Saturday, 13 April 2013

Pilihan UPU Saya

*Assalammualaikum*

Hye semua.Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi Neeza masih lagi bernafas hari ini untuk update status di blog hari ini.Berdasarkan tajuk di atas,untuk student lepasan SPM 2012 macam Neeza mesti sekarang tengah busy dan pening untuk pilih course UPU kan?kan? Yang mana belum isi itu,cepat-cepatlah isi sebelum 15 April 2013 ye sebab 15 hari bulan itu dah tutup dah.


Neeza akui memang payah sangat nak buat keputusan.Guess what?? Sebab terlalu banyak course untuk dipilih kan?? Memang tak lari dari dilema sebab banyak faktor yang perlu diambil kira before you made up a decision.Example,keputusan result SPM,minat dan kecenderungan,kerjaya pilihan dan restu keluarga.

Bagi kawan-kawan yang belum isi itu,kalau you alls nak tahu sama ada kelayakan you alls ngam dengan course yang you alls pilih, Neeza sarankan pergi ke laman web ini. http://www.selangkah.uitm.edu.my/. Di samping itu,dalam laman web ini you alls boleh buat test minat kerjaya.But of course not 100% betul pun dengan diri. *haha,dah pernah uji untuk diri sendiri,ada yang tak kena dengan minat sendiri:-p*

Well,sebelum ambil result real SPM itu,bolehlah bagi alasan tak nak isi UPU ini kan like "tunggu lah result keluar baru isi" but now no more excuses for me to do it.From 21 March 2013 *tarikh result keluar* sampai lah sekarang masih pening lagi nak pilih apa.Close date semakin menghampiri.Beban yang ditanggung ini macam angkat simen 10 kg!!Tidur tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah *fikirkan UPU mengalahkan orang bercinta,haha*

Every single minute,pagi,petang,malam asyik dok terfikir apa yang Neeza nak pilih.Selagi tak isi,selagi itulah Neeza rasa tak tenang.But syukur alhamdullilah Neeza bertekad,Neeza nak isi juga UPU ini.Neeza tak nak termimpi-mimpi ini semua lagi.2 hari lalu,Neeza bertekad untuk isi dan send permohonan.Shuh..shuh selesai sudah,pergi jauh2x..haha*menghalau*

Isi-isi juga,tapi Neeza dah buat research dah course-course yang Neeza nak pilih itu dekat blog-blog kakak senior.Search je google itu course yang kita nak tahu,then keluarlah link-link blog.Minat-minat juga,tapi kita kena tahu apa kerjayanya nanti,apa yang kita akan belajar dekat sana,dekat campus mana untuk course yang kita dapat.Well,kita kena tahulah apa risk dan probability dengan pilihan kita itu.Bukan nak complex ke apa but at least,kita dah buat preparation from now,right??

Pilihan 1:Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan-UIAM
Pilihan 2:Asasi Sains Fizikal-UM
Pilihan 3:Asasi Undang-undang E0600-UiTM
Pilihan 4:Asasi Kemanusiaan-UIAM
Pilihan 5:Asasi Undang-undang E0601-UiTM
Pilihan 6:Asasi Sains Bersekutu-UIAM
Pilihan 7:Asasi Undang-undang-UIAM
Pilihan 8:Diploma Sistem Maklumat Perakaunan-UiTM

So,keputusan pun telah dibuat.For me,Neeza rasa macam Neeza kureng sikit dengan subjek sains walaupun Neeza adalah pelajar dari aliran Sains Tulen.Haha,pelikkah??Rasa tak pelik kot sebab entahlah,minat tak ada sangat pada subjek sains ini walapun orang lain kata"eh,okey je result" Itu semua rezeki.Alhamdullillah.Kenapa mostly program asasi?Mesti ada yang kata"bajet pandai,result biasa je".Ingin Neeza tegaskan this is my interest.Minat bukan sebab nak kejar fast way.Bila tengok dan kaji semua course itu, Neeza terus jatuh cinta. #hope InsyaAllah i will not regret if i get one of them.


Neeza ada dapat feed back yang kebanyakan course yang Neeza pilih semuanya susah.Mesti ada yang kata "result tak seberapa ada hati nak pilih killer subject".Hmm~~terpulang pada rezeki,kalau ada,syukur alhamdullilah.Lagipun kalau dah itu minat dalam bidang itu,nak buat macam mana kan?Family pun okey je,tak menghalang.InsyaAllah,apapun yang Neeza bakal terima nanti, Neeza redha dengan ketentuan dariNya.Semoga segala dipermudahkan.Amin~~


By the way,cikgu kaunselor pernah berkata pada Neeza "dulu awak kata subjek science tulen susah,sampai berulangkali masuk bilik kaunseling,but now,result awak okey kan?" Maksud cikgu Neeza ialah,apa jua yang kita belajar nanti,kalau kita ada minat walapun sikit,dan berusaha,insyaAllah pasti kita boleh bawa subjek itu.Neeza rasa apa yang Neeza pilih semuanya Neeza perlu start from zero.

Okeylah guys itu sahaja yang Neeza nak kongsikan untuk kawan-kawan dan kalau ada senior2 yang boleh kongsikan pendapat dan nasihat tentang course yang you alls sedang ambil itu ada dalam pilhan Neeza, Neeza sangat berbesar hati dan mempersilakan.Kepada kawan-kawan yang nak isi itu,insyaAllah kalau itu minat kita dan kita yakin serta dapat restu dari keluarga,Allah akan buka jalan untuk kita.Sekian,salam sayang. :)


14 comments:

  1. betul2 sama dgn angah..first2 confius gak.last2 dh fikir masak2..akhirnya dapat gk buat pilihan :D

    ReplyDelete
  2. @Mohamad Khairil memang confuse+dilema kan??hihi..anyway semoga berjaya ye :)

    ReplyDelete
  3. Wt pilihn btul2...jgn salah pilih...yg pntg kte tau hala tuju kte

    ReplyDelete
  4. Salam. Pilihanlah yang paling susah nak buat. Huhu .. apa2 pun tahniah dan good luck :)

    ReplyDelete
  5. @Ridzwan Dean waalaikumsalam..thanks for the advice :)

    ReplyDelete
  6. gud luck sis! :D.. ohyeah yg pasal laman web tu, wani dah try memang mantapla.. sebab wani tak ambek spm pon dah keluar bnyak progam.. kihkihkih.. #tingtong

    ReplyDelete
  7. Get the opportunity, strive for future, strungle for success :)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.