Wednesday, 14 January 2015

Ephyra Skin Bar- Rahsia Jelita

*Assalammualaikum*

Ya Allah, rasa pantas sangat masa berlalu kan? Dah pertengahan bulan Januari 2015. Dan tak sangka juga, sudah 3 minggu Neeza sudah amalkan Ephyra Skin Bar. Kalau you alls nak tahu, Neeza antara 50 blogger yang berpeluang mencuba secara percuma produk kedua dari Oceanlife ini hasil anjuran giveaway dari blogger Mia Liana. Alhamdulillah,
Terima kasih Ephyra sebab bagi kalendar sekali ^_^
Sebenarnya pada tahun lepas, dalam bulan 12, Neeza adalah buat wishlist untuk 2015. Ala-ala azam baru gitu. Nak tahu tak? Wishlist Neeza apa? Nak flawless di tahun baru. Ewah. You alls jangan nak gelak pula eh? *Haip!* Bukan apa, masa bulan Disember itu, kulit Neeza agak teruklah. Rasa malu sangat nak keluar rumah. Kalau bersiap lama sangat, tacap muka bukan main lama. Well, keadaan kulit Neeza masa itu macam yang Neeza terangkan dalam giveaway kak Mia itu.
Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya perlu mendapatkan Ephyra Skin Bar kerana saya mengimpikan wajah yang flawless tanpa cela. Saya ingin mencuba keberkesanan Ephyra Skin Bar dalam menangani masalah wajah saya yang mudah berminyak, kesan sunburn yang agak teruk dan mudah didatangi jerawat batu di dahi dan pipi serta jerawat pasir di seluruh muka disebabkan terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Tambahan pula, kulit saya cepat kering apabila terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang lama. Selain itu, terdapat juga blackhead di sekeliling hidung dan walaupun saya menggunakan masker, blackhead masih juga tidak hilang.

Masalah-masalah ini mengakibatkan saya terpaksa apply foundation banyak kali dan berbedak agak tebal supaya dapat untuk menutup cela tersebut. Akibatnya masalah ini semakin kronik walaupun saya telah menggunakan make up removal dan menjadikan wajah saya semakin kusam dan tidak bermaya menyebabkan saya hilang keyakinan berdepan dengan orang ramai tanpa wajah dibedak tebal terlebih dahulu. Saya juga malu apabila diajak bergambar terutama berselfie dengan kamera biasa dan sedaya upaya menolak untuk bergambar dan akhirnya  menyebabkan saya terlepas detik-detik indah untuk dirakam.

Bila terpilih dan berpeluang untuk mencuba Ephyra ini, melonjak gembiralah, yelah, kot2 berkesan. Lagipun bila tengok dekat Instagram @ephyra2u , banyak betul testimoni dari pengguna Ephyra, rasa nak mencuba lagi membuak-buak. Yelah, kalau produk tak bagus, tak kan ramai yang dah guna dan testimoni mereka berjaya mendapatkan kulit yang diingini, betul tak?
Neeza mula agak lewat 2-3 dari peserta lain sebab tahu-tahulah bila duduk dekat hostel ini, banyak prosedur perlu diikuti. Dan setelah tiga minggu, alhamdulillah, kulit Neeza banyak mengalami perubahan yang agak ketara. Dah tak ada sunburn, jerawat makin mengecut, kulit bertambah putih, bintik-bintik hitam keliling hidung pun dah banyak berkurang dan semakin kurang berminyak. Yuhuuu, maknanya? MISSION IS ACCOMPLISHED!! Yeayyy *melonjak kegirangan*
Of course Neeza gembira sangat sebab dah tak payah pakai foundation dan bedak asas tebal-tebal macam tepung gomak. Tak selesa sangat pun. Lagipun dengan jadual Neeza yang padat sebagai pelajar universiti, tak ada maknanya nak bersiap lama-lama. Terkejar-kejar nak pergi kelas. Pakai tebal-tebal, sampai kuliah, nampak muka bercapok. Oh my~ malu weyhh. Itu sebab Neeza nak sangat kulit yang sihat dan flawless ini, tak adalah nak bersiap lelama. Bedak sikit-sikit dah boleh terus pergi kelas. Selain itu, bila kawan-kawan ajak selfie/bergambar, bila kulit bermasalah, memang Neeza rasa kurang confident. Terpaksa tolak secara baik, tak pun asyik jadi tukang gambar je. Sedih! Sekarang dah jelas dan faham kan kenapa. Hihi. Seriously, sekarang tak ada masalah nak selfie bebanyak,sampai hang handphone dibuatnya. Hewhew. (Banyak upload dekat Instagram)
Jadi kepada pembaca di luar sana, yang ada masalah kulit wajah, apa kata you alls try pakai? Mana tahu, dengan izin Allah, produk ini berkesan pada wajah anda juga. Neeza memang sarankan you alls patut cuba produk ini. Memang best sangat sabun ini sebab wangi dan berkesan. Lagipun cara nak guna sabun ini sangatlah mudah. Hanya basahkan muka dengan air, kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan, sapukan secara lembut pada seluruh muka dan urut selama 2-3 minit. Memandangkan kulit Neeza ini agak bermasalah, Neeza buat dalam 5 minit. Lepas itu, bilas dengan air. Wuu~~ Neeza rasa lepas basuh muka itu, kulit rasa bersih dan tegang. Syok maaa~ Untuk dapatkannya, boleh hubungi:
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.


13 comments:

  1. Hi hi hi☺!! Goodluck hehe. Menjadi kan Ephyra?
    Alhamdulillah kan hiks.
    Qila pun singgah dari GA sama jugak weeee! GOODLUCK to both of us~

    ReplyDelete
  2. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini sebelum 11.59 malam 14 Januari 2015 di

    http://www.mialiana.com/2014/12/giveaway-ephyra-skin-bar-review-ephyra.html.

    Keputusan akan diumumkan pada 20 Januari 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum haneeza...semakin berseri n gud luck...;)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...
    All the best adik...akak datang dari GA yang sama

    ReplyDelete
  5. WAHHHHHHHHH !!!

    makin cantik lah lepas nie,😆😆😆

    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/01/official-facebook-httpswww.html

    ReplyDelete
  6. shark pun ada cuba ephyra skin bar nie.
    sbb utama nak cuba ialah penggunaan dia agak ringkas,
    x payah tunggu lama nk tgk result :)
    mmg puas hati.

    ReplyDelete
  7. Salam... Tahniah ya....

    http://www.mialiana.com/2015/01/pengumuman-pemenang-giveaway-ephyra.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  8. tahniah.... smeakin berseri kulit...cantik...

    ReplyDelete
  9. tahniah dik dpt.tempat pertama ;)
    semoga tercspai impian tu.. aamiin

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.