu-menu di atas, menu yang wajib dicuba ialah sup rawon dan jus alpukat. Sup rawon ini sup daging dan jus alpukat ialah jus avacado. Confirm terangkat!

Bila Neeza search tentang Ayam Penyet Ria ini, rupanya Ayam Penyet Ria boleh dikatakan "pioneer" untuk restoran ayam penyet di Malaysia ini. Kebanyakan feedback yang dah cuba Ayam Penyet Ria terutama dari orang Indonesia sendiri mengatakan sangat persis rasa Indonesia. Originaliti yang tak boleh dilawan mana-mana restoran ayam penyet di Malaysia ini sebab bahan-bahan kebanyakannya diimport dari Indonesia.

Hairan juga kenapa classmate Indonesia *exchange student* selalu pergi Setia City Mall sebab dekat situ ada juga cawangan Ayam Penyet Ria, oooo no wonderlah, inilah sebabnya kot, hahaha.

Jadinya korang janganlah takut untuk cuba Ayam Penyet ini di mana-mana outlet sebab semuanya dipantau dan mempunyai standard piawaian. Lebih kurang pergi restaurant fast food, rasa tetap sama di mana-mana cawangan.

Special mengenai outlet Ayam Penyet Ria di Wangsa Maju ini, kalau ada majlis ke jamuan, restoran ini menyediakan ruangan yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. Dan juga ada penghantaran makanan aka food delivery juga tau! Di sekitar Wangsa Maju dan kawasan berdekatan. Untuk yang bekerja di office atau malas nak keluar nak pergi cari makanan, telefon je Ayam Penyet Ria Wangsa Maju ini.


Suasana dalam restoran ini pun okay dan selesa. Kebersihan tip top. Servis pun cepat. Neeza lihat ramailah pelanggan yang datang. Kebanyakan bawa family dan rakan-rakan. Nak bawa client pun sangat recommended.

Haaaaaaa! Neeza sempat tapau/bawa balik air teh botol Sosro dan teh. Dari Indonesia tau. Memang kick lah!


Jadinya, untuk review Ayam Penyet Ria di cawangan Wangsa Maju, Neeza bagi 5 bintang. Bukan senang tau, huhu.

So, apa lagi jom ke Ayam Penyet Ria terutama di cawangan Wangsa Maju!

Alamat: 
No 33G, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Line, Pusat Bandar Wangsa Maju, 55300 Kuala Lumpur.

Nombor telefon:
03-41437889

Cawangan lain: G Tower, Melawati, SOGO, Setia City Mall, Publika, dan Aeon Bukit Raja.


Salam sayang!

7 comments:

  1. Sedap...

    Time lapar ni semuanya nampak sedap...
    Sup buntut tu..buntut ayam ke he he

    Ayam tu!! Sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tapi memang sedap pun ayam penyet ria ni.. sebab ada perbezaan besar lah juga dengan restoran ayam penyet yang Neeza dah pergi sebelum ini, lagi2 sambal.. tanya classmate indonesia, memang yang ini hampir dengan ayam penyet dorang dekat sana.. bukan buntut ayam :D tapi oxtail..

      Delete
  2. Perghhh meleleh air liur tengok gambar-gambar ni tengah-tengah malam. Memang dah lama tak makan ayam penyet. Tapi ayam penyet ria ni memang nampak sedap betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. neeza pun sampai craving nak makan lagi, hehe

      Delete
  3. Alahai sedapnya Neeza. Ritu ada jugak pergi ayam penyet dekat area sini, pun sedap jugak sambal dia.. ni yang rasa nak pergi lagi ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. nanti rodger2 lah eh kalau nak makan ayam penyet.. teringin nak makan gado2 hehe

      Delete
  4. Sedapnyaaa neeza. saya memang suka ayam penyet. tapi susah betul nak makan ayam penyet yang sambalnya btul2 sedap. selalunya rasa biasa2 saja huhu.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.