Monday, 14 October 2013

Panggilan Umrah Rindu Mekah

*Assalammualaikum*
#the latest picture from Makkah that I see at Astro Al-Hijrah
Rindu pada kota suci Islam, Mekah dan Madinah sukar untuk diungkapkan dalam hati. Hanya orang yang pernah pergi tahu bagaimana perasaan ini. Berkesempatan mengerjakan umrah untuk kali pertama adalah nikmat yang terindah dan rasa bersyukur sangat. Namun, hati ini sayu tatkala merindui kenangan di sana. Setiap kali melihat siaran langsung dari Mekah di Astro Al-Hijrah, hati ini menangis. Rindu teramat. Setiap kali mendengar azan, pasti merindui azan di sana. Merindui untuk sembahyang berjemaah di sana. Rindu untuk melakukan solat Jumaat di Masjid Nabawi. Tak tahu mengapa ada satu perasaan yang dalam merasai kelainan bila bersembahyang berjemaah di sana. Mengapa ya? Mungkin kerana di sana, seluruh umat Islam di dunia berkumpul dan bersatu untuk bersama-sama mengerjakan ibadah kepadaNya dan sudah tentu di Malaysia memang tidak dapat melakukan solat Jumaat.

Di sana, perasaan itu tenang. Setenang-tenangnya. Hanya fokus mengerjakan ibadah tanpa memikirkan hal dunia. Alangkah baiknya sekiranya hari-hari kita boleh buat macam itu. Rasa sukar dipercayai tatkala melangkah kaki ke sana untuk kali pertama. Aku ialah insan terpilih olehNya yang berkesempatan untuk mengerjakan umrah, berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suciNya? Sukar dipercayai namun hati ini rasa bersyukur sangat, memanjat penuh kesyukuran kepadaNya walaupun aku sedar bahawa diriku ini bukanlah hamba yang baik namun dia masih sayang akan aku dan memberikan aku peluang ke sana. Alhamdulillah dan terima kasih ya Allah kerana kau benarkan aku berada di sana walaupun hanya seketika, 11 hari sahaja.



#this 3 picture adalah keadaan di Kaabah masa kami pergi, masih dalam kerja pembinaan, 31 Mei 2013-10 Jun 2013
#my mom, kak ida, abang redza at the front, this time last picture on the way to perform tawaf wada', tawaf selamat tinggal sebelum bergerak ke Madinah. Sangat sedih in this time. :'(
#This is the first picture yang Neeza tangkap bila first kaki melangkah ke Masjidil Haram, tak silap namanya Menara Abraj Al-Bait. That time waktu Subuh, sejurus sampai hotel, sejam kemudian terus pergi ke Masjidil Haram untuk solat Subuh dan mengerjakan umrah kali pertama, Gambar tak berapa clear sebab handphone tak canggih.
Kak Ida, my sister in law with my mom in Masjid Tana'im. Solat sunat sebelum Subuh dan niat umrah di sana.
Tanaim is the nearest place to niat umrah.

#Kak Ida and Abang Redza, this time masa kami di Jabal Ramah, Padang Arafah. First time datang, kami gigih panjat daki naik di atas sana. Ustaz kata tempat mustajab untuk memohon doa.Mak tak boleh naik sebab kaki tak kuat. Sambil menyelam minum air, Neeza doa sekali untuk jodoh, hihi :-p
#on the way to go to Madinah, inilah jalan dekat negeri Arab

#ladang unta pemandangan dari dalam bas
#Masjid Nabawi. Cuaca dekat sini lebih dingin dari Makkah. Masa Neeza pergi, suhu siang Makkah hampir 50 darjah Celcius, dan suhu malam hampir 40 darjah Celcius. Madinah rasanya masa itu just around 30 something, not more than 40 degree. 
#masa nak masuk pintu menuju Raudhah. Ramai sangat-sangat.
#malas nak upload banyak-banyak, here we are, our journey ;)
p/s: Maaf tak dapat nak masuk banyak gambar, termasuk gambar empunya diri. Hihi, banyak gambar ada dalam handphone abang Redza . Tak sempat nak bluetooth semua dan Neeza pun tak banyak ambil gambar dengan handphone sendiri ketika di sana. Perbanyakkan ibadah adalah lebih baik. Kenangan simpan di dalam hati. :')

Aku merindui segala-galanya di sana terutama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Rindu untuk melihat Ka'abah, rindu untuk mengerjakan tawaf, rindu akan saie antara bukit Safa dan Marwah, rindu untuk minum air zamzam yang sejuk dan hanya boleh didapati hanya di sana, rindu untuk membaca Al-Quran di kedua-dua masjid ini, rindu melakukan solat sunat di Masjid Quba, dan pendek kata semuanya. Aku sungguh rindu,rindu,rindu dan rindu. Dan kini, setiap kali aku solat,pasti aku akan sujud dan berdoa kepadaNya agar aku di beri kesempatan lagi untuk ke sana. InsyaAllah Amin~ Dan aku berdoa juga untuk teman sekalian agar kalian juga dapat melangkahkan kaki ke sana. Merasai perasaan terindah di kota suci Allah. Amin, :')

Hadiah kenangan berada di sana. Design Al-Quran ini sama dengan Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Inilah pengubat rindu. Setiap kali rindu mesti baca Al-Quran ini. :')

p/s: Harap maaf dengan penggunaan kata "aku". Bukan bermaksud kurang ajar ye. Entri ini seolah menggambarkan kata-kata untuk diri sendiri. TQ. :-)


Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

6 comments:

  1. syoknya dapat ke tanah Haram :)
    allahu yubariklaki.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah.. mesti rindu kan? Shawal pun pegi jugak tahun lepas bulan Februari, 2 minggu.. skrg bila tgk kat Tv gambar mekah, masjidil haram masjid annabawi mesti rasa nak menangis sebab tahap rindu yang sangat tinggi.. dan shawal pun dapat rasa, rindu shawal terhadap tempat itu adalah satu RINDU yang amat berbeza dibandingkan dengan rindu terhadap perkara lain.. Ya Allah.. Shawal berharap sangat kita diberi peluang sekali lagi untuk menunaikan ibadah ini.. Aameen.. :')

    ReplyDelete
  3. @Mohd Noor Shawal Bin Mohamad samalah, nak nangis.. huhuhu~ betul itu, kerinduan itu sangat berbeza, rindu untuk bertemu sang Pencipta di Tanah Suci, beribadat hanya untukNya, ya Allah, aku terlalu rindu untuk berada di sana.. :'(( , aminnn2 ya rabalaminn :')

    ReplyDelete
  4. seronoknya. doakan akak juga ya dapat ke sana.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.