Saturday, 11 June 2016

My Own Business Card


Hye peeps!

Excitednya iolss hari ni :D Nak tahu tak? Neeza dah ada business card sendiri tau. Yeayyy! Semalam tempah hari ini dah dapat dah. Saya suka! saya suka!

Bila duduk Shah Alam ini tak susah pun nak cari kedai printing, memang bersepahlah. Cuma, agak payah nak cari yang boleh siap cepat unless dah ada design sendiri. Sedangkan Neeza pergi ke salah satu kedai printing terbesar boleh siap 2 hari. :') Mungkin mereka sibuk kot sebab banyak tempahan. Husnudzon.

Jadi Neeza pergi ke kedai printing biasa je. Iolls pun tak lah demand nak design gempak-gempak sebab Neeza jenis simple orangnya, jadi nak card yang simple nampak professinal. Bila simple harga pun simple kan? Hikhik, hebat game kau Neeza *tepuk tangan*. Haha,:-p

So, that's it! Mula-mula nak ambil sekotak, tapi berkenan pula kedua-dua design yang akak itu buat. Satu nampak professional satu lagi nampak kreativiti. Design professional itu kita bagilah dekat PR or blogger-blogger otai. Yang design satu lagi bagi dekat blogger-blogger biasa macam kita je. Huhu.

Now, I am ready for any invitation! :D
Saja tak nak tunjuk design fully sebab nak bagi surprise! Hehe. Baru rasa eksklusif bila terima kad Neeza nanti tau. Ewah *perasan gileeeeeeee* Hahaha,

Kenapa Neeza buat business card ini? Okay, kalau korang perasan, lately Neeza aktif balik blog, dapatlah beberapa invitation. Bila pergi invitation untuk review, for sure you will meet many people, not only bloggers, PR, head departments, and etc. Bila tak ada card, in some extent, rasa macam no one lah. Neeza dapati bila kita ada kad sendiri and tukar kad dengan orang lain, it is one of the way to build and strengthen our network, walaupun kita hanyalah blogger biasa-biasa je *taklah setaraf blogger famous atau otai yang dah ada pengikut dan network sendiri*.

Okaylah, ini sahaja yang Neeza nak kongsikan hari ini. 

Salam sayang, xoxo.

No comments:

Post a comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.