Saturday, 7 December 2013

Yummy! Lava Snow Cheese Cake and Doyan Crepe!

*Assalammualaikum*

Hai sayang semua. Dah makan? Belum? Alolo. Kesiannya. Kalau belum, Neeza nak habaq mai ini. Siapa suka makan cake? crepe? Angkat tangan dan kaki! Yeah, just joking okey. Hihi, dah lama tak bergurau senda dengan you alls. :-)

Ayoyo, meleleh air liur  dan ku tergoda dengan ini kek. Eh! ada Daimlah :D
Actually kan, dah lama tahu Neeza mengidam. Huiih~ choooy!! Belum pregnant. Kahwin pun tidak. Well, teringin sebenarnya. Tengok dekat Facebook, banyak yang post pasal cheese cake ini, crepe, pavlova. Well, sekarang kan famous cheese cake meleleh sampai meleleh air liur Neeza. Usha punya usha dekat Facebook. Neeza jumpalah seorang baker ini. Nama diberi dan diterima Dyna. Neeza of course for sure panggil sis Dyna sebab kenalah hormat orang yang lebih dewasa dari kita kan. Hihi.

Sis Dyna ini homemade baker. Kebetulan dia duduk dekat Sungai Petani. Ayoyo! Memang tepat sangat kan sebab Neeza sekarang ini di UiTM Merbok dalam area Sungai Petani. Well, faham-fahamlah, Merbok nak ke Bandar Amanjaya kira jauhlah juga. Neeza pun bukan selalu keluar dari kawasan universiti. Baru budak part 1, tak tahu sangat kawasan sini. Huhu so, memang terbaiklah sis Dyna hantar sampai ke kawasan UiTM. Ngee~ Dan paling best, dia juga buat penghantaran di area lain dalam Sungai Petani you alls. Kalau you alls sendiri yang nak pergi ambil sendiri dekat rumah Sis Dyna pun boleh. :-)

Doyan Crepe
Lavo Snow Vanilla Oreo Cheese Cake. 
Harga pun sangatlah berpatutan dengan saiznya dan teramatlah sedap! Serius tak tipu. Neeza pun first time order dari sis Dyna. Memang sedaplah! Berbaloi-baloi. Tak rugi you alls beli. Packaging cantik. Sudu pun disediakan untuk you alls makan kek.  Kek dan crepe pun besar. Sampai rasa tak sanggup nak makan sebab cantik sangat!! Well, tengoklah orangnya. Lawa gitu!!! Last-last makan juga dengan kawan-kawan. Sampai clean and clear. Ngeee. :-p

Kawan-kawan Neeza pun order sekali. Ngeeee~
My order! Yeayyy! *Happy Mood*
Lawa kan keknya? Ada oreo sebijik ituuuuu.. ^_^
Aww-awww meleleh cheese. Sedap sangaaaaaat!!
Neeza tempah dengan sis Dyna, 3 vanila oreo cheese cake, 2 chocolate cheese cake dan 1 doyan crepe. Well, member-member aras blok dan WeChat tempah sekali. Untuk Neeza punya 1 vanila oreo chocolate dan doyan crepe. Mereka pun kata memang sedaplah! Terbaik! Berbaloi. Cheese pun banyak. Rasa kek pun tak muak. Doyan crepe pun sedap dan besar. ( I adalah share my crepe dengan mereka). Memang boleh tempah lagi kalau macam ini. Ngeee~ Ini kata mereka okey. Tak tipu okey! Siap save nombor Sis Dyna dalam handphone masa makan itu. Ngeee. :-)

Mesti readers pun teringin juga kan. Yang mana duduk Sungai Petani, eloklah tempah dengan sis Dyna kalau teringin nak makan. Tak silap, dia beroperasi di dua tempat iaitu di Sungai Petani dan juga Pekan Pahang. Hah! Orang Pahang pun boleh order dengan sis Dyna. Neeza tengok dekat fanpage dia pun, sis Dyna ada juga buat Pecan Butterscoth Cake, Popia Sira, puff, pavlova dan macam-macam lagi. Hisssh, jealous!! jealous!! jealous dengan sis Dyna. Orangnya cantik pandai pula itu buat kek dan pastri. Kek pun cantik dan sedap. Hikhik. :-)

Macam besar jer~ macam gebu jer~
Kemas betul crepe ini. Good job sis!
Gigit jangan tak gigit. Gigit sikit demi sedikit. Sedap!
Penuh betul isi durian itu. Yummy! Mmuah!
Tak muak dengan isi. Teramatlah sedap. Rugi tak cuba!
Alhamdulillah, kenyang perut Neeza hari ini untuk dinner. Ngeee~ akhirnya tercapai juga impianku nak makan cheese cake dan crepe. Haish, senangnya hatiku. *ala-ala lagu P-Ramlee* Lepas ini terasa pula nak order red velvet pavlova. Ngeee~ so, yang mana teringin itu? Tunggu apa lagi. Jom order dengan sis Dyna. Nanti you alls juga yang sampai termimpi-mimpi nak makan. :-p

Crepe Dessert Of Asia In The House Sg Petani kedah Pekan Pahang


Salam penuh kasih sayang.
-Haneeza Mohmad-

Wednesday, 23 October 2013

Keputusan Nekad dan Salam Terakhir

* Assalammualaikum*

#last gambarku bersama roomate, me? at the middle lorh :-p
Hye readers. Such a long time I think I am not update my blog. Yeah~ rindu weyh. Namun apakah daya, masa sangat mencemburui. Lebih-lebih minggu ini. Yeah~ this week is study week for matric student, this Friday dah start our big exam, PSPM, then hari Isnin sampai hari Rabu ada pula MUET exam (speaking). Memang busy you alls. ;)

Yeah, termasuklah Neeza, busy pada awalnya. Namun tak lagi sebab now Neeza sedang tunggu masa nak keluar. Keluar? Kenapa? Pergi mana? Amboi, banyak pula soalannya. Sabar, relax~relax dulu. Relax bersama kit kat ;) -Zizan Razak- Huhu.. okey, now let me explain everything, one by one okey my dear readers. :-)

This is a hardest result that I have to make. For my future. Yeah~ hari Isnin hari itu adalah hari yang paling nervous untuk Neeza. Dahlah pagi itu MUET, susah gila punya soalan. Huh, then petang itu pula keluar keputusan kemasukan kali kedua untuk program Diploma/Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penantian selama berbulan-bulan. 3 bulan weyh! Ingat kejap. Hari-hari duduk usyha portal itu dah sampai jadi habit kena buka setiap hari. Memang PARAH! But syukur alhamdulillah, I get the second chance, yeah, I got it!!! Thanks Allah. :'(


Terus terang Neeza memang apply senyap-senyap, without anyone knows except my best friend. Bukan Neeza tak bersyukur dapat masuk matrik. Maklumlah semua berfikiran, masuk matrik ini bukan calang-calang, budak pandai. Namun, Neeza sedar di mana tahap kemampuan Neeza. Neeza tak minat Sains. I am cannot carry on. Seriously,tanggapan Neeza memang salah dulu dalam entri BACA INI !!. Neeza ingat masuk Matrik, even kita tak minat, kita boleh bawa macam masa form 4 dulu (kena paksa ambil sebab budak-budak kelas atas memang kena ambil Sains Tulen). Ya adik-adikku, sila pelajari dari kesilapan akak ini yer. Matrik dan Form 4 sangat berbeza. Percayalah~

Habis itu kenapa masuk juga Matrik? Dulu bukan dah dapat juga ke UPU, Asasi Undang-undang UiTM dekat Kuantan then tolak? Tak ke sayang, tak ke rasa bodoh dan rugi okey lagi beberapa bulan nak habis Matrik? Hmm, Neeza masa itu buat keputusan atas beberapa faktor. Tak perlulah nak jelaskan kenapa sebab kalau cerita 3 hari 3 malam confirm tak habis. Neeza ada terangkan di Facebook. Semua statement ini dah cukup menjelaskan tentang semuanya yer.


Jadi, sebelum kaki ini melangkah keluar dari KMJ dan secara rasmi bukan student KMJ esok, kepada kawan-kawan, jangan lupa dekat Neeza yer~ :'(


And say hello to the new world, kot hitam putih, wait for me there! 16 November~ Big day! ;-)


p/s: Sedih nak update entri ini. Walaupun gembira sebab dapat course impian Neeza selama ini dan Neeza dah buat keputusan namun Neeza sedih juga tahu tak. Even hampir 5 bulan berada di sini, namun banyak kenangan terpahat di sini. Waaaaa!!! Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berpisah dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka esok. :'(

#MT16

#Roomates F 2.7

Salam sayang semua ! :')
-Haneeza Mohamad-

Monday, 14 October 2013

Panggilan Umrah Rindu Mekah

*Assalammualaikum*
#the latest picture from Makkah that I see at Astro Al-Hijrah
Rindu pada kota suci Islam, Mekah dan Madinah sukar untuk diungkapkan dalam hati. Hanya orang yang pernah pergi tahu bagaimana perasaan ini. Berkesempatan mengerjakan umrah untuk kali pertama adalah nikmat yang terindah dan rasa bersyukur sangat. Namun, hati ini sayu tatkala merindui kenangan di sana. Setiap kali melihat siaran langsung dari Mekah di Astro Al-Hijrah, hati ini menangis. Rindu teramat. Setiap kali mendengar azan, pasti merindui azan di sana. Merindui untuk sembahyang berjemaah di sana. Rindu untuk melakukan solat Jumaat di Masjid Nabawi. Tak tahu mengapa ada satu perasaan yang dalam merasai kelainan bila bersembahyang berjemaah di sana. Mengapa ya? Mungkin kerana di sana, seluruh umat Islam di dunia berkumpul dan bersatu untuk bersama-sama mengerjakan ibadah kepadaNya dan sudah tentu di Malaysia memang tidak dapat melakukan solat Jumaat.

Di sana, perasaan itu tenang. Setenang-tenangnya. Hanya fokus mengerjakan ibadah tanpa memikirkan hal dunia. Alangkah baiknya sekiranya hari-hari kita boleh buat macam itu. Rasa sukar dipercayai tatkala melangkah kaki ke sana untuk kali pertama. Aku ialah insan terpilih olehNya yang berkesempatan untuk mengerjakan umrah, berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suciNya? Sukar dipercayai namun hati ini rasa bersyukur sangat, memanjat penuh kesyukuran kepadaNya walaupun aku sedar bahawa diriku ini bukanlah hamba yang baik namun dia masih sayang akan aku dan memberikan aku peluang ke sana. Alhamdulillah dan terima kasih ya Allah kerana kau benarkan aku berada di sana walaupun hanya seketika, 11 hari sahaja.



#this 3 picture adalah keadaan di Kaabah masa kami pergi, masih dalam kerja pembinaan, 31 Mei 2013-10 Jun 2013
#my mom, kak ida, abang redza at the front, this time last picture on the way to perform tawaf wada', tawaf selamat tinggal sebelum bergerak ke Madinah. Sangat sedih in this time. :'(
#This is the first picture yang Neeza tangkap bila first kaki melangkah ke Masjidil Haram, tak silap namanya Menara Abraj Al-Bait. That time waktu Subuh, sejurus sampai hotel, sejam kemudian terus pergi ke Masjidil Haram untuk solat Subuh dan mengerjakan umrah kali pertama, Gambar tak berapa clear sebab handphone tak canggih.
Kak Ida, my sister in law with my mom in Masjid Tana'im. Solat sunat sebelum Subuh dan niat umrah di sana.
Tanaim is the nearest place to niat umrah.

#Kak Ida and Abang Redza, this time masa kami di Jabal Ramah, Padang Arafah. First time datang, kami gigih panjat daki naik di atas sana. Ustaz kata tempat mustajab untuk memohon doa.Mak tak boleh naik sebab kaki tak kuat. Sambil menyelam minum air, Neeza doa sekali untuk jodoh, hihi :-p
#on the way to go to Madinah, inilah jalan dekat negeri Arab

#ladang unta pemandangan dari dalam bas
#Masjid Nabawi. Cuaca dekat sini lebih dingin dari Makkah. Masa Neeza pergi, suhu siang Makkah hampir 50 darjah Celcius, dan suhu malam hampir 40 darjah Celcius. Madinah rasanya masa itu just around 30 something, not more than 40 degree. 
#masa nak masuk pintu menuju Raudhah. Ramai sangat-sangat.
#malas nak upload banyak-banyak, here we are, our journey ;)
p/s: Maaf tak dapat nak masuk banyak gambar, termasuk gambar empunya diri. Hihi, banyak gambar ada dalam handphone abang Redza . Tak sempat nak bluetooth semua dan Neeza pun tak banyak ambil gambar dengan handphone sendiri ketika di sana. Perbanyakkan ibadah adalah lebih baik. Kenangan simpan di dalam hati. :')

Aku merindui segala-galanya di sana terutama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Rindu untuk melihat Ka'abah, rindu untuk mengerjakan tawaf, rindu akan saie antara bukit Safa dan Marwah, rindu untuk minum air zamzam yang sejuk dan hanya boleh didapati hanya di sana, rindu untuk membaca Al-Quran di kedua-dua masjid ini, rindu melakukan solat sunat di Masjid Quba, dan pendek kata semuanya. Aku sungguh rindu,rindu,rindu dan rindu. Dan kini, setiap kali aku solat,pasti aku akan sujud dan berdoa kepadaNya agar aku di beri kesempatan lagi untuk ke sana. InsyaAllah Amin~ Dan aku berdoa juga untuk teman sekalian agar kalian juga dapat melangkahkan kaki ke sana. Merasai perasaan terindah di kota suci Allah. Amin, :')

Hadiah kenangan berada di sana. Design Al-Quran ini sama dengan Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Inilah pengubat rindu. Setiap kali rindu mesti baca Al-Quran ini. :')

p/s: Harap maaf dengan penggunaan kata "aku". Bukan bermaksud kurang ajar ye. Entri ini seolah menggambarkan kata-kata untuk diri sendiri. TQ. :-)


Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

Sunday, 6 October 2013

Review-Bedak Miyami 2 Way Cake Foundation

*Assalammualaikum*

Hye you alls semua. Dah lama rasanya tak review barangan dalam blog ini. Last entri is about Tudung Aidijuma. Yeah~ today ada mood tiba-tiba nak review tentang produk kecantikan iaitu bedak asas / foundation. Kawan-kawan adalah tanya, " Eh, Neeza bedak apa yang kau pakai bedak apa? Smooth jer~ Tahan lama, dari kelas pagi pukul 8 sampai pukul 1 petang, maintain. Simply Siti?" Hahaha, Neeza mampu gelak sahaja. Simply Siti? Yang, ingat Neeza ini kaya raya sangat ke. Kalau dah kerja, bolehlah pakai Simply Siti ke, Mac ke. Kan?

Then, bedak asas jenama apa yang Neeza guna? Oh sebelum terlupa, nak bagitahulah, Neeza ini bukan jenis yang suka mekap tebal-tebal sepuluh inci. Neeza kalau pergi mana-mana just bedak asas sahaja. Tak ada makna nak blusher, eyeshadow bagai. Touch up bedak asas pun sikit-sikit sebab dulu pernahlah kena tegur, "Dahlah kau putih, pakai tebal dah macam opera cina." Plus, tak naklah kena label sebagai "tepung gomak" dalam kuliah. Oh, tidak!! Mimpi ngeri I you~~


Haish, dah terpesong-pesong pula Neeza bebel dari tadi. Haha, berbalik kepada soalan, jenama bedak asas yang Neeza guna ialah produk Miyami 2 Way Cake Foundation. Bedak ini best sangat. Bedak ini bukan sekadar bedak asas malahan sebagai foundation. Kalau dalam keadaan kering, jadi bedak asaslah. Kalau basahkan span, transform as foundation, hah, magic kan? Tapi kalau memanjang pakai as foundation alamatnya cepat habislah kan. Neeza guna as bedak asas je. Jimat! Dulu you alls, Neeza masa zaman sekolah pakai bedak ini, boleh tahan sampai 4 hingga 6 bulan, well i kan budak baik, jarang keluar rumah, tapi sekarang siang malam, pagi petang ada kuliah,then ada kelas malam memanjang, memang hampir 2 bulan sahajalah dia bertahan.Hihi.

Macam mana Neeza boleh terpikat dengan bedak asas Miyami ini. Well, masa zaman form 4 dulu, zaman awal remaja yang still mencari-cari identiti diri, mencari barang keperluan yang sesuai dengan jiwa. Bermacamlah produk yang di try tapi semuanya hampeh. Pernah Neeza pakai satu jenama itu, muka Neeza berubah macam monster. Banyak jerawat timbul. Dahlah masa itu muka Neeza gelap sebab kawad. Huh, turun saham! Faham-fahamlah dah nama pun student, pakai jenama yang murah-murahlah. Tengok kawan pakai okey jer, Neeza trylah. Hah, amek kau! Muka dahlah sensitif. Menangis 2 minggu woo, sampai kena treatment. Sedih.

Kebetulan, ada kawan Neeza, siapa lagi, Dylalah, syorkan Neeza try pakai Miyami. Hehe, trial guna dia punya. Tempek sikit. Best! Bedak dia kekal lamalah. Kena reti adjust kalau nak rata. Okey jer, Neeza guna. Lepas itu menabunglah Neeza untuk beli. Kejap jer menabungnya sebab masa itu nak dekat raya. Cukup jer duit, terus beli dekat Cosway. Mahal woo masa itu RM28. Dasar cekik darah. Tapi pada Neeza biarlah mahal asalkan produk itu sesuai dengan kita, kan? Sejak itu jadilah pengguna setia Miyami dan masa form 4 dan form 5, beli bedak Miyami dengan jiran merangkap mak cik van. Dia dan anak dia *kawan Neeza* pun pakai Miyami.

Beli dengan mak cik van murahlah sikit,cuma RM22. Well, selalu kan Cosway, promotion buy 3, each bedak, price RM22. Kiranya tumpang sekakilah. Hihi. Lepas itu, sejak dapat kak ipar, tengok barangan make up dia. Hihi, intai-intai. Tak sangkalah pula, dia pun pengguna bedak asas Miyami. Satu family dia guna. Sejak itulah, Neeza kirim suruh dia belikan. Dengan kak ipar best! Selalu dapat free. Hihi. Tapi tak kanlah nak suruh dia belikan selalu. Boleh bankrupsi. Sekarang Neeza rasa better beli sendiri. Well, ada duit elaun katakan. Hoho.

Bedak asas Miyami ini best sangat. Neeza dengar ramai artis guna make up ini. Buktinya Neeza lihat sendiri dulu,dalam sebuah cerita dekat TV3, tak ingat cerita apa, waktu petang pukul 7, cerita itu start. Adalah adegan, macam tak puas hati, nak sportcheck barang dalam handbag. Dia keluarkan semua barang dan terdetik hatiku berkata apabila ternampak sesuatu yang familiar "Eh, itu bukan macam produk Miyami ke?." Artis pun pakai tahu. Mak cik van Neeza pun ada kata, mak andam selalunya gunakan ini kalau nak pergi annual dinner sebab ada kawan dia itu mak andam. Kelas kan bedak Miyami ini.

Dan apabila kita sudah bertemu dengan satu produk yang sesuai dengan diri kita, absolutely dah tiada cari yang lain dah,setia pada yang itu saja. Eceh, ayat tak menahan. Seriously, bila Neeza pakai produk lain, serba tak kena. Nak juga Miyami! Nak juga! Nak juga! Lagipun produk ini bagus, ada pelindungan dari UVRay SPF15 , made in Japan lagi, and kebanyakan produk dari Cosway berkualiti dan mencapai standard. Jadi apa lagi kau nak untuk dapatkan muka yang flawless kalau Miyami memenuhi kriteria? *sambil jeling produk lain* So, jom ramai-ramai dapatkan produk ini di Cosway yang berdekatan anda. :-)


p/s: Bedak Asas Miyami 2 Way Cake foundation didatangkan dengan 3 jenis tone sama ada light, medium dan dark. But jarang dan susah nak dapat dark. Make sure it is original! TQ.

Salam Sayang.
-Haneeza Mohamad-

Saturday, 13 July 2013

Part 1: Persediaan Saya Mengerjakan Umrah

*Assalammualaikum*
Alhamdulillah,glad to Allah kerana bagi peluang kepada Neeza dan keluarga ke sini. Rindu yang sangat-sangat terutama kalau time berbuka puasa itu tengok siaran langsung dari Mekah di tv . Teringin sangat nak rasa berpuasa di sini..Hmm,insyaAllah kalau diberi kesempatan lagi. Amin. :')

Hai semua! Bersua kembali. Hmmm~~ you alls puasa tak ini?? Tak mahu ponteng-ponteng okey. Hihi.. seperti yang dijanjikan, atas permintaan ramai daripada sahabat handai, saudara mara dan sahabat blogger, hari ini Neeza nak ceritakan pengalaman Neeza mengerjakan umrah. Alhamdulillah, Allah telah memberi Neeza sekeluarga peluang untuk menjejakkan kaki ke Mekah Al-Mukaramah pada 31 hb Mei 2013 sehingga 10 Jun 2013 yang lalu. Bukan untuk menunjuk atau riak dan sebagainya okey, ini adalah sekadar perkongsian bersama. InsyaAllah satu hari anda ke sana,at least I give you some guidelines dengan pengalaman ini. Neeza dapat pahala juga sebab dengan guideline ini anda dapat mengerjakan ibadah umrah yang makbul. Amin.

Pertama sekali, Neeza mohon maaf kepada semua yang mengenali Neeza , ada yang Neeza tak beritahu tentang pemergian Neeza ke sana. Bila Neeza balik sini, yang ikuti perkembangan Neeza di Facebook, ramai yang IM kenapa tak bagitahu?? Nak kirim doa. Kalau terserempak, Neeza dapat feedback yang sama. Neeza mohon maaf sangat-sangat. Neeza pun serba salah dan ralat. Yelah,tak semua orang suka kita kan? Kalau  terlalu exposed, nanti ada cemburu dan yang doakan Neeza tak dapat pergi. Neeza takutlah macam itu terjadi.

Namun usahlah risau. Bila kita sampai sana, kita janganlah pentingkan diri berdoa untuk diri kita sahaja, kita juga perlu doakan untuk orang lain. Ustaz pun ada ajar semasa di sana berdoalah di hadapan Kaabah “ Ya Allah,aku mohon padamu semoga ahli keluarga,saudara mara,rakan,dan orang yang mengenaliku serta muslimin dan muslimat yang pernah atau tidak pernah menjejakkan ke Tanah Haram Makkah ini untuk menjalani amal ibadah,bagilah mereka peluang sebagai mana kau memberikan aku dan keluargaku peluang ini.Amin ya rabalamin.” Jadi Neeza berdoa pada Allah agar semua yang mengenali  Neeza atau yang tak mengenali Neeza sekalipun atas nama saudara sesama Islam agar diberi kesempatan dan peluang ke sana agar semua dapat merasai pengalaman itu.. Amin. Percayalah apabila sampai ke sana,tak tergambar bagaimana perasaan ini menjejakkan kaki dan berada di hadapan Kaaabah sendiri sehingga menitis air mata kegembiraan. Sangat tak terungkap!

Sebenarnya Neeza dan mak Neeza dijadualkan untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac. Namun mulai tahun ini, perempuan bawah umur 45 tahun, perlu membawa mahram lelaki bersama. Mak dah niat dah nak bawa Neeza sebab perancangan asal nak bawa Neeza bersama adik beradik lain mengerjakan Haji. Namun disebabkan jadual Neeza masuk ke kolej dan universiti seperti tiada ruang masa yang panjang. Mengerjakan haji bukanlah mudah dan perlukan masa yang lama. Nak timba ilmu. Ada orang memang dah tunggu lama dan dapat panggilan. Ada juga yang dapat di saat akhir. Bergantung pada rezeki masing-masing yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.  Jadi bagi penuhi impian mak untuk jejaki kaki ke Makkah dengan bawa Neeza sekalI,ialah dengan mengerjakan umrah.

Bila dapat tahu Kedutaan Arab Saudi telah mengetatkan syarat disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di kawasan Masjidil Haram,maka terpaksa kami tangguhkan perancangan mengerjakan umrah pada bulan 3. At first memang sedih habis. Kami perlu bawa salah seorang abang Neeza. Maka setelah berbincang abang Neeza yang nombor 2 dan kak ipar sukarela menawarkan diri untuk ke sana. Masa yang sesuai adalah pada bulan 6 cuti sekolah sesuai dengan pekerjaaan mereka sebagai guru.

Sebelum menjejakkan kaki ke sana,perancangan teliti perlulah dibuat. Antaranya menimba ilmu pengetahuan. Ini sangat penting. Mungkin ada yang pergi itu ambil sikap acuh tak acuh. Bagi mereka mengerjakan umrah ini taklah susah mana. Salah ye. Dalam mengerjakan ibadah bukan main-main ye.Antara persediaan Neeza dan keluarga, melihat video ceramah ustaz di youtube,baca pengalaman orang lain di blog-blog,selalu bertanyakan pengalaman pada ahli keluarga,rakan dan jiran yang dah ke sana, serta ceramah yang disediakan oleh pihak syarikat travel. Setiap hari Ahad, Neeza akan ikut mak ke masjid ikuti ceramah yang disediakan oleh Tabung Haji. Banyak ilmu yang selama ini Neeza tak tahu seriously.

Sebagai contoh,ustaz ada kata jemaah perempuan yang pergi umrah,ketika dalam ihram, asyik berselubung tak mandi-mandi. Padahal dibenarkan membersihkan diri cuma tak bolehlah pakai sabun,syampu,ubat gigi yang ada bauan wangi-wangian dan hendaklah jaga rambut dan bulu-bulu agar tidak gugur. Kalau  sentuh rambut dengan guna sikat,sentuhan boleh menyebabkan gugur. Itu yang boleh kena dam. So,tak bolehlah sikat rambut dan kena jaga aurat dengan bukan mahram. Contoh yang lain, sebelum niat ihram,kita kena mandi sunat ihram dan sembahyang ihram. Masa mandi,masa itu bolehlah guna sabun,syampu,ubat gigi,pencuci muka dan wangi-wangian. Allah suka hambaNya yang wangi terutama yang hendak jalani ibadah ini. Kalau dah niat ihram,itu yang tak boleh pakai apa sahaja yang berunsur wangi-wangian. So,konklusinya ilmu itu sangat penting. Peribahasa ada mengatakan “Hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.”

Persediaan lain pula,kalau boleh sebelum ke sana,hendaklah kita praktis sembahyang-sembahyang sunat yang kita tak pernah buat selama ini. Well, bila berada di Tanah Haram Makkah, tiada waktu haram di sana. Kalau di tanah halal, ada beberapa waktu haramkan? Selain dari mengaji Al-Quran,trylah buat sembahyang sunat seperti sembahyang sunat tasbih,sembahyang sunat Dhuha, sembahyang mayat dan sebagainya. Ingin Neeza beritahu, di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, setiap kali habis sembahyang fardhu akan ada sembahyang mayat ye. Besar tahu ganjarannnya. Siapa yang tak pernah sembahyang mayat,sila belajar ye!

Alhamdulillah,mak Neeza kebetulan ada join persatuan wanita di Muar. Persatuan wanita tersebut ada buat kumpulan agama. Mereka ada anjurkan buat sembahyang-sembahyang sunat, wirid khaujakan, belajar tajwid dan sebagainya dengan menjemput beberapa ustaz. Ustaz yang bertauliah ye. Antara favourite ustaz Neeza ialah Ustaz Ahmad Tunggal. Seriously bacaan dia best. Bila ada kumpulan macam ini, kita boleh praktis sedikit demi sedikit. Kalau nak buat sendiri dekat rumah, memang taklah sebab terlalu banyak dugaaan. Memang tak akan terbuat!!! By the way, bagi Jemaah yang akan pergi ke sana, eloklah khatam Al-Quran. Di sini bacalah sampai juzuk 25 ke. Sampai sana boleh khatamkan habis. Besar ganjaran itu.

Selain itu,rajin-rajinlah berinternet. Mengetahui informasi terkini yang berlaku di Makkah dan Madinah. Ada youtube,google, search sahaja. Sangat penting. Sebagai contoh sebelum Honey pergi umrah,  Neeza rajin buka mengenai berita terkini seperti sekarang hanya kawasan di Kaabah itu sahaja boleh tawaf sebab now Masjidil Haram dalam construction. Then,keadaan cuaca di sana. Then search persediaan barang yang perlu dibawa dalam laman sesawang seperti blog-blog. Di situ kita boleh siap sedia diri kita dengan segala kemungkinan. So,konklusinya search je dekat google,semuanya adooooo~~~

Jadi konklusinya dalam soal ibadah ini, bukan main-main ye. Persediaan yang mantap itu perlu ada terutama dari segi persediaan fizikal dan mental. Ibadah memang mudah tapi perlukan penjagaan yang sangat rapi. Sebelum ke sana,beberapa bulan itu,praktislah. Okeylah,dengan guidelines ini, hope jemaah yang akan ke sana dapat titikberatlah ye sebab rata-rata yang Neeza jumpa semasa ceramah dianjurkan syarikat travel, mereka cuma harapkan ceramah itu sahaja. Well, untuk orang yang berwang mungkin boleh pergi lagi tapi kalau mungkin ini kali pertama dan kali terakhir, biarlah umrah yang kita buat ini ibadah umrah yang sebaik-baiknya kita persembahkan kepada pencipta kita,Allah S.W.T.

Neeza minta maaf sekiranya ada yang terasa. Neeza bukanlah nak act as ustazah ke apa tapi Neeza menyampaikan apa yang ustaz selalu beritahu dekat Neeza. Sharing is caring. Okeylah sampai sini sahaja Neeza update. InsyaAllah, next entry Honey akan ceritakan pula pengalaman Neeza semasa berada di sana. Hari ini muqadimah dulu tentang persediaan. Lagipun masa sangat mencemburui ini. Neeza nak sambung revision ini. 

Ya Allah, tetapkanlah imanku, hatiku kepadaMu dan ketaatanku padaMu. Janganlah Engkau membolak balikkan hati ku setelah Engkau memberi petunjuk kepada diriku.


Salam sayang semua. J
-Haneeza Mohamad-

Saturday, 13 April 2013

Pilihan UPU Saya

*Assalammualaikum*

Hye semua.Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi Neeza masih lagi bernafas hari ini untuk update status di blog hari ini.Berdasarkan tajuk di atas,untuk student lepasan SPM 2012 macam Neeza mesti sekarang tengah busy dan pening untuk pilih course UPU kan?kan? Yang mana belum isi itu,cepat-cepatlah isi sebelum 15 April 2013 ye sebab 15 hari bulan itu dah tutup dah.


Neeza akui memang payah sangat nak buat keputusan.Guess what?? Sebab terlalu banyak course untuk dipilih kan?? Memang tak lari dari dilema sebab banyak faktor yang perlu diambil kira before you made up a decision.Example,keputusan result SPM,minat dan kecenderungan,kerjaya pilihan dan restu keluarga.

Bagi kawan-kawan yang belum isi itu,kalau you alls nak tahu sama ada kelayakan you alls ngam dengan course yang you alls pilih, Neeza sarankan pergi ke laman web ini. http://www.selangkah.uitm.edu.my/. Di samping itu,dalam laman web ini you alls boleh buat test minat kerjaya.But of course not 100% betul pun dengan diri. *haha,dah pernah uji untuk diri sendiri,ada yang tak kena dengan minat sendiri:-p*

Well,sebelum ambil result real SPM itu,bolehlah bagi alasan tak nak isi UPU ini kan like "tunggu lah result keluar baru isi" but now no more excuses for me to do it.From 21 March 2013 *tarikh result keluar* sampai lah sekarang masih pening lagi nak pilih apa.Close date semakin menghampiri.Beban yang ditanggung ini macam angkat simen 10 kg!!Tidur tak lena,makan tak kenyang,mandi tak basah *fikirkan UPU mengalahkan orang bercinta,haha*

Every single minute,pagi,petang,malam asyik dok terfikir apa yang Neeza nak pilih.Selagi tak isi,selagi itulah Neeza rasa tak tenang.But syukur alhamdullilah Neeza bertekad,Neeza nak isi juga UPU ini.Neeza tak nak termimpi-mimpi ini semua lagi.2 hari lalu,Neeza bertekad untuk isi dan send permohonan.Shuh..shuh selesai sudah,pergi jauh2x..haha*menghalau*

Isi-isi juga,tapi Neeza dah buat research dah course-course yang Neeza nak pilih itu dekat blog-blog kakak senior.Search je google itu course yang kita nak tahu,then keluarlah link-link blog.Minat-minat juga,tapi kita kena tahu apa kerjayanya nanti,apa yang kita akan belajar dekat sana,dekat campus mana untuk course yang kita dapat.Well,kita kena tahulah apa risk dan probability dengan pilihan kita itu.Bukan nak complex ke apa but at least,kita dah buat preparation from now,right??

Pilihan 1:Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan-UIAM
Pilihan 2:Asasi Sains Fizikal-UM
Pilihan 3:Asasi Undang-undang E0600-UiTM
Pilihan 4:Asasi Kemanusiaan-UIAM
Pilihan 5:Asasi Undang-undang E0601-UiTM
Pilihan 6:Asasi Sains Bersekutu-UIAM
Pilihan 7:Asasi Undang-undang-UIAM
Pilihan 8:Diploma Sistem Maklumat Perakaunan-UiTM

So,keputusan pun telah dibuat.For me,Neeza rasa macam Neeza kureng sikit dengan subjek sains walaupun Neeza adalah pelajar dari aliran Sains Tulen.Haha,pelikkah??Rasa tak pelik kot sebab entahlah,minat tak ada sangat pada subjek sains ini walapun orang lain kata"eh,okey je result" Itu semua rezeki.Alhamdullillah.Kenapa mostly program asasi?Mesti ada yang kata"bajet pandai,result biasa je".Ingin Neeza tegaskan this is my interest.Minat bukan sebab nak kejar fast way.Bila tengok dan kaji semua course itu, Neeza terus jatuh cinta. #hope InsyaAllah i will not regret if i get one of them.


Neeza ada dapat feed back yang kebanyakan course yang Neeza pilih semuanya susah.Mesti ada yang kata "result tak seberapa ada hati nak pilih killer subject".Hmm~~terpulang pada rezeki,kalau ada,syukur alhamdullilah.Lagipun kalau dah itu minat dalam bidang itu,nak buat macam mana kan?Family pun okey je,tak menghalang.InsyaAllah,apapun yang Neeza bakal terima nanti, Neeza redha dengan ketentuan dariNya.Semoga segala dipermudahkan.Amin~~


By the way,cikgu kaunselor pernah berkata pada Neeza "dulu awak kata subjek science tulen susah,sampai berulangkali masuk bilik kaunseling,but now,result awak okey kan?" Maksud cikgu Neeza ialah,apa jua yang kita belajar nanti,kalau kita ada minat walapun sikit,dan berusaha,insyaAllah pasti kita boleh bawa subjek itu.Neeza rasa apa yang Neeza pilih semuanya Neeza perlu start from zero.

Okeylah guys itu sahaja yang Neeza nak kongsikan untuk kawan-kawan dan kalau ada senior2 yang boleh kongsikan pendapat dan nasihat tentang course yang you alls sedang ambil itu ada dalam pilhan Neeza, Neeza sangat berbesar hati dan mempersilakan.Kepada kawan-kawan yang nak isi itu,insyaAllah kalau itu minat kita dan kita yakin serta dapat restu dari keluarga,Allah akan buka jalan untuk kita.Sekian,salam sayang. :)


Friday, 22 March 2013

My Result SPM

*Assalammualaikum*

*RENTETAN KISAH NEEZA PADA HARI KHAMIS,21 MAC 2013*

KEPUTUSAN SPM 2012 DIUMUMKAN

Hye you alls !! Huh..lega rasanya bila penantian menakutkan khususnya untuk student yang ambil SPM telah berakhir. Maklumlah hari ini kan adalah keputusan SPM 2012 diumumkan. Memang scary mary yooou...!!!


Neeza sampai tak boleh tidur lena malam tadi.Bangun pun awal sangat.So,Neeza gunakannya untuk buat solat Tahajud,Hajat dan Istikharah.Gerak hati Neeza pun dah nyatakan Neeza dapat berapa cuma mulut Neeza menidakkan.Yelah~cuma target tinggi sikit je.

Neeza sampai ke sekolah pun lambat,nearly to 10 o'clock.Kalau sampai awal sangat pun,majlis belum berlangsung.Neeza pergi seorang je.Lagipun Neeza dah biasakan diri ambil keputusan sendirian.Yelah better kalau result teruk,nangis seorang-seorang takpun dengan kawan-kawan.Hihi..adalah juga sedikit jealous tengok  ramai kawan yang ambil result dengan parents. XD

Majlis start pukul 11.Kawan-kawan semua dah dedar.Semua cakap " cepatlah bagi,aku dah gemuruh ini " atau pun "cepatlah bagi result itu,hati dah resah gelisah,jantung makin dup dap".Well,majlis kenalah ada ucapan and etc.Hormati majlis even hati dah tak sabar.Huahaha..Apapun tahniah untuk sekolah Neeza sebab semua subjek 100% lulus dan CGPA meningkat dari 3.8 ke 3.4.Hihi,nampaknya adik junior kena maintain dan tingkatkanlah keputusan ini.Huhu

Dalam pukul 11.30 habislah majlis dan ramai pelajar pun serbu ke kaunter-kaunter cikgu kelas masing-masing.Neeza masih relax sebab malas nak rebut-rebut.Hihi,then dah kurang sikit,baru Neeza pergi.Huaaaa~dapat slip je,Neeza tak terus tengok.

Bila Si Pika datang ke Neeza and bertukar slip baru Neeza tahu dapat berapa.Well~~kami sama-sama dapat 5A.Alhamdullilah.Walaupun Neeza sedikit terkilan tak capat target iaitu untuk mendapat 6A.Apa apa pun sykur ke hadrat Illahi sebab dah kurniakan keputusan yang baik untuk Neeza.Alhamdullilah.

Nak tahu result SPM Neeza?Sorry,Neeza tak dapat nak tangkap gambar sebab ada problem sikit.Wayar handphone dah hilang ke mana !! Ini result real punya. Nanti Neeza dah jumpa wayar itu,Neeza upload ok :)

A+ Bahasa Melayu 
A-  Bahasa Inggeris 
A   Mathematics 
A   Pendidikan Islam 
A+ Sejarah 
B   Additional Mathematics 
B   Chemistry 
B   Physics 
B+ Biology 

Alhamdullilah,Neeza tak ada C or D.Neeza pun tak sangka sebab Neeza target subjek science credit sahaja.Syukur alhamdullilah dapat B.Neeza dah cukup puas hati.Terima kasih Allah.Lepas dapat result Neeza dan Pika jumpa cikgu-cikgu.Biarpun tak dapat result straight A's namun Neeza mahu berkongsi kegembiraan bersama cikgu.Ada kawan Neeza ada yang cakap keputusan Neeza  ini " kan bagus B ni jadi A,boleh ke kau naik pentas " hmm~dah tak ada rezeki.Ini pun dah lebih cukup untuk Neeza sebab Neeza bukanlah kategori pelajar cemerlang sains tulen macam kawan-kawan lain.

Cikgu pertama Neeza yang Neeza jumpa ialah Cikgu Sarah.My beautiful History teacher.Bila jumpa je cikgu Sarah,cikgu terus tanya "Neeza,berapa?? " Then Neeza pun senyum and said "dapat A+ cikgu !!" Cikgu happy sangat. Bila tengok muka cikgu berseri-seri , rasa bahagia itu amat sangat sebab dapat membahagiakan cikgu. Alhamdullilah,sekolah Neeza dapat 28 orang A+ dalam sejarah.

Masa Neeza jumpa cikgu Sarah , Dyla dan Miera kebetulan ada. Mereka sempat usik Neeza " tak sia-sialah buat essay macam karangan BM" amboi!korunk ini kan?? :D Haha,then jumpalah cikgu subjek-subjek.lain dan cikgu kesayangan masa di tingkatan 4.Cuma Neeza ralat bila English teacher kata" i supposed you to get A" sedih !!! waaaaaaaaaaaaa~~

Then jumpa cikgu Jamilah,my BM teacher siap tanya "berapa kali ko dapat A dalam kelas cikgu?" erkkk ,Neeza cakap "rasanya sekali je kot..haha".Cikgu kata "tak apalah kedekut-kedekut saya dapat juga awak A+" hehe,cikgu nih..buat lawak pula,then jumpa cikgu Maspupah my lovely kesayangan,dia siap tengok result Neeza and siap bagi hadiah . Terima kasih cikgu sayang :)

Then jumpalah ramai cikgu-cikgu lain,yang ajar subjek2 lain,semua peluk dan ucapkan tahniah cuma sedihnya tak dapat jumpa cikgu Physics.Physics Neeza target lulus je.Yelah,trial cukup makan 40 markah.Apa pun nanti Neeza datang sekolah lagi *nak jumpa kaunselor* Neeza nak jumpa cikgu juga.

Neeza pun balik agak lambat tadi around 12.30.Haha~~jumpa ramai cikgu.Apa apa pun Neeza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu,dari tadika,sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah yang telah bersusah payah yang mengajar Neeza selama ini, Jasa cikgu Neeza tak dapat nak lupakan.Neeza ingin mohon maaf sekiranya Neeza ada salah dan silap selama ini. Dan inilah sahaja yang Neeza mampu persembahkan.Neeza dah cuba yang terbaik. Doakan Neeza berjaya di luar sana ya cikgu! Amin :')

Dan kepada semua kawan-kawan terutama adik-adik yang bakal nak ambil SPM,jangan main-main,terutama adik-adik form 4.Akak ada juga rasa terkilan,masa form 4 akak main-main.Bila form 5,dah tak sempat nak catch up.Baru dapat faham sikit dah exam SPM !! So,please take my lesson. Jangan adik-adik ulangi kesilapan akak nih.Dari form 4 adik dah kena struggle fahamkan betul-betul.Form 5,dah tak ada masalah untuk you alls nak catch up. Ingat ye!!

So,itulah sahaja perkongsian Neeza hari ini.Maaf sangat-sangat Neeza bukan nak menunjuk sebab keputusan Neeza pun biasa-biasa sahaja.Sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan juga berkongsi pengalaman dan kesilapan Neeza masa nak SPM dulu.Yang baik dijadikan teladan yang kurang baik dijadikan sepadan dan pengajaran. Sekalung tahniah buat semua kawan-kawan yang ambil SPM tahun 2012.Good luck untuk adik-adik yang bakal SPM nanti.All the best!  Salam sayang :)




P/S: 1 part dah habis dah..now another part..tunggu tawaran matrik and nak isi borang UPU dan guru.pening kepala oden nak pilih course apa..huhu~~


Tuesday, 19 February 2013

Alhamdullilah , akhirnya saya lulus !

*Assalammualaikum*


Hye you alls yang masih setia membaca entry Neeza . Mesti you rindukan Neeza *eh,ada ke nak berombak rindu dengan aku ini , amatlah terperasantannya!!  * Huahaha... apa pun Neeza pun rindukan you alls. Such a long time i am not updating to share my story with you alls . Asyik bersegmen bagai .. hahaha

Anyway , today memang Neeza nak share my happiness , 1 good news .. Kalau you alls yang setia jengah blog Neeza ini lepas keputusan segmen Neeza tak ada update apa-apa entri lagi kecuali hari ini lah . Kalau yang ada friends dengan Neeza di Facebook , mesti perasan Neeza tak ada online dalam senarai chat mahupun like , like , like status you alls . Di twitter,adalah sikit semalam online , but hari Ahad itu memang Neeza tak ada tweet apa-apa pun . Huhu ...

Siapa yang jadi followers Neeza di twitter mesti dah tahukan apa good news itu *bajet retis* .Haha, buat yang tak tahu lagi itu , mek che habaq mai nohhh ~ Syukur alhamdullilah  semalam Neeza akhirnya telah lulus ujian memandu JPJ !! Tapi bukanlah untuk first time ambil sebab itupun kali ini ulangan kali kedua ,ambil untuk dua-dua bahagian . Sob..sob..sedih !! So , jom ikuti catatan diari Neeza sepanjang tempoh nak JPJ ini ..



Seminggu sebelum test ..


Setiap kali nak tidur malam , confirm lah kan bila mata nak lelap , terbayang-bayang kejadian test yang fail first time itu .Then berfikir apahal lah aku gagal hari itu ? Sampai pukul 3 pagi tau Neeza tak dapat nak tidur sebab dibayangi kejadiah itu .Huhu,dasyhat punya debarannya .



Jumaat,15.2.2013


8 pagi-First latihan selepas nearly almost 3 weeks tak drive kereta kerna gagal test kali pertama itu . Takutlah juga kan sebab dah lama tak bawa kereta , lupa !! But okeylah , after few times practice , alhamdullilah dah okey , dah ingat semua step . Bawa kereta dekat jalan pun dah tak macam dulu . Tak ada rasa goyang-goyang . Smooth sahaja. Now Neeza ambil pendekatan , kalau selama ini , terutama di traffic light , Neeza mesti fikir " kesian orang belakang, karang aku lambat , lampu dah merah bersusun orang belakang ."  Sekarang apa nak jadi , jadilah , kalau aku lambat , lantaklah ! Janji aku lulus test .

Well , lambat bukan sebab apa pun .Lambat itu , kalau meter dah tunjuk 20 km /h confirm kena tekan clutch,masuk gear,lepaskan clutch, tekan minyak .Time pertukaran itu punca lambat. Alhamdullilah , Neeza berjaya selesaikan timing timenya itu dengan beberapa latihan . Today hujan .Pratikal dalam kedinginan kesejukan .Dah pandai guna wiper .Selama ini tak tahu dan takut nak gunakannya . Yeah~ experience .

Now di litar pula ,yang bahagian parking confirm Neeza paling takut bahagian bukit . Oh My, adalah juga Neeza gagal nak pastikan cermin sisi kanan dan tiang . Tang itu punca Neeza gagal . But after many many practice, alhamdulillah okey juga . Then masa belok . Mula-mula tak ingatlah juga, , boleh lupa step tengok tiang ketujuh . Nasib baiklah pak cik pengajar itu ingatkan .Well , such a long time tak drive kan . Tiga penjuru alhamdullilah okey sebab tak banyak step . So , practise make perfect !



Sabtu,16.2.2013


8 pagi-I don't know why i feel so calm today.Semua trial Neeza di litar terutama di atas bukit semuanya menjadi ! Perfect time pastikan cermin sisi dan tiang . Masa belok dan tiga penjuru okey . Bila hati tenang , semua percubaaan menjadi . Time on the road , Neeza dan pak cik pengajar merasakan kali ini Neeza bawa lebih smooth dan okey berbanding time latihan dulu-dulu .Sampaikan dia kata dekat Neeza "pak cik rasa kalau awak dah ada lesen sekarang ini , awak memang dah boleh bawa sebab dah okey sangat ini cuma ada sikit-sikit kena betulkan "

Dalam tenang-tenang itu pun Neeza ada tersilap juga tau ! Time di lampu isyarat bila dah jalan , meter dah tunjuk 20 km/h kena tukar gear tapi Neeza terbrek tangan ! Semuanya sebab fikiran melayang fikirkan masa test sudah hampir ! Pak cik pengajar kata "kenapa ini ? tukar gear boleh pula terbrek tangan ? Jauh macam Muar dan Kuala Lumpur tahu !! Fikiran tak boleh melayang time drive , bahaya " .Okey pak cik, i take my lessons . Hahaha .. =.="



Ahad,17.2.2013


3 petang- I act nak tenang macam semalam.Bohonglah kalau Neeza tak risau .Sebab test dah nak esok . Nervous itu lebih teruk bila dapat tahu nombor giliran . Neeza dapat Sesi 2, nombor 10. Kalau hari itu Sesi 2 , nombor 14 . Nak sesi 3 !!! Ada orang kata kalau sesi 3,selalunya on the road nak akhir-akhir dapat jalan senang dan singkat iaitu jalan B . Penilai dah penat . Katanya ~~~

Sedih gila masa itu .Time latihan atas bukit , 3 kali percubaan ada sekali itu gagal .Enjin boleh termati pula . Cermin sisi tak selaras dengan cantiknya bersama tiang .Bila nak turun , dah press minyak itu , kan kena tekan clutch perlahan lahan dan kalau minyak dah slow ,press lagi then baru angkat brek tangan .Tapi Neeza buat 3 in 1 ,akibatnya bunyi kereta itu macam semput-semput je . Bukit boleh turun ,kereta ke belakang ! Ini yang Neeza takutkan kalau nak JPJ .Grrr~~

Masa belok dan 3 penjuru tak ada problem  Tapi bila on the road , tak smooth macam semalam . Neeza rasa macam tak puas hati . Pak cik pengajar itu bagi lalu jalan A ,2 kali jalan B 3 kali .Kejap sangat !! Neeza nak buat lagi sampai Neeza rasa okey , tapi dia dah suruh balik .Sedih !

Malam itu , Neeza dah kena dengan my mom. She said " kalau kau kena ulang kali ketiga , kali ini bayar sendiri duit praktikal !! " Neeza dah gigil .So Neeza pun ada mesej lah dengan kawan-kawan Neeza iaitu Pika dan Dyla .Pika banyaklah bagi support dan semangat pada Neeza .Ajar Neeza macam mana cara nak kurangkan nervous dan bangkitkan keyakinan diri .Dyla pula pun banyak ajar teknik macam mana nak handle penilai , apa yang Neeza patut buat , ingatkan jangan buat kesalahan mandatori . Thanks so much to both of you !!



Isnin-18.2.2013


Masa yang dinantikan . Takutlah juga . Pagi-pagi dah siap semua ,mandi , solat , makan . Neeza hari ini rancang nak pakai baju kurung berwarna baby blue . Well~ Neeza lagi selesa pakai baju kurung . Lagipun baju kurung ini warna warni dan terang .So nampak ceria dan boleh cover kita seandainya kita tak ada mood tapi kena fake smile . Yang penting buat kawan-kawan yang nak JPJ itu , pastikan you alls selesa dengan pakaian you alls .Tak semestinya kena pakai baju kurung . T-shirt boleh juga . Janji selesa dan warna pakaian tak terlalu kelam atau terlalu terang . Biar  penilai nampak ,hatinya sejuk memandang kita . So, cool lah dia nanti ~~

Pak cik sampai dalam pukul 8.30 pagi .Bila datang sahaja ,lalu dekat dewan ,tengok dah ramai dah . Badan dah mula gigil .Hari itu Neeza tak nampak ramai geng sekolah Neeza . Just nampak Laura dan Aniq . Laura buat ulangan while Aniq , my classmate time sekolah agama dulu itu , same as Neeza .Tak tahulah ,maybe dia first time kot jpj.

Neeza tunggu punyalah lama untuk Bahagian 2 iaitu di litar .Tester itu dulukan ulangan , Sesi 1 , Sesi 3 dan Sesi 2. Maybe sebab sesi 3 tak ramai cuma 15 orang sahaja .Tak adalah macam time Neeza ambil yang first time itu ,pack woooo~~~ Dalam pukul 11 , barisan Neeza dah dipanggil . Dedar ,dedar . Time ini Neeza banyak selawat .

Nasib baik kali ini , kenderaan Neeza di belakang kenderaan orang yang bernombor 9 itu. So,ada masa untuk Neeza sesuaikan diri dengan kenderaan . Boleh pula Neeza lupa nak turun brek tangan . Pleik lah juga sebab bila jalan ,kereta tersengguk-sengguk . Tak turun brek tangan rupanya . Nasib baik masa itu masih di garisan kuning. Timing biasanya dikira selepas kenderaan melalui garisan putih .Garisan putih itu selepas garisan kuning . Huh~~nasib baik ingat brek tangan !

Alhamdullilah , Neeza naik itu okey .Even cermin sisi dan tiang ,tak berapa cantik posisinya . Angkat tangan .Then tester itu panggil nama Neeza dan suruh turun . Bila turun alhamdullilah kenderaan tak ada mengundur dan okey je menuruni bukit. Luckily sekali je cubaan di bukit . Masa belok pun okey . Tayar Neeza masuk dalam line kotak dengan secukupnya . Boleh pula Neeza lupa nak betulkan cermin sisi .Terpaksa bongkok nak tengok time step tiang ketujuh ! Hahaha ,dah macam apa.

Tiga penjuru pun alhamdullilah selamat buat .Bila time nak susur keluar boleh pula kaki menggigil .Takut clutch ternaik cepat. Nasib baik dapat mengawal perasaan masa itu .Yelah ~sayang tau dah berjaya susah payah buat bukit dan masa belok tapi tiga penjuru itu boleh gagal .Kena buat ulangan lagi . Huh~~ penat rasanya wooo..

Alhamdullilah Neeza pass juga Bahagian 2 . Tak sangka ! Bila dah pass terus pergi surau buat sujud syukur . Now dedaran pada Bahagian 3 .Neeza boleh agak kalau giliran Neeza ini lepas solat Zuhur . Lepas tester berehat . So pergi launch dekat kantin .Makan sorang-sorang sebab Laura dah balik sebab dia cuma ulangan Bahagian 3 . Huhu,sedih .. pesan nasi ,ayam goreng ,dan sayur serta teh o 'ais harganya dah RM5.50 ?? Mahal seyh !! Huuuuu...

Time nak solat Zuhur surau pack wooo~~kena campur sebab surau itu kecil sahaja .Muat 5-6 orang sahaja .Time nak guna itu ,tengok ramainya lelaki .Sekali nampak seorang JPJ itu , dia senyum and kata " tunggu sekejap ye " .Neeza pun senyum balik ,mengangguk dan kata okey .Haha ,berdrama kau eh Neeza . Well~~takut nanti Bahagian 3 dia yang nilai .First impression itu penting !! Huhu ,bila surau itu kosong dan pegawai JPJ itu paling last guna dan keluar , dia kata "dah boleh guna.. " sambil senyum .Neeza pun senyumlah balik dan cakap terima kasih .Haha,the best actress lah kau Neeza .

Lepas solat,tunggu punya tunggu sempat tengok drama Aliya .Depan dewan ada lah tv itu ,sound memang tak dengar sebab bunyi kereta-kereta sekolah memandu itu lebih kuat .Nasib baik ada sari kata .Huhu,time ini memang dedar gila .Cuak pun ada . Memang nervous tahap gaban !!

Sekali dalam pukul 3 ,sampailah giliran Neeza .Time sebelum kereta penilai balik , Neeza buatlah baik dengan pak cik penjaga giliran itu ,Neeza dapat jalan mana .Hati mana tak sedih ,dapat jalan A !! Jalan yang digeruni budak-budak ini .Jalan paling panjang dan lama .Makin lama ,takut makin banya buat kesalahan .Huhu,dahi ini memang dah dicop jalan A kah ? Hari itu fail pun jalan A.

Bila dah kereta penilai dah sampai , Neeza masuk dan beri salam dulu .Wajib tau !! Untuk wujudkan perspektif kita hormat dia .Yang paling Neeza nervous itu , Neeza dapat penilai yang gagalkan Neeza first time itu . Haha,sasau ..sasau .Syukur alhamdullilah penilai itu bagi Neeza sampai keluar dari sekolah memandu . Ada kes ,yang gagal dari dalam lagi .Lagi kesian ! By the way ,sebelum nak mulakan perjalanan ,baca basmallah dan selawat 3 kali . Amalkan okey.

Dalam time tengah drive sebelum ke lampu isyarat itu , penilai itu ada tanya Neeza ..

Him : Ini first time ke ulangan ?
Me  : Ulangan kali kedua.
Him : Siapa pengajar awak ?
Me  : Pak cik *****
Him : Hari itu gagal dengan tester siapa ?
Me  : Pak ciklah !  *i forgot! Supposed to call him tuan.*
Him : Iya ke ? Awak buat kesalahan apa hari itu ?
Me  : Garisan chambrond  *don't know the name,buat garisan yang macam bukit dan bergaris putih*
Him : Yup..yup...saya ingat !
Me  : Yang tudung merah itu pak cik ..
Him : A'ah betullah itu .So,pengajar kata apa?
Me  : Memang tak boleh langgar pun *fake smile*
Him : Ini ulangan eh .Kesian dekat awak.Okeylah tak apa, pak cik try tolong awak ,yang penting awak kena yakin.
Me  : Okey ,saya cuba yang terbaik. *Neeza dah start perlahan lahan yakin pada diri *

Penilai itu memang banyak membantu . Sometimes he act like pengajar . Banyak beri tunjuk ajar . "Nanti kalau dah bawa kereta dapat lesen , buat macam ini ..jangan buat macam itu ..." Sometimes bagi hint. "dah nampak sign board itu.." So kena faham-fahamlah ye.Kena bagi signal tengok cermin sisi ,tekan clutch ,brek perlahan-lahan ,tukar gear ,belok ,pusing stereng dan balas .Step-step itu kena ingat . But at the same time dia diam sahaja . Nak tengok apa tindak balas kita kalau dia tak hint .Alhamdullilah .. masa perjalanan itu ,enjin tak adalah mati dan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku . Lagipun hujan . Nasib baik masa latihan hari itu ada hujan. Kalau hujan lagi bagus , tak payah disuruh bawa lelaju. Haha..

Rasa bersyukur sangat !! Bila dah sampai ,Neeza pun ucapkan terima kasih tak terhingga dekat penilai itu .Uncle penjaga nombor itu bingung .Aik ?cepatnya Neeza sampai . Dia ingat tak lulus .Rupanya lulus .Huhu ..Budak selepas Neeza dah cuak , cepatnya balik .Huhu ,apa-apa jelah .Happy tak terkata . Terima kasih tuan !! Then time nak balik ,barulah Neeza call pak cik pengajar suruh ambil Neeza ,time ini Neeza baru bagitahu Neeza lulus . Huahaha ,Neeza sorokkan dari semua orang. Kui3x..

Dalam perjalanan balik ,pak cik pengajar banyak bagitahu tips-tips nak bawa kereta .Apa teknik yang Neeza belum kuasai terutama kalau tang belok itu .Haha ,then adalah juga Neeza cerita kisah time nak test itu . Pak cik pengajar pun kata " Maybe dari awal ,Neeza macam dah pesan minta tolong dari dia ,baguslah." Kita kalau nak ambil test ,jangan sesekali bersikap bodoh sombong dan tunjuk pandai dengan penilai .Dia yang tentukan you alls tau lulus ke tidak. Kalau dia ajak borak ,borak je. Sebenarnya nak kurangkan rasa gugup you alls.Bersikap ramah dengan penilai dan banyakkan senyum .

habis rabak kertas itu ,haha .. pape jelah janji LULUS !!
Bak kata si dyla " relax ah ,anggap yang kau bawa itu bukan pegawai jpj ,macam bawa crush kau.Biar kau bawa dia jangan bawa kau.. " so ,untuk ulangan kali kedua ini , i take it as postive way . So,kuranglah sikit debarannya itu .So untuk bakal-bakal calon yang bakal nak ambil test JPJ itu ,ambillah kisah Neeza sebagai pedoman .Yang baik itu jadikan tauladan ,yang tak baik itu dijadikan pengajaran . InsyaAllah , Neeza doakan you alls pun lulus juga . Amin ya rabalalamin ! Salam sayang semua  :D


p/s: Bila balik rumah,maklah orang paling happy sangat tau Neeza lulus.Kegembiraan bertambah dan berganda bila dapat tahu follower yang ke 1967 iaitu Lyssa Faizureen blogger otai yang hot & cantik itu ,sudi follow blog Neeza yang tak seberapa sangat ini .Thanks so much kak Lyssa :)


Tuesday, 12 February 2013

Selawat Tafrijiyyah

*Assalammualaikum*

Hye you alls.Hari ini Neeza cuma nak update entri simple sahaja.Neeza nak berkongsi kepada you alls tentang Selawat Tafrijiyyah ini.Neeza pun sebenarnya baru tahu pasal Selawat ini dalam sebuah kitab agama *kitab itu mengandungi jenis-jenis selawat sahaja* dan bila terpandang ayat Selawat ini,Neeza pun cepat-cepat search internet untuk tahu kelebihan Selawat ini.


FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH: 

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Dan barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Kata Imam Al-Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.Barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. 

SUMBER: Benteng Jiwa

MasyaAllah,banyak kan kelebihannya.Neeza pun dalam proses nak hafalnya.Jom sama-sama hafal ye.Salam sayang :DD.Eh!Eh!Sebelum terlupa,Neeza tinggalkan you alls dengan sebuah video Selawat Tafrijiyyah supaya memudahkan nak hafalnya nanti.^^



SEKADAR PERKONGSIAN BERSAMA


Saturday, 9 February 2013

Zalora Pilihan Terbaik Untuk Shopping Online


*Assalammualaikum*

Hye you alls.How's your day?Hopefully everything is alright okey.Today nak share pada you alls ini,1 good thing lah kan.Well,sharing is caring right?Siapa yang gemar shopping?Pernah shopping secara online di website or blog?Atau memang kaki shopping online?Haha :-p

So,guys,buat yang gemar bershopping itu terutamanya shopping secara online melalui website or blog,you alls jangan lepaskan peluang untuk shopping di satu website ini yang famous lagi glamour.Hah,di mana???Tentulah di Zalora.com.Takkanlah you alls tak pernah dengar kot.Hari-hari iklan dia keluar tv tau~~ :-D

link website Zalora Malaysia:http://www.zalora.com.my/

Kenapa Zalora menjadi pilihan Neeza kali ini untuk shopping online??

1. Neeza memilih Zalora sebagai pilihan kerana produk-produknya yang berkualiti dan cantik-cantik belaka.Produk yang dijual merangkumi semua sama ada untuk lelaki dan perempuan,macam-macam ada,sama ada untuk perhiasan diri,malahan barangan rumah juga ada.Boleh buat you alls rambang mata.

2. Keistimewaan pada Zalora juga ialah semua mampu milik produk-produk mereka.Zalora mempunyai produk-produk yang cantik dan berkualiti dengan hanya bawah  RM100.Yang teingin sangat memakai barangan yang branded atau special designer pula,you alls boleh dapatkannya dengan harga yang sangat berpatutan.

3.Selain itu,Zalora menjadi pilihan Neeza adalah disebabkan servis dan perkhidmatan dia yang sangat tip top dan memang terbaik!!Tak leceh bila berurusan dengan mereka.Urus niaga berjalan dengan sangat lancar dan efisien.Kalau ada masalah,mereka sedia untuk membantu.Tak percaya?

Well,hari itu,sedang Neeza nak beli 1 item ini,Neeza gunalah kupon yang dia bagi but suddenly tak boleh.Then,Neeza email lah kepada mereka kenapa jadi macam itu sedangkan Neeza belum gunakannya lagi.Mereka sahkan yang kupon itu masih bernilai lagi.Rupanya kupon itu tidak boleh digunakan untuk barangan yang dah diskaun.Hehe.:-p.

Untuk pengetahuan you alls,mereka balas email Neeza dengan cepat.Ini membuktikan bahawa mereka sangat efisien dalam urusniaga dan tak nak buat customer gusar.

By the way,jangan takut untuk email kepada mereka.Yang mana tak fasih sangat nak berspeaking English itu,you alls boleh email je dalam bahasa Melayu.(Neeza email mereka pun guna bahasa Melayu tau!Bahasa jiwa bangsa,oh yeah~~)

4.Mereka tidak mengenakan charge untuk delivery.Kalau you alls biasa shopping dekat website or blog lain,mesti mereka akan mengenakan bayaran lebih untuk penghantaran.

Dan you alls boleh pulangkan semula barangan tersebut secara percuma kalau ada kerosakan tanpa dikenakan bayaran dalam masa 30 hari.

Jadinya,kalau you alls shopping dekat Zalora,you alls boleh miliki barangan yang cantik,berkualiti dan ekslusif disamping you alls boleh save your budget tanpa dikenakan bayaran tambahan.

Tak payah susah-susah nak keluar ke shopping mall,jalan jam,penat nak turun naik mall,lebih parah lagi kalau ada perayaan contohnya sekarang ini Chinese New Year,kena bersesak-sesak.Pening kepala.Jadinya,kalau you alls shopping di Zalora,you alls taklah headache,boleh save budget then boleh miliki barangan yang you alls minati dengan satu klik sahaja!

Sememangnya pengalaman Neeza shopping di Zalora memang best.Neeza baru sahaja beli beg dari Zalora.Thanks to Zalora sebab bagi kupon percuma untuk Neeza berbelanja di Zalora.Merasai sendiri shopping di Zalora memang memberi kepuasan yang sangat MAKSIMA!

Yeayyyy!!!Dapat beg dari Zalora..Happynya..bolehlah guna masa masuk universiti nanti
*berangan,result spm belum keluar pun,hehe :-p*
So,Neeza gunakan kupon itu untuk beli beg.Mulanya ingat nak bawa beg itu pergi ke usrah agama,tapi mak kata better bawa beg itu ke kuliah kalau masuk universiti.Huhu,tak lama sahaja lagi :-P,huahaha sudah berangan menuju ke alam universiti pula dah haish.

So baru sahaja dapat tadi.Huhu,puas hati sangat-sangat.Beg yang Neeza dapat sangat berkualiti,jahitan sangat kemas dan penghantaran yang sangat pantas.Terima kasih kepada Zalora Malaysia kerana perkhidmatan dan servis yang disediakan sangat memuaskan dan terbaik!!Jadinya you alls janganlah lepaskan peluang dan tak perlulah nak ragu-ragu lagi untuk shopping di Zalora okey.Salam sayang! :)


THE STYLE LOFT.ZALORA KLIK SINI !! HAPPY SHOPPING. 

Sunday, 27 January 2013

Selawat Fatih dan Khaujakan

*Assalammualikum*
Hye semua!Mesti hari ini ramai khususnya kawan-kawan Neeza mesti pelik,selalunya kalau cuti-cuti macam ini,muka Neeza mesti dalam senarai online,tapi hari ini tak ada??Pelik..pelik..mana Neeza pergi ini?SMS pun tak reply.Haha.

Sebenarnya kalau korunk nak tahu,pagi tadi Neeza ikut mak Neeza pergi ke Majlis Khatam Selawat Fatih dan Khaujakan di Masjid Jamek Nurul Huda di Bagan,Batu Pahat.We all ikut rombongan bas Kumpulan An-Nisa,geng mak bila pergi mengaji dan usrah.Majlis ini diadakan sempena peringkat Negeri Johor.Huhu.

Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Negeri Johor.Korunk tak pernah tahu pasal khaujakan?Okey,Neeza malas nak cerita panjang-panjang,korunk direct ke link ini,http://www.khaujakan.org/ untuk mengetahui lebih lanjut.Yang penting badan ini mendapat pengiktirafan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor dan didaftarkan bawah Undang-undang Pertubuhan Negeri Johor No Pendaftaran 473. Dan paling penting pertubuhan ini tidak melibatkan sebarang parti politik.

Actually Neeza dah lama tahu dah pasal Khaujakan sebab sejak dari kecil,Neeza selalu ikut arwah atok Neeza ke surau mendengar usrah.Kebanyakan kitab-kitab arwah atok yang dia ada,semuanya ditulis oleh imam-imam dan ulama Khaujakan.Selalunya ustazah di surau yang berikan pada dia.Kebanyakan kitab-kitab itu ditranslate bahasa Melayu agar kita lebih mudah  mengetahui apa yang kita lakukan dan baca.Sebab kebanyakan ayat adalah daripada Bahasa Arab.Khaujakan mementingkan amalan fardu dan sunat seperti berselawat ke atas Nabi,wirid dan sebagainya
.
Majlis Khatam Selawat Fatih dan Khaujakan diadakan sempena Maulidur Rasul untuk menyemarakkan lagi amalan di bulan Rabiulawal ini,iaitu memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya serta para sahabat sebagai salah satu jalan untuk beribadat kepada Allah S.W.T.


Nak tahu apa fadhilat,kelebihan,syafaat,dan cara mengamalkan selawat fatih ini?Klik laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.
1.http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/13/selawat-fatih/
2.http://memorygreen1.blogspot.com/2009/10/selawat-fatih.html

Mengikut ustaz  yang memberi syarahan tadi,iaitu Ustaz Haji Ahmad Bin Tunggal,Yang Dipertua Khaujakan,antara petikan yang beliau sarankan kepada semua umat Islam yang Neeza sempat salin :

Sebelum ajal,seelok-eloknya kita sudah persiapkan diri dengan 40 000 selawat Fatih sebagai basic pelengkap kepada roh kita.

Antara lain,dalam tazkirah ustaz juga ada berkata:

Apabila salah seorang daripada kamu yang terlepas daripada amalan hisab,menuju ke pintu syurga,kamu boleh menarik seramai 70 000 orang bersama-sama kamu untuk masuk ke syurga.

Ya Allah,betapa beruntungnya seandai kita termasuk dalam golongan itu.Jadi mantapkanlah ibadat fardu dan perbanyakkanlah ibadat sunat.Semoga kita termasuk dalam ahli syurga.Amin~~~

Actually banyak perkara yang ustaz katakan.Kalau ustaz itu beri tazkirah,confirm Neeza tak tidur.Best sangat.Actually sebelum ini,Neeza ada ikuti tazkirah beliau.Dan melalui tazkirah beliau,Neeza dapat banyak input dan output pengetahuan yang Neeza tah tahu selama ini.

Oh sebelum Neeza terlupa,Ustaz ada betulkan kesilapan bacaan yang orang selalu lakukan ketika berselawat Selawat Fatih.Ada satu baris ayat selawat tersebut iaitu



Bacaan salah :Wa Nasiril Haq'qa Bil Haq.

Bacaan Betul : Wa Nasiril Ha'qi Bil Haq.

Bayangkan,Neeza amalkan selawat fatih sejak umur 12 tahun.Dan selama ini,Neeza baca bacaan tajwid yang salah.MasyhaAllah.Syukur,alhamdulillah,akhirnya Neeza tahu bacaan yang sebetulnya.

Mesti korunk pelikkan,kenapalah tiba-tiba Neeza update pasal agama.Neeza sekadar ingin berkongsi kepada semua apa yang Neeza tahu walaupun sedikit.Okeylah,sekian sahaja perkongsian Neeza untuk semua pada hari ini.Bak kata Prof Izzy,renung-renungkanlah dan selamat beramal.Salam sayang! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.